PAKUTEKAN VS MERAHJAUH

Rabu, 5 Februari 2020

Enam dua dua puluh dua puluh. Sembilan sepuluh. Pagi.

Aku di takdirkan berjaya membuka kembali blog yang telah lama ku tinggalkan di pagi ini.

YAHOOOOO!!!!

dua tulisan ini sempat ku tulis dalam blog rekaan baru (merahjauhatinya) sewaktu cuba mencari cara bagaimana untuk aku kembali menulis di blog ini.

Berceritalah wahai jiwa, ini pintu untuk diam. Luahan ikhlas tidak lagi di terima kerana kau tetap bukan dalam kelompok itu.

Rabu 6 Februari 2020

Kata guru/ mentor.....keadilan hanya wujud di lantai kelab dangdut. Aku setuju dalam bayangan kelab dangdut imajinasiku.

Khamis, 15 November 2018

Bersijil aku mencari sijil

Dulu belajar ilmu sponge bab
Cakap, bisik, tulis, post semua ku serap
Bersijil ilmu ini ku belajar buat orang happy
Tapi aku sendiri...absorb setengah mati...(ada orang peduli?)

Sekarang aku belajar lagi
Kali ini ilmu getah sekerap
agar apa yang orang cakap, tulis, post
Mengantul lembut menghambur bak syampu dalam TV

Cakap, bisik, tulis, postlah lagi
Agar kamu semua happy
Aku sedang belajar menggetah sekerapkan diri (berdegree ilmu ini)
Agar aku dapat rasa nikmat pahit kopi.