PAKUTEKAN VS MERAHJAUH

Rabu, 29 Mei 2024

Dosai ke Tosai ? Masala....

Banyak salah jangan mengalah jangan lelah jangan mengah jangan gundah .Tak betul kalau tak salah ada betul betul ada betul salah ada salah betul ada salah salah .Betul pun tak betul kalau takut kata salah salah pun tak salah kalau betul betul salah. Betul betul salah bukan betul tak betul tak salah jadi masalah. 

Salah Liverpool bukan salah...itu Salah itu Doa......

Selasa, 28 Mei 2024

1,2,3 Do Re Mi

Mak bapa kecut perut jiran sedara tak sabar bergosip kawan sekelas tenang gelisah cikgu gurubesar mikir KPI cikgu tuisyen tunggu peluang bukan masa depan keputusan yang ditunggu tapi bangga kecewa yang tak sabar diceritakan. Ada yang awal handal akhir kecundang ada yang awal kecundang akhir gemilang ada yang awal akhir gemilang ada yang kecundang memanjang kecundang gemilang masih luas peluang jangan dulu dijulang jangan dulu dijurang terus baiki landasan agar cita dan jayanya kesampaian.

Isnin, 27 Mei 2024

Se smooth swing Nelly Korda

 waktu lari diarah menyanyi semput

waktu penat dicuba menulis sadis

waktu minum disuruh meniup kapus

waktu ketawa diminta berzikir brain freeze

muka waktu memapar 12 separuhnya 6

1 separuhnya 7, enam..2 separuhnya 8, enam..3 separuhnya 9, enam

4-10=6, 5-11=6, 6-12=6, 7-1=6 seterusnya separuhnya 6

waktu ini semput menyanyi berlari, sadis menulis penat, kapus meniup minum brain freeze berzikir ketawa..terdengar bait lagu...ketika ini suatu waktu dahulu......

Ahad, 26 Mei 2024

petik picu keronsong kosong sasar pesong

Dalam ruang kecil tak mungkin menyerlah

Dalam ruang besar tersedak tenggelam

Ketika kelu bisu hilang kosa kata tak tersalur fikiran terpaku tanpa nafsu

Dalam senapang ada peluru kan dipetik picu tiada sasaran lepas rambang mungkin malang sumbat karat meletup di dakapan

Buntu tiada cambah buntu membusung..relakan jatuh berdiri susun langkah baru...

Sabtu, 25 Mei 2024

Tepung Gluten dan Keradangan

Terlalu banyak teori buat orang ngilu nyeri terlalu banyak solusi jadi mual jadi basi terlalu banyak persepsi hati makin rasa mati terlalu banyak retrospeksi jadi payah bikin solusi tutup lampu kelam perlahan datang terang perlahan datang tenang perlahan datang senang tutup mata kelam datang bayang datang imaginasi datang halusinasi jadi delusi cipta mimpi.....Restorasi

Jumaat, 24 Mei 2024

Per Per

Tonton bahasa yang difahami ramai maksudnya menyaksikan, melihat, tapi dalam dialek suku bangsa membawa maksud alat kelamin wanita. Bruce memang kaki minum dan kaki pompuan. Hari ini keluh resah muka kecewa. Ceritanya kelmarin dia mabuk dan bawa pulang wanita dari kelab katanya wanita itu berburung dan bertelur dia bodoh bertanya wanita itu...eh apa ni? jawapan wanita itu 'Pra Tonton...'.

Kelepaaaaappppp!! ditampar bayangan cermin

 55 Shades of B.........tajuk buku seorang kenalan yang bakal dilancar rasa macam bayang diri di seberang cermin menampar menyuruh sedar. Ku gagahi mencari langkah sedang aku sudah lama melangkah cuma tujuan selalu tersanggah. Yang aku punya bukan lagi sebuku tapi berjilid siri. Terbitlah..dari nombor 50..semuga jadi kenyataan dan menyusul terus bak arus deras.