PAKUTEKAN VS MERAHJAUH

Selasa, 21 April 2009

Little Sakai in UK part 3

dari sehari ke sehari aku nak menghabiskan kisah betapa sakainya aku di UK tapi tak juga terdaya..hari ni aku dengan semangat Rabunisma  menyambung cerita di blog ku yang gersang ini cewaahhh!!!!..
Di 
Bristol aku tinggal bersama dengan
 kawan ku seorang pensyarah Unimas.. Abdul Riezal Dim dan isterinya Sophina yang sedang sarat mengandung....hospitaliti yang diberikan hanya allah subhanawataala saja yang dapat membalas..semuga di mudahkan rezeki dan diberkati  ku doakan Amin....so setel
ah
berbincang, dengan bantuan Rizal aku pun plan perjalanan penggambaran aku....pertama sekali kami ke BristolSuspension Bridge...antara yang tertua disini...cukup sesuai untuk bahan yang kucari...tq juga pada kenalan baru Adi yang terlebih dahulu mendokumentasikan dengan d60nya..( haha jadi jual bro heheh)....
Berikutnya aku ke salah satu daripada beberapa  wonders of the world hahah Stonehenge...berpandukan gprs  kami sampai setelah merentas lorong kecil ladang  mr smith (agaknya le..gprs kawan aku ni bawa kami ikut short cut....dan kami disambut sekumpulan babi yang begitu sihat di sebelah Stonehenge...memang aku terp
ukau melihat batu batu besar yang di susun sebegitu....   (sapalah agaknya rajin sangant mengangkat batu -batu ni)..menurut info disana...batu yang 
bersaiz dan berbentuk sebegitu 
memang tidak ada dikawasan terletaknya Stonehenge) memang tak de...tempat tu saujana mata memandang  kehijaun
an tanpa hutan...dan bukit yang berbatu..tapi tak seperti yang aku jangkakan..aku pikir besar gile tapi tak juga lah....tak sebesar yang ku sangkakan...kawasan tersebut di jaga dan diberikan sempadan supaya orang 
tidak masuk  atau mendekati kawas
an batu tersebut...bimb
ang kalau -kalau ada yang diam-dian mencoretkan "Zamarul love Baby" dibatu ter
sebut agaknya...( kat pagar masjid lagi ada ye 
dak)... 
Selain rizal dan isteri kami juga ditemani oleh Akob and family...Akob seorang pensyarah di Unimas juga merupakan seoarang artist seni tampak yang hebat...dah penat jalan-jalan sejuk pulak tu lapar lah pulak.... adalah satu gerai kecil
 menjual kopi dan sandwich di kaunter tiket.tapi Akob 

lebih bersedia dengan bekalan nasi goreng dan a
yam goreng..yeaaaa...kami
 parking kereta sebelah
 menyebelah dan makan (passing melalui tingkap kereta heheh)..beberapa orang putih yang lalu melihatkan kami...dalam hati kecil ku berkata  heran agaknya diaorang ni tengok orang asia bawa bekal makan dalam kereta ..pedulilah kau
...janji perut kami tak lapar hahaha......dah habis makan dengna kesejukan yang sebegitu aku pun tak dapat menahan nafsu minum kopi lalu berjalan ke gerai dekat kauter tiket..dalam perjalanan aku ketawa sendiri melihat beberapa mat saleh yang sedang makan pop mee  dalam kereta hahah sama je kita hahahahah.....
.
Balik ke Bristol kami tak lagi convoy...kami terliaht satu sign board menuju ke Old Sarum...aku bagi tahu riezal yang aku ada terbaca di internet mengenai tempat ni....Riezal dan isterinya yang sangat advanterous itu terus sahaja menuju ke sana...Old Sarum pun salah satu tempat lama (istana dan penenpatan yang diatas bukit dengan lembah buatan) yang menarik..sayangnya kami terlambat..4.30ptg   dah tutup..aku tawaf je ngan Rizal sambil ambil gambar...dan mereka-reka cerita sendiri mengenai Old Sarum tersebut...dan tak ketinggalan bererita mengenai Stonehenge yang kami  fiksyen kan adalah tempat landing UFO pada satu masa dahulu...untuk mencari kentang  yang digunakan sebagai bahan tenaga mereka.....hahahahaha....
bersambung

Khamis, 16 April 2009

dia tebang pokok itu kerana marah dan kini menangis melihat pokok yang telah tiada kerana lapar



Dah lama tak blogging haha malu sendiri awal-awal tu bukan main lagi..hahahha tapi sebetulnya aku sedang sibuk memikirkan cara untuk menambah simpanan yang akan di belanjakan untuk membeli karipap kegemaran ku bulan august dan seterusnya nanti.....oh yea aku juga sedang mengaran filem pendek ku yang terbaharu ..agak panjang tajuknya ....:berbunyi....

..Oh dah boleh minum coke ke?? senyap je..tunggu perang lain baru sambung..ooo ok...
Durasi filem ini tak sepanjang tajuk nya... scenenya hanya melihatkan Hamzah (watak utama) yang meludah dengan muka benci apabila ternampak logo Mc Donald's sambil jarinya mengepit rokok yang marak dari jenama kumpulan tembakau dari negara yang sama dengan MC D...
"Cinema is an improvement on life" kata Francois Truffaut

Jumaat, 3 April 2009

Little Sakai in UK part 2


...London ...aku hairan..bayangan ku mesti kota yang maju ini penuh dengan bangunan canggih canggih...tapi ternyata tidak..orang putih ni lebih suka mengekalkan bangunan lama....itu identiti mereka barangkali...semua bentuk rumah dan bangunan seperti cerita epik zaman dulu tapi... kemudahan pengangkutannya maju dan bersistematik..tapi pening gak...banyak sangat linenya baik bas baik LRT ( mereka panggil underground)...dari Victoria bus station berpandukan orang heret bag beroda... aku pun ikut macam penyiasat persendirian haha takut kalau orang tu ingat aku mengekori dia pula....sampai di satu kawasan aku nampak logo satu lagi Victoria Station...rupa tak nampak macam stesen keretapi pun..macam shopping kompleks je...aku redah je..masuk...oo rupanya memang betul stesyen kereta api.....ramainya orang sibuk kekanan ke kiri aku jadi pening..aku tengok kat singboard perjalanan... hampeh...lama aku ternganga berpusing -pusing cuba cari petanda...balik semula kat situ..masuk kali kelapan aku bergerak dalam lingkaran yang sama...aku perasan ada anggota polis yang dah mula jeling -jeling...hahah sebelum apa-apa aku terus je ke kauter tiket buat -buat pandai...aku minta tiket ke Bristol....yang jual tiket tu punya slang aduh mampus aku tak faham.... tapi ku angguk -anguk je...53pound pehhhhh....bayor je lah..orang belakang aku dah ramai menunggu.....
Train ke Bristol memakan masa selama 2jam 30 minit..banyak juga stesyen yang dia berhenti...bezanya dengan
KTM dah tentulah Train kat sini lebih bersih...UK ni tak nampak pun hutan...banyak kawasan lapang yang hijau..macam padang...berbukit sikit...kata kawan ku...oleh sebab UK tak de pekebun kecil..maka satu orang mengusahakan beratus ekar tanah..jauh sekali baru ada satu rumah..dah setiap tempat ada satu bandar dan penempatan.....
Sampai di Bristol ...aku pun keluar dari stesen dan disambut oleh dua ekor anjing hitam... mak bapak besornya dah nak separuh pinggang aku dah....pucat muka aku..tapi anjing kat sini semua freindlya hahah...dia lalu sebelah
aku selamba je sambil tengok muka aku yang seposen... dah tentu dalam hati anjing tu...."apasa lak mamat ni pucat je...aku sakat best ni hahahah."...hari tu agak sejuk gak kat luar so tak ramai orang kat stesen ni...aku ingatkan tempat ni memang tak ramai orang..tapi memang camtu ..orang putih ni suka duduk kat rumah je......tapi kalau ada matahari sikit ..ha baru diorang keluar ramai ramai...selang 10 minit kawan aku Rizal Dim sampai dengan bini dia nampak muka dia...segala cuak dan takut hilang begitu saja... ialah taid sorang ni dah ada geng ye dak...aku dibawa kerumah...aku memang tengah lapor pasal tak berani nak makan kononyalah first day hahah.......sampai kat rumah...dia dah ready nasi lemak..best giler si Rizal ngan bini dia memangle handal masak memasak ni...fuh....best giler
Kami sembang -sembang dan plan untuk shoting yang akan aku buat...dia tanya aku tak jet lagged ke?? aku confident je tak rasa apa pun...hehehe dia cakap oklah tu.."tapi ko tak leh tido sampai kul 10 malam karang...kalau tak lambat hilang jet lag"...aku cakap no hal...hahahah pukul 7 mlm aku dah jadi zombie..ku tahan juga....dia bawa aku pusing ASDA macam Giant lah...masa tu dia cakap apa pun aku tak tahu.. aku dengnar tapi macam asap hilang camtu je....aku dah jadi zombie.......lepas makan aku cuma bertahan samapi kul 9mlm.....aku tido gak dah tak tahan beb......pukul 3 pagi aku terbagun selimut panas ku dah terlerai patutlah sejuk gilo..aku cepat -cepat tarik selimut...tiba-tiba telefon aku berbunyi..nak angkt ke tak...mahal ni roaming..tapi teringat mungkin orang bank call pasal aku ada guna kad di airport Heatrow tadi aku jawap je lah..dan dari speaker telefon aku terdengar..." hello gas"...puk.......kata ku....
nanti aku sambung shoting dulu daaaa