pajang tulis tadi dah macam tulis dairi hahah aku padam balik........hari ini...aku atur langkah untuk cari jawapan yang terbelenggu...akhir nanti aku pasrah dengan jawapannya.....kalau ini aku...mudahan ini satu titik mula untuk terus berjaya di kolam ini Amin Amin Amin...kalau ini bukan aku....cukup setakat ini...mungkin yang lain lebih beerti......Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah...
Pada sahabat mulia ku...maaf kerana tidak dapat hadir di tarikh penting mu....Semuga Bahagia sepanjang hayat.....mudah rezeki dan diberkati amin
PAKUTEKAN VS MERAHJAUH
Isnin, 7 November 2011
Jumaat, 14 Oktober 2011
aku saya gua dan dot dot dot...
mampu tak mampu mampu untuk tak mampu tak mampu untuk mampu ...mam pus.....
Isnin, 10 Oktober 2011
minta tolong dan kitapun tolong minta tolong dan kita melolong
sahabat nasihat sahabat tak nak dengar sahabat kena main sahabat gelak sahabat menyesal sahabat buat tak tahu sahabat siapa sahabat siapa subahat
Jumaat, 7 Oktober 2011
Apple ini banyak merubah hidup ku...
Di depan Mac Book ini aku termenung memikirkan bijak akal orang di sebalik komputer berjenama Mac ini..ya siapa lagi Steve Jobs...semakin aku merenung semakin terbayang wajahnya muncul dari skrin Mac Book ku ini kata ku..."kalau lah aku ada kepandaiannya" dan wajahnya yang semakin jelas di skrin ini tersenyum dan menghampir lalu bertanya sinis..." termenung je...tak de JOBs ke?...aku tersentak...
Selasa, 4 Oktober 2011
dalam merender
Pagi ini aku bangun dengan penuh keazaman
dan waktu ini (11.30 pagi ) aku masih memikirkan keazaman mana yang harus ku penuhi dahulu...
( bukan ini yang mahu ku tulis tadi )
dan waktu ini (11.30 pagi ) aku masih memikirkan keazaman mana yang harus ku penuhi dahulu...
( bukan ini yang mahu ku tulis tadi )
Isnin, 3 Oktober 2011
Banyakkanlah makan Sayur.....
kalau aku berkawan dengan Superman tentu aku mahu berkawan dengan Sivaji the Boss, kalau aku berkawan dengan Sivaji the Boss tentu aku mahu berkawan dengan Bruce Lee, kalau aku berkawan dengan Bruce Lee tentu aku mahu berkawan dengan Rocky 3, kalau aku berkawan dengan Rocky 3 tentu aku mahu berkawan dengan Chef Wan, kalau aku berkawan dengan Chef Wan tentu aku mahu berkawan dengan Zidane, kalau aku berkawan dengan Zidane tentu aku mahu berkawan dengan Megan Fox kalau aku mengawan dengan Megan Fox tentu korang takkan percaya sebagaimana aku yang tidak percaya Megan Fox adalah adik kepada Flying Fox....
aku berjaya untuk tidak ke ruang itu....errrrr...
aku berjaya untuk tidak ke ruang itu....errrrr...
Sabtu, 1 Oktober 2011
Hilang
kucangak madu gelisah ku pintal ringan lidah ku gulung masam roman ku sunyikan, ku tulikan... selesa mu bukan selesa ku lagi selesa kamu bukan selesa kami lagi lalu kami berdendang
Tinggi bulan inda tercapai
inikan pula si pungguk malang
tinggi niat sedepakan sampai
disapa lembayung yang tinggal bayang....
luan banyak mainan kota
alum pucuk disambar geruda
sebelum malaikat menyambut nyawa
harap disambut berbenih nyanta
tinggi gunung tinggi harapan
pikul senyawa inda terbawai
makin suntuk makin terbeban
berguruh litar ke pusar bumi....
"Hilang"
Tinggi bulan inda tercapai
inikan pula si pungguk malang
tinggi niat sedepakan sampai
disapa lembayung yang tinggal bayang....
luan banyak mainan kota
alum pucuk disambar geruda
sebelum malaikat menyambut nyawa
harap disambut berbenih nyanta
tinggi gunung tinggi harapan
pikul senyawa inda terbawai
makin suntuk makin terbeban
berguruh litar ke pusar bumi....
"Hilang"
Isnin, 26 September 2011
ada satu
nasi lemak yang ada point itu ? pinjamkan saja aku DVD jualan lanun...kerana mereka sama....itu saja selayaknya.....
Sabtu, 17 September 2011
Rabu, 3 Ogos 2011
dan selebihnya.....
lebih baik tidak sama dengan lebih bagus....lebih buruk yang pastinya lebih.......
Isnin, 1 Ogos 2011
Rabu, 27 Julai 2011
sewaktu Horatio Caine menghabiskan ayatnya lalu memakai kaca mata dan pergi
bagi mereka dalam dunia ini yang betul hanya mereka lalu aku tepuk tangan dalam marah melihat mereka makan anggur yang di bagi oleh orang yang sangat mereka marah kerana mengencing kebun mereka sebelum ini
Ahad, 17 Julai 2011
hari ni caci cerca bagi sebiji gula kini wira
kebodohan jelma ketika bicara dengan rasa kesumat jiwa dengan nawaitu tak menentu diam juga punya kebodohan serupa jadi mampunya dimana yaaaaa babi yang diBERSIHkan tetap haram
Jumaat, 15 Julai 2011
lebih susah cari tajuk dari cari bahan
...tanya Pak Mat kemana pindahnya pejabat pos disini tanya dia Pak Mat cari pos laju atau pos biasa kata Pak Mat cari Pos Malaysia..
Khamis, 14 Julai 2011
terang sang
semalam jalan panjang jangan ulang hari ini jalan ringkas jangan lekas esok jalan terang jangan tuang nanti jalan mudah jangan gundah
Isnin, 11 Julai 2011
bukan dikejar...mahu terus dikejar
khayal kudis madu cuma Tuhan tak kau bandingkan cari restu isi buni dengan tidak suara halus kau gemakan dengkel semua dunia tau benar hanya milik kamu kudis madu jadi busung jadi reput potong hilang nanti kau dimana? mula akhir tempah siap jangan isi bumi kau salahkan
Ahad, 26 Jun 2011
jangan ceritakan ini pada dunia, setengah isi bumi kau pesankan
awal pekung madu simpan lama jadi parah jadi barah jadi salah jadi betul..
Selasa, 21 Jun 2011
getir itu bukan nama permainan kepit buah getah
bagaikan si buta yang ingin menampar pipi si kudung dan seumpama si kudung yang ingin menampar pipi si buta.....betiutlah rasanya menunggu yang pasti ada tetapi belum ada....
Jumaat, 10 Jun 2011
punyamu beribu bintang punyaku masih beribu pasir
mari terbang bersamaku jika engkau mampu, kerana aku juga tidak punya sayap seperti mu tapi mungkin engkau sampai terlebih dahulu dengan tipu helahmu sedang aku masih menunggu wahyu...
Khamis, 2 Jun 2011
Khamis, 26 Mei 2011
setelah hujan pun berhenti flora cinta ku pun bersemi....
masa mencemburui kita adalah alasan orang yang tidak menggunakan masa sepenuhnya....
Rabu, 18 Mei 2011
semut mati kerana gula...kau nak jadi semut juga ke?
kereta nak model tahun 2020-2080, minyak nak bayar harga tahun 1935...dah 2011 sedar sedarlah.....banga sangat dengan university kaki lima kenapa terkinja kinja tak cukup 10 nak beli gula?...dah 2011...
Ahad, 15 Mei 2011
dari kanan ke kiri
dalam hidup perlu lalui kegagalan kerana itu kenal keyakinan
dalam hidup perlu tempuhi kekecewaan kerana itu kenal pengalaman
dalam hidup perlu rai kejayaan kerana itu kenal keseimbangan
dalam hidup perlu kenal kenalan kerana itu kenal kehidupan...
dalam hidup perlu tahu serius dan tragedi kerana itu kenal humor dan komedi...
dalam hidup perlu tempuhi kekecewaan kerana itu kenal pengalaman
dalam hidup perlu rai kejayaan kerana itu kenal keseimbangan
dalam hidup perlu kenal kenalan kerana itu kenal kehidupan...
dalam hidup perlu tahu serius dan tragedi kerana itu kenal humor dan komedi...
Isnin, 9 Mei 2011
filem tidak bermutu tidak bermakna tidak ada penglibatan Muthu...
kawan sama dengan cukai jalan..kedua-duanya tidak ada kena mengena dengan kejuruteraan bendalir...
P/s: panca panca panca panca eh.....yang ani pun aku inda tahu kenapa ia keluar dari kotak fikiran
P/s: panca panca panca panca eh.....yang ani pun aku inda tahu kenapa ia keluar dari kotak fikiran
Ahad, 1 Mei 2011
salahkan pagi, capati, kima dan teh masak
salahkan pagi, capati, kima dan teh masak..... haha ...masih aku tertanya tanya....fail di tangan tertera namanya, peserta pertama pagi ini....Dk Asiqqin...aku menyebut nama tersebut beberapa kali dengan fasih dan lancar sewaktu menemuramah dan bercali..selepas persembahannya aku dan macaa naik ke pentas menyambung tugas dan memuji bakat Dk Asiqqin...dan sewaktu aku menyeru saudara dan penyokongnya untuk mengundi..dengan konfiden dan tanpa ada sebarang rasa canggung, aku memanggilnya Kristina...dan terus melaungkan namanya Kristina sehingga macaa memandang dan membetulkan aku..."Dayang ku...Dayangku" katanya...dalam hati ku...eleh tak sebut Dayangku pun salah ke?...tanpa sedar bukan gelaran Dayangku yang menjadi masalahnya...tapi aku memanggilnya Kristina!!!....sedang namanya sudah ku sebut beberapakali dengan lancar sebelum itu, Dk Asiqqin!!......tiada peserta atau jawatankuasa atau yang terlibat pada hari itu bernama Kristina....aku pun tak de kawan nama Kristina.....macam mana boleh keluar Kristina atu?...kerana kami cali ( lawak )...khalayak hanya ketawa dan tidak ambil hati....salahkan pagi, capati, kima dan teh masak.....
Khamis, 28 April 2011
Mari bercerita pemenang musim ke 3
setelah selesai mendengar cerita Si Tanggang semua murid bersedih tapi Amin hanya bergeleng kepala tidak puas hati..maka bertanya lah cikgu yang tadi puas memberikan pengajaran berguna pada muridnya...kenapa Amin tidak bersedih dan seperti tidak berpuas hati.....kata Amin dengan kondifennya...."bukan salah si tanggang....salah ibunya yang tak nak pakai odorono"...kata cikgunya..."bukan kah si tanggang di sumpah jadi batu oleh mamanya"...."tak mungkin" kata Amin...."ibunya yang buat statue si Tanggang kerana keciwa dengan dirinya sendiri "...si tanggang selepas itu belayar dan menukar namanya kepada Napoleon Bonaparte dan kemudiannya membuat statue mamanya memegang odorono dan di hadiahkan kepada Amerika Syarikat"...cikgunya terbangang...Pada keesokkan harinya nama Amin terpampang di notice board sekolah. disebelah namanya terdapat dua bintang yang dilukis dengna pen merah..dan Amin dapat 2 batang pensil 2 b...sekian
mari bercerita musim ke 5
kekayaan bukan ukuran kejayaaan di dunia, tapi miskin tetap ukuran hina......: biar miskin asal baik hati....haha baik hati kau tak boleh beli hati ayam....
Isnin, 25 April 2011
katarsis
awal bulan lauk ayam, tengah bulan sadin cap ayam, hujung bulan apa yang lebih semalam...tak perlu demonstrasi, tingkatkan saja prestasi...
Ahad, 24 April 2011
pintu putih knob emas
kalau kambing tentu mengembek, kalau harimau tentu mengaum, tapi aku tak tentu rasa....panadol + panasaran= panavision
Jumaat, 22 April 2011
si tua si
tak ada orang suka benda yang makin mahal...tapi mengapa masih merungut mutu barangan buatan cina
one merseyside
ketika aku menganggkat tinggi jari hantu dan menggenggam yang lain ( pak yuh ) mungkinkah sebenarnya aku marah kepada diriku sendiri yang tidak mampu bersabar...?
untuk ahad ini ..one merseyside may be hehehe
untuk ahad ini ..one merseyside may be hehehe
kita bakor je ...
aku teringat sewaktu remaja sewaktu pasukan bola sepak negeriku antara yang sering diperkatakan kata bapa kawan ku keapada kawannya....apa lah bangang sangat dorang tu..ambik pemain profesional bayor mahal tak bleh score jugak...baik bayor aku je separuh dari tu sama gak tak bleh score..mereka ketawa..aku pun tersenyum....dalam bidang ku sekarang ani..boleh tak aku pakai kata kawan bapa ku itu...." apa kejadah bayar mahal mahal sekadar muka hensem hasilnya macam tu je..baik bayor aku separuh dari tu dapat buat dua"...boleh ke?...bolehke? aku cakap begitu...
Isnin, 18 April 2011
bagai lego yang merata-rata
paling aku resah apabila berlawan dengan diri sendiri, saat ini aku perlu menulis tetapi fikiran dan badan ini lebih senang dengan gerak kerja yang lain, semakin di pajal semakin kecewa hasilnya kalau dibiarkan bila kan sudahnya....i need sports...ya.....saat ini sport toto nampak mudah.......
Ahad, 17 April 2011
iramarahkah
satu penghasilan akal bukan kerja mudah, didesak membuat fikiran jadi resah, mahu segera jadikan situasi makin parah, seperti tidak ada apa apa setelah dipakai penghasilan itu mengudang amarah...
"eh belum kah??? haaaaa bah"...haruskan aku nikmati irama itu....?
"eh belum kah??? haaaaa bah"...haruskan aku nikmati irama itu....?
Sabtu, 16 April 2011
no entry
pokok pisang sebelah kiri, balik dinding atap, pokok mangga tempat kami shoting, atasnya kabel elektrik dan atas kabel itu langit biru di imbangi awan putih....itu je yang aku dapat setelan 20 minit mencari entry untuk hari ni .....
Jumaat, 15 April 2011
Rasa Siapa
semua orang ada idea, semua orang ada rasa, semua orang ada percaya, semua orang ada mahu, semua orang ada ingin, semua orang ada fikir, semua orang ada perasan, semua orang ada boleh, tak semua orang ada semua, tak semua orang ada mampu, tak semua orang macam lu, tak semua orang macam gua...dan sebab itu tercipta perkataan "cukup rasa"....ketika ini jiwa tulis ini tiada haluan ...tak cukup rasa dan sebab itu agaknya tercipta perkataan "kurang asam"
Isnin, 11 April 2011
Lurus Bendul..Bendul Lurus ?
pagi ini aku ingin bercerita pasal pembaris...ia adalah satu alat yang digunakan untuk menghubungkan dua titik berjarak agar lurus. Luruskah aku tanpa pembaris?? luruskah pembaris tanpa aku?...
Ahad, 10 April 2011
begitukah rasanya kaya
Bagi orang yang belum merasai nikmat kaya ( nak dekat dah ni hihih) begini lah aku melelehnya airliur melihat mereka yang kaya....bagi mereka yang kaya, nikmat kaya cuma macam kaya buatan tempatan....eh mana jam omegi 10 hengget aku ni.....
Khamis, 7 April 2011
Rabu, 6 April 2011
Syurga Sendiri
TOYIB
apa yang kau buat ini semua dunia Talib..tidakkah kau mahu ke syurga...di sana semuanya lebih baik dari apa yang ada di dunia??
TALIB
pasal semunya lebih baik lah aku dari sekarang cuba menyesuaikan diri supaya tidak "cultural shock" bila di sana nanti.
apa yang kau buat ini semua dunia Talib..tidakkah kau mahu ke syurga...di sana semuanya lebih baik dari apa yang ada di dunia??
TALIB
pasal semunya lebih baik lah aku dari sekarang cuba menyesuaikan diri supaya tidak "cultural shock" bila di sana nanti.
Rabu, 16 Mac 2011
merendah diri ( sewaktu berak cangkung )
Sapa lah aku nak kawan dengan orang kaya....Eh...ko apahal orang kaya nak kawan dengan aku....
Isnin, 14 Mac 2011
depan meja atasnya kopi
cakap-cakap kosong bual tak de isi, tapi kalau diselami jadi ilham periuk nasi
Sabtu, 5 Mac 2011
kau lihat tak suka. aku lihat tak teruja tuhan tak pandang itu semua
Aku suka kasut Adidas tapi kemampuan ku kasut Abibas, jadi ku beli kasut Warrior supaya kaki ku tak sakit dan hati ku tak menjerit
Langgan:
Catatan (Atom)