PAKUTEKAN VS MERAHJAUH

Jumaat, 14 Oktober 2011

aku saya gua dan dot dot dot...

mampu tak mampu mampu untuk tak mampu tak mampu untuk mampu ...mam pus.....

Isnin, 10 Oktober 2011

takkan berubah

..dan begitulah kita serta benarlah pepatah pepatah melayu dahulu..

minta tolong dan kitapun tolong minta tolong dan kita melolong

sahabat nasihat sahabat tak nak dengar sahabat kena main sahabat gelak sahabat menyesal sahabat buat tak tahu sahabat siapa sahabat siapa subahat

Jumaat, 7 Oktober 2011

Apple ini banyak merubah hidup ku...

Di depan Mac Book ini aku termenung memikirkan bijak akal orang di sebalik komputer berjenama Mac ini..ya siapa lagi Steve Jobs...semakin aku merenung semakin terbayang wajahnya muncul dari skrin Mac Book ku ini kata ku..."kalau lah aku ada kepandaiannya" dan wajahnya yang semakin jelas di skrin ini tersenyum dan menghampir lalu bertanya sinis..." termenung je...tak de JOBs ke?...aku tersentak...

Selasa, 4 Oktober 2011

dalam merender

Pagi ini aku bangun dengan penuh keazaman
dan waktu ini (11.30 pagi ) aku masih memikirkan keazaman mana yang harus ku penuhi dahulu...
 ( bukan ini yang mahu ku tulis tadi )

Isnin, 3 Oktober 2011

Banyakkanlah makan Sayur.....

kalau aku berkawan dengan Superman tentu aku mahu berkawan dengan Sivaji the Boss, kalau aku berkawan dengan Sivaji the Boss tentu aku mahu berkawan dengan Bruce Lee, kalau aku berkawan dengan Bruce Lee tentu aku mahu berkawan dengan Rocky 3, kalau aku berkawan dengan Rocky 3 tentu aku mahu berkawan dengan Chef Wan, kalau aku berkawan dengan Chef Wan tentu aku mahu berkawan dengan Zidane, kalau aku berkawan dengan Zidane tentu aku mahu berkawan dengan Megan Fox kalau aku mengawan dengan Megan Fox tentu korang takkan percaya sebagaimana aku yang tidak percaya Megan Fox adalah adik kepada Flying Fox....

aku berjaya untuk tidak ke ruang itu....errrrr...

Sabtu, 1 Oktober 2011

Hilang

kucangak madu gelisah ku pintal ringan lidah ku gulung masam roman ku sunyikan, ku tulikan... selesa mu bukan selesa ku lagi selesa kamu bukan selesa kami lagi lalu kami berdendang

Tinggi bulan inda tercapai
inikan pula si pungguk malang
tinggi niat sedepakan sampai
disapa lembayung yang  tinggal bayang....

luan banyak mainan kota
alum pucuk disambar geruda
sebelum malaikat menyambut nyawa
harap disambut berbenih nyanta

tinggi gunung tinggi harapan
pikul senyawa inda terbawai
makin suntuk makin terbeban
berguruh litar ke pusar bumi....

"Hilang"