PAKUTEKAN VS MERAHJAUH

Isnin, 26 Januari 2009

mentera ku ke alam dewangga



ku sarung kasut tari ini..dengan harapan tari ku seirama tari mereka...dan seandainya langkahku longlai..dengan berbaring ku cuba gaya ulat bulu...mana tahu ada yang seru...lalu berbaring sama umpama gerabak keretapi sepanjang selatan ke utara lalu melintasi segenap benua dan menerokai alam pandai dewa..kalau pun nanti aku pulang tiba di dataran mula aku pasti siap dengan pengalaman dan ejekan para dewa yang makin bimbang dengan kematangan..lalu langit mengerti ..dan dunia pun tahu....Amin..

Khamis, 22 Januari 2009

Pengalaman


masuk ni dah 5 kali anak aku yang umur 5 tahun tu tengok DVD kegemarannya film animasi CARS...dan 5 kali itu juga dia mengomel tidak puas hati kenapa 'lightning Mcqueen' tidak melepasi garisan penamat sebalinya membiarkan 'Chick Hick' menang . Dia cukup tak puas hati aku pula sebagai bapa bukan main gatal lagi mulut untuk menasihati anakku kenapa heronya itu mengambil keputusan sedemikian....tapi setiap kali itu juga aku terkenang kata-kata yang pernah ku dengar..."belajar dari pengalaman dengan menempuhnya...bukan dari mendengarnya"....aku tersenyum sambil melihat dahi anakku masih berkerut memikir....lalu menekan button play untuk kali keenam hari ini....

Ahad, 18 Januari 2009

Lebih Dari Terima Kasih



termenung jauh aku....
apa hadiah terbaik dan termampu
untuk keringat dan pengorbanan rakan-rakan
kalau ada perkataan yang lebih baik dari terima kasih
pasti buat kalian
rahmat yang Allah berikan kepada ku sepanjang perjalanan ini
ku doakan agar berlipat ganda kepada kalian
dan berkatilah kami seterusnya
Syukur
Amin

Rabu, 14 Januari 2009

sekilas bayang dari cermin KTM


teknologi...dua tiga hari ni aku dihidangkan segala ghairah kecanggihan teknologi...terutamanya teknologi perhubungan...macam-macam cara ...aku nak tulis banyak mengenainya....terutama betapa ia memudahkan banyak perkara...tapi semua yahudi yang cipta...tulis lebih-lebih karang aku akan dicerca ...sensitif sekarang ni..maklumlah aku tak pegi demonstrasi jalanan, aku tak sambung sms dan email boikot, aku tak hadir aktiviti sambil menderma, aku tak buat benda-benda ikhlas tu...

aku cuma rasa tak ikhlas untuk bersama aktiviti tu....
yeaa...sekilas bayang dari cermin KTM.....

Khamis, 8 Januari 2009

Super


masa aku menulis ni aku pun tak sure..tapi emmm apa pun jadi pengajaran aku gak akan datang....kecoh pasal Israel serang bumi Palestin...semua orang tiba-tiba seIslam mungkin..dari..yang di Masjid, di padang golf, di cafe, di warung mahupun yang sendang bertuba....emmm pikirku..ok lah..at least diorang ingat lagi yang diorang tu islam..walaupun benda-benda tu tak bleh nak lepaskan atas dasar "ni individu bro...antara aku ngan tuhan" ...aku terima je aku puntak jauh beza.....Email, SMS, borak petang semua menjurus kepada memboikot apa saja berkaitan kewangan yang mengkayakan yahudi...aku bingung...boikot coke...aku memang tak minum pun..tapi jangan lupa minuma gas lain pun ada yang dibawah coca-cola, boikot McD..aku memang dah lama tak berapa, starbuck...memang tak de pun tempat aku...soal aku dalam hati... ramai orang melayu Islam yang cari makan kat kilang coke...apa perlu kita buat benda drastik kerana kita selesa makan gaji bukan ditempat itu??...kalau kilang tu tutup...ada ke kita akan berkongsi duit gaji kita dengan orang Islam yang tak de kerja ni....adik kita mengganggur di kampung pun kita tak peduli...ini pulak tah sapa -sapa yek....

oooo nanti dulu...cepat sangat korang hukum aku.....aku simpati, aku benci, aku marah, aku apa saja perasaan korang terhadap Zionis aku juga begitu..cuma kita suka buat benda drastik tanpa pikir...bila jadi semua lepas tangan.....kalau kita nak boikot apa pun....buatlah pengiraan dulu.berapa ramai orang kita yang kat sana.....haa pas tu tak reti -reti nak buka kilang minuman lain dan bagi diorang ni kerja....pas tu dah tak timbul lagi boikot tak boikot...memang kita dah tak perlu pun...tapi sapa yang sanggup buat ni??...sapa??..ko sanggup ke???...aku rasa kalau adik korang sekarang ni kerja kilang coca cola nak berenti pasal boikot mesti korang cakap dia bodoh..."ko gila anak bini ko nak makan apa".....atau pun paling-paling..hari ni ko sokong..esok-esok dia minta kerja sini sana tak dapat...pegi rumah ko minta pinjam itu ini...ko mula marah-marah....

masa aku menulis ni...aku masih pikir-pikir....ada yang cakap ini jihad...aku tanya diri aku jihad??? bukan ke jihad kita dizaman ini kat bumi aman ni..paling utama ialah sembahyang lengkap 5 kali sehari...aku tak terdaya memaintainnya...mungkin korang semua tak de masalah siap complete segala sembahyang sunat lagi maka korang berjihad dengan cara itu alhamdulillah.....

kadang -kadang aku yang bodoh ini terfikir...mungkinkah agaknya orang pertama yang mengajak boikot ni merupakan company rival yang melihat ini sebagai satu peluang....???
orang kita kan takut...kalau tak send kepada 10 orang akan mendatang malang.....saat tu gak semua orang difowardnya termasuk ketua kampung muzambe.....takutnya kita pada itu sampai ada yang nak berkongsi ayat suci Allah pun siap ugut kalau tak foward nanti dapat musibah....

aku cuba ingatkan diri aku mengenai bangsa ku yang suka sangat lantag jadi hero kesiangan dan nanti bila waktunya tiba paling muka cuci tangan sendawa kuat di balik pintu rumah tertutup rapat....

Doa ku cuma agar negara sedar dan Arab bersatu....cuma itu yang perlu...cuma itu yang aku mampu..tak mungkin kata kawan ku..aku tahu..aku tahu...banyak lagi yang aku tak tahu....

Isnin, 5 Januari 2009

Makan Kaya Bagi Kaya


Maka tiba-tiba kecoh satu kampung dan juga jajahan bahawa Si Komeng yang dulu sangat susah akan kehidupannya mula menjadi kaya….rahsianya “Makan Kaya Jadi Kaya”. Komeng orang pertama merasai betapa sedapnya kaya buatan Mak Som resepi turun temurun yang tidak diturunkan oleh Mak Som kepada sesiapa kerana menurut sumpahan tersebut siapa yang menurunkan rahsia Seri Kaya tersebut akan mati. Mak Som mati setelah memberikan rahsia keenakan Kaya tersebut kepada Komeng. Komeng yang berjaya meyakinkan Mak Som yang sumpahan boleh hilang dengan memakan sup sumpah-sumpah juga terkejut bila mendengar berita yang Mak Som meninggal tercekik balong sumpah-sumpah yang disupkannya.

Sejak dari itu semua orang jajahan takluk mula makan kaya yang dikatakan boleh bagi kaya kepada yang memakannya. Terbukti benar Pak Akub yang meniaga kedai runcit yang selama ini suram kini mula kelihatan kaya. Rahsianya..dia juga telah memakan Kaya Bagi Kaya Komeng, dia meyakin kan beberapa kenalannya dan kini Kaya bagi Kaya mula menjadi kegilaan penduduk serta jajahan. Bagi menjaga produk tersebut tidak di tiru atau diciplak Kaya Bagi Kaya hanya terjual di beberapa kedai runcit sahaja. Kaya bagi kaya juga telah menampakkan kekayaan kedai basikal dan motor Man Situt yang dulu hampir membakar kedainya untuk mengklaim insuran. Si Juling yang hanya mengutip tin juga semakin ternampak kekayaannya kerana Kaya bagi Kaya.

Osman Gempur semakin binggung kerana Kaya Bagi Kaya tidak mengkayakannya, walaupun dia antara orang yang paling banyak membeli dan mentekadarah Kaya Bagi Kaya. Osman Gempur pantang mendengar apa jua yang membolehkan sesaorang itu kaya, dari busut, syiling lama, MLM skim pyramid, skim cepat kaya,skim milk..apa saja semua Osman Gempur gempur, kerana hanya terjual di kedai tertentu sahaja yang sungguh jauh dari rumahnya Osman Gempur membeli motosikal di kedai Man Situt dan membiarkan Si Juling mengutip tin Kaya Bagi Kaya yang kosong dibelakang rumahnya kerana takutkan aedes dan denggi.

Sudah ditanya nya kepada Pak Akub..kata Pak Akub “lah..rahsianya Makan Kaya Bagi Kaya…kat lebelnya pun ada tulis haa tengok ni….” ditanya pula kepada Juling dan Juling memberitahunya “ makhan khaya baghi khaya…ithu yhang bhuat ahkhu mhakhin khaya…” “tapi kenapa aku tak kaya!!!!!! “ jerit Osman Gempur hingga gigi palsunya tertanggal dan terlekat dipagar rumah Juling cepat –cepat dia tersenyum menutup mulut dan tangan kirinya pula menutup gigi palsunya yang terlekat dipagar tersebut apabila terlihat MIlah Janda lalu dihadapannya.

4 bulan sudah Osman Gempur membutohkan Kaya Bagi Kaya…jangankan membeli, menyebut namanya saja orang sebelah akan dilempang Osman. Kini dia bertekad mahu kaya dengan cara lain….dia pergi kursus jutawan kaya….mengantuknya Ya Rabbi….rasanya duit yuran 500 yang dibayarnya tak berbaloi…sudah hampir sejam Jutawan tersebut hanya menceritakan pasal kereta mewahnya, helikopternya, swimingpoolnya bla ..bla..bla..belum satu pun rahsia jadi jutawan yang dikongsikan..nasib juga makanannya sedap….tiba-tiba mata yang mengantuk terbuka luas apabila mendengar Jutawan tersebut mencontohkan Kaya Bagi Kaya….Osman Gempur Pasang telinga….kata jutawan tersebut…” hebatnya Kaya Bagi Kaya kerana ia mencetus satu ransangan yang murah dari segi publisiti, Kaya bagi kaya telah menjadikan orang macam Pak Akub kaya kerana orang hanya boleh membeli dari kedainya sahaja….Kaya bagi Kaya mengkayakan orang macam Man Situt kerana apabila barang tersebut hanya boleh didapati ditempat tertentu sahaja maka orang ramai memerlukan transpotasi..dan basikal serta motosikal adalah yang termampu…peniagaan Man Situt menjadi lebih-lebih lagi dengan peraduan meneka berapa banyak kelapa yang diperlukan untuk membuat satu tin Kaya Bagi Kaya yang menjanjikan siapa yang meneka dengan tetap maka motor yang dibelinya itu akan di beri percuma dan pembeli boleh meneka sekali setiap pembayaran ansuran. Syarikat pembiaya ansuran jadi kaya kerana orang berlumba-lumba membayar ansuran setiap bulan untuk membolehkan motor mereka jadi percuma dan Juling jadi kaya kerana lebih mudah mendapatkan tin dan syarikat Kaya Bagi Kaya memberi hak pengumpul tin rasmi kepada Juling…..”..cerita selajutnya tidak lagi didengar oleh Osman Gempur yang kini lebih berminat berangan-angan untuk mengsabotaj dengan memasukkan ekor cicak kedalam tin-tin Kaya Bagi Kaya……sudah ternampak olehnya berita di muka depan akhbar utama…dia ketwa..dan terus ketawa…sehingga warden wad tersebut mengetuk pintu dengan blantan…..kata warden..” nilah dia orang kita..dengki sangat…bukannya nak bersaing..nak menjahanam bangsa sendiri je..penyudahnya..membising je kat sini…”

Jumaat, 2 Januari 2009

speed satu


masuk gear dua
masuk speed dua
time for second speed
tapi mesti masuk speed satu dulu
mesti masuk gear satu dulu
go 1st gear before

reverse...reverse...

stay free gear....