PAKUTEKAN VS MERAHJAUH

Isnin, 5 Januari 2009

Makan Kaya Bagi Kaya


Maka tiba-tiba kecoh satu kampung dan juga jajahan bahawa Si Komeng yang dulu sangat susah akan kehidupannya mula menjadi kaya….rahsianya “Makan Kaya Jadi Kaya”. Komeng orang pertama merasai betapa sedapnya kaya buatan Mak Som resepi turun temurun yang tidak diturunkan oleh Mak Som kepada sesiapa kerana menurut sumpahan tersebut siapa yang menurunkan rahsia Seri Kaya tersebut akan mati. Mak Som mati setelah memberikan rahsia keenakan Kaya tersebut kepada Komeng. Komeng yang berjaya meyakinkan Mak Som yang sumpahan boleh hilang dengan memakan sup sumpah-sumpah juga terkejut bila mendengar berita yang Mak Som meninggal tercekik balong sumpah-sumpah yang disupkannya.

Sejak dari itu semua orang jajahan takluk mula makan kaya yang dikatakan boleh bagi kaya kepada yang memakannya. Terbukti benar Pak Akub yang meniaga kedai runcit yang selama ini suram kini mula kelihatan kaya. Rahsianya..dia juga telah memakan Kaya Bagi Kaya Komeng, dia meyakin kan beberapa kenalannya dan kini Kaya bagi Kaya mula menjadi kegilaan penduduk serta jajahan. Bagi menjaga produk tersebut tidak di tiru atau diciplak Kaya Bagi Kaya hanya terjual di beberapa kedai runcit sahaja. Kaya bagi kaya juga telah menampakkan kekayaan kedai basikal dan motor Man Situt yang dulu hampir membakar kedainya untuk mengklaim insuran. Si Juling yang hanya mengutip tin juga semakin ternampak kekayaannya kerana Kaya bagi Kaya.

Osman Gempur semakin binggung kerana Kaya Bagi Kaya tidak mengkayakannya, walaupun dia antara orang yang paling banyak membeli dan mentekadarah Kaya Bagi Kaya. Osman Gempur pantang mendengar apa jua yang membolehkan sesaorang itu kaya, dari busut, syiling lama, MLM skim pyramid, skim cepat kaya,skim milk..apa saja semua Osman Gempur gempur, kerana hanya terjual di kedai tertentu sahaja yang sungguh jauh dari rumahnya Osman Gempur membeli motosikal di kedai Man Situt dan membiarkan Si Juling mengutip tin Kaya Bagi Kaya yang kosong dibelakang rumahnya kerana takutkan aedes dan denggi.

Sudah ditanya nya kepada Pak Akub..kata Pak Akub “lah..rahsianya Makan Kaya Bagi Kaya…kat lebelnya pun ada tulis haa tengok ni….” ditanya pula kepada Juling dan Juling memberitahunya “ makhan khaya baghi khaya…ithu yhang bhuat ahkhu mhakhin khaya…” “tapi kenapa aku tak kaya!!!!!! “ jerit Osman Gempur hingga gigi palsunya tertanggal dan terlekat dipagar rumah Juling cepat –cepat dia tersenyum menutup mulut dan tangan kirinya pula menutup gigi palsunya yang terlekat dipagar tersebut apabila terlihat MIlah Janda lalu dihadapannya.

4 bulan sudah Osman Gempur membutohkan Kaya Bagi Kaya…jangankan membeli, menyebut namanya saja orang sebelah akan dilempang Osman. Kini dia bertekad mahu kaya dengan cara lain….dia pergi kursus jutawan kaya….mengantuknya Ya Rabbi….rasanya duit yuran 500 yang dibayarnya tak berbaloi…sudah hampir sejam Jutawan tersebut hanya menceritakan pasal kereta mewahnya, helikopternya, swimingpoolnya bla ..bla..bla..belum satu pun rahsia jadi jutawan yang dikongsikan..nasib juga makanannya sedap….tiba-tiba mata yang mengantuk terbuka luas apabila mendengar Jutawan tersebut mencontohkan Kaya Bagi Kaya….Osman Gempur Pasang telinga….kata jutawan tersebut…” hebatnya Kaya Bagi Kaya kerana ia mencetus satu ransangan yang murah dari segi publisiti, Kaya bagi kaya telah menjadikan orang macam Pak Akub kaya kerana orang hanya boleh membeli dari kedainya sahaja….Kaya bagi Kaya mengkayakan orang macam Man Situt kerana apabila barang tersebut hanya boleh didapati ditempat tertentu sahaja maka orang ramai memerlukan transpotasi..dan basikal serta motosikal adalah yang termampu…peniagaan Man Situt menjadi lebih-lebih lagi dengan peraduan meneka berapa banyak kelapa yang diperlukan untuk membuat satu tin Kaya Bagi Kaya yang menjanjikan siapa yang meneka dengan tetap maka motor yang dibelinya itu akan di beri percuma dan pembeli boleh meneka sekali setiap pembayaran ansuran. Syarikat pembiaya ansuran jadi kaya kerana orang berlumba-lumba membayar ansuran setiap bulan untuk membolehkan motor mereka jadi percuma dan Juling jadi kaya kerana lebih mudah mendapatkan tin dan syarikat Kaya Bagi Kaya memberi hak pengumpul tin rasmi kepada Juling…..”..cerita selajutnya tidak lagi didengar oleh Osman Gempur yang kini lebih berminat berangan-angan untuk mengsabotaj dengan memasukkan ekor cicak kedalam tin-tin Kaya Bagi Kaya……sudah ternampak olehnya berita di muka depan akhbar utama…dia ketwa..dan terus ketawa…sehingga warden wad tersebut mengetuk pintu dengan blantan…..kata warden..” nilah dia orang kita..dengki sangat…bukannya nak bersaing..nak menjahanam bangsa sendiri je..penyudahnya..membising je kat sini…”

1 ulasan:

Adil berkata...

aku..tak suka makan kaya....aku suka...MAKIN KAYA....hehehe....tapi roti bubuh kaya...memang SODAP....
**chief BB**
http://akuadil.blogspot.com/