PAKUTEKAN VS MERAHJAUH

Sabtu, 18 Julai 2009

Malaysia U23-2 Manchseter United 3


dah lama sangat aku tak terhibur menonton game bola sepak Malaysia....hari ni aku suka...setelah sekian lama sejak Yunus Aliff berhenti main bola hahahah...MU (manchester United) bukan team yang aku suka tapi melihat pasukan Malyasia bawah 23 tahun menentang hampir kesemua kesebelasan utama MU sangat menguja( ada ke menguja???)...nyata sekali jauh sangat jurangnya...Malaysia bawah 23 tak de idea...stop ball pun tak perfect, control ball pun teruk, passing merepek..tapi tu semua boleh diperkemaskan kalau diorang nak lah...tapi semangat juang tinggi...mungkin kerana masing masing terfikir kalau main baik mana tahu kena panggil trial untuk MU agaknya...kawan ku di sebelah tersenyum sinis.....tapi apa yang mengkagumkan aku ialah kehadiran penonton... ( aku nampak pak de aku dengan mak de aku bukan main lagi bersorak untuk gol kedua Malaysia) penuh stadium bukit jalil....ok korang mungkin cakap diorang semua datang pasal nak tengok MU....ok...maknanya orang Malaysia masih mencintai bola dan boleh atau sanggup ke stadium....untuk menonton bola sepak yang berkualiti tinggi....harapan aku cuma satu....pemain -pemain Malaysia sedar dan rasa bahawasanya sekiranya mereka boleh bermain dengan kualiti yang tinggi...mereka tak payah tunggu team besar lain datang ke Stadium untuk rasa gempita sebegitu...gerenti penuh walaupun liga tempatan..tak percaya??? tanya Yunus Aliff...

Tiada ulasan: