PAKUTEKAN VS MERAHJAUH

Ahad, 30 Ogos 2009

HANG KU CHI WA


Ah Ku Chiwanya beliau lalu dibesarkan ku chi wanya keseluruh alam
Ah Ku Ciwanya beliau lalu bergabung dengan gerombolan ku chi wa dan jadikan mereka kelab jiwa luka
Ah Ku Chiwanya beliau lalu di halalkan apa yang dia sendiri ragu
Ah Ku Chiwanya beliau lalu penghulu ku chi wa menyambut mesra dan dia rasa terbela
dan jadilah beliau sang ku chi wa yang berasa hero di panas terik mainan penghulu ku chi wa yang senyum di rumah mewah dengan sekapal ringgit tikam tikan diluar negara sedang mereka kehulu kehilir berkuda sendiri lalu jerit mahal harga makanan kuda serta duty pelana dan tapaknya seraya ku chi wa sebahagian dirinya yang membesar dan dibesari........oh!! mungkin mereka yang paling peduli kerana itu maruah kampung jadi bahan locoan bangga di benua sana....

Napoleon bunuh semua untuk dia
semua bunuh diri untuk Napoleon??

aku buang daun sehelai
untuk sepohon hidup damai


Isnin, 24 Ogos 2009

wasiat dari aku


aku masih percaya pada apa yang aku tulis dulu:
kita benci orang kaya tapi sebenarnya kita malas usaha
kita benci orang senang tapi sebenarnya kita yang malas belajar
kita benci orang berjaya tapi sebenarnya kita dulu sibuk ikut orang salah
kita benci anak orang berada tapi sebenarnya kita hanya berangan tempat mereka
kita benci orang je dapat peluang tapi sebenarnya kita asyik cakap pasal tu je buat tak juga
kita benci orang yang tak sealiran dengan kita selalunya beroleh tapi sebenarnya apa yang kita perjuangkan hanya kerana kita kecewa pada apa yang kita percaya....
aku kecewa setentunya...tertanya tanya selalu...yang nyata aku hanya tulis dan beralasan dengan seribu malu atas keputusan yang aku ambil dulu....

cakap orang tak bagus..bagi peluang kita pun tak sebagus mana..tapi beralasan yang bagus-bagus

aku masih kecewa dan berfikiran hanya kaya dapat menjawab segalanya...

aku bukan nama sebenar...

Jumaat, 21 Ogos 2009

mungkin aku yang kambing


setiap kali secara kadang-kadang ku berjemaah jumaat..setiap kali itu ku lihat segerombolan kambing keluar masjid selepas solat....kambing tua, kambing muda, kambing kaya, kambing berlagak alim, kambing rasa syurga dia punya, kambing lomba jubah sapa paling putih kambing-kambing yang menampal muka hairan ketika aku bersalam dengan muslim kedai runcit dan pemotong rumput setiba aku lewat dan malu ................atau aku yang tak tahu...adalah menjadi tuntutan kepada semua muslimin (melayu khasnya) untuk keluar masjid dengan muka bengis..mengelak dari bersalam bersombongan dan tiada tolak ansur beredar kenderaan balik keluar dari pagar masjid di otak lauk dan nasi menunggu terhidang...maafkan aku kerana tidak faham acuan kambing sekelian.........terima kasih pada satu satunya Hj Tua tadi...dia sambut salam ku dengan senyuman dan menyentuh bahuku dengan doa semuga semua muslimin begitu sepertinya dihatiku......dan kerana itu kadang-kadang ku nanti bakal perlahan hilang kadang....

Ahad, 16 Ogos 2009

apa yang ada dalam otak aku haaaaaa???


bodoh, bahlol, tongong, bangang, benggong, kepala ku hanya ada 10 peratus bahan tercampur adukukan 50 peratus kosong dan 40 peratus porno......yaaa..itu yang aku rasakan apabila membaca nukilan penulis kecil bekarya agung

Khamis, 13 Ogos 2009

tunggu meledak....ahh banayk cikadak


ya ya aku dah lama tak tulis...tapi bukan tak menulis....terlalu penuh otak ini menunggu ledakan.....peram dulu..biar nanti bila tiba masanya terluak...maka kesannya ..sehebat maha busuk tembelang yang melekat di otak............hmmm alasan biasa dengan susun kata para maha....

Selasa, 4 Ogos 2009

kompas ku belum berhenti berpusing


aku baca readers digest keluaran ogos...cerita pasal midlife crisis ..dan sebahagian dari petandanya adalah apa yang sedang aku alami.....crisis kah aku????...atau aku makin tertekan???...sepuluh tahun lepas aku terkapai-kapai....tiap bulan pikir apa akan jadi pada bulan akan datang....sekarang pun masih camtu...sepuluh tahun lagi..kebanyakan sahabat dah bebas...dah lega...dah senyum....sepuluh tahun lagi aku?????.....aku sangat bersyukur...tapi 10 tahun lagi macam mana???....

Ahad, 2 Ogos 2009

si kondom kondom


aku panggil mereka gerombolan KONDOM....gerombolan yang sanggup melapis/ melindiungi pelir yang ingin mencapai hajat nafsunya tapi selindung di balik "kondom" yang bodoh dan terkapai di tong sampah setelah hajat sang pelir terlaksana...