setiap kali secara kadang-kadang ku berjemaah jumaat..setiap kali itu ku lihat segerombolan kambing keluar masjid selepas solat....kambing tua, kambing muda, kambing kaya, kambing berlagak alim, kambing rasa syurga dia punya, kambing lomba jubah sapa paling putih kambing-kambing yang menampal muka hairan ketika aku bersalam dengan muslim kedai runcit dan pemotong rumput setiba aku lewat dan malu ................atau aku yang tak tahu...adalah menjadi tuntutan kepada semua muslimin (melayu khasnya) untuk keluar masjid dengan muka bengis..mengelak dari bersalam bersombongan dan tiada tolak ansur beredar kenderaan balik keluar dari pagar masjid di otak lauk dan nasi menunggu terhidang...maafkan aku kerana tidak faham acuan kambing sekelian.........terima kasih pada satu satunya Hj Tua tadi...dia sambut salam ku dengan senyuman dan menyentuh bahuku dengan doa semuga semua muslimin begitu sepertinya dihatiku......dan kerana itu kadang-kadang ku nanti bakal perlahan hilang kadang....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan