PAKUTEKAN VS MERAHJAUH

Jumaat, 5 Julai 2024

antara terokalah dan teruk kalah

Kembara melangkah beribu jarak dan masa Kembara jauh ayat dan imaginasi Kembara jauh dalam mimpi. Sudahnya bila sudah katanya Sudah kataku seketika sahaja. Kembara mayaantara minda berselerakan tiada sempadan Kembara bacaan membuka baru tahu atau mungkin sekadar hasutan Kembara mencari kepastian siapa yang pastikan Akal fikiran seronok seranah hukuman Jiwa ronta menuntut keadilan Selagi nafsu disangka wahyu antara ilham dan cetusan nakal Terus kembara terus meneroka tiada batasan asal tahu kemampuan. Terokalah..biar teruk kalah.

Tiada ulasan: