PAKUTEKAN VS MERAHJAUH

Isnin, 15 Julai 2024

Melayar Layar

Turunkan layar!!!!!Angin menderu deras Dari selatan ke utara Haluan kompas kemana Kukuhkan layar!!! Anak kapal tegal Nakhoda kara tegas Destinasi hujung dunia. Gelombang laut Gelora dada Mabuk asmara Dinda di mana. Ombak mengganas Petir menyabung Ribut kecamuk Rindu membadai. Batil Suasa Rancung Mengkuang Mendam berahi Laut Arab Inderapura Lautan Hindi. Pecah kompas berpandu bintang Hilang bintang berpandu ilham. Tenggelam tak basah timbul tak kering...

Tiada ulasan: