PAKUTEKAN VS MERAHJAUH

Isnin, 7 September 2009

Diperkaya


bagi menyahut seruan ku sendiri maka akupun memulakan pembacaan ini yang ku cilok dari lawak dua baris anakku dan ku translate sesuka tatabahasaku....

Pada satu hari..ya hari itu hari sabtu kalau tak salah saya...( kata leman iaitu orang yang menceritakan cerita ini) saya sedang berjalan ke kebun buah naga saya yang bersebelahan ladang lembu Pak Mat ( man ke mat?? tanya kawan saya..saya menjawab secara subjektif mat..dia membalas oooo mat...dan terus menyanyikan lagu Geli Mat Mat Mat...) bersebelahan ladang Lembu Pak Mat saya berjalan dan ternampak Pak Mat memberi lembu lembunya makan begitu banyak duit seringgit....saya naik syahawat...eh salah..saya naik hairan lalu pergi menemui Pak Mat dan bertanya ( dibawah ini transkrip pertanyaan saya kepada Pak Mat):

Saya atau Leman
Salam sejahtera ke atas mu Pak Mat

Pak Mat atau Pak Mat
Salam Sejahtera keatas mu jua leman....

Saya atau Leman
Saya lihat dari sana ( sambil menunjukkan dari arah dimana saya melihat Pak Mat sebentar tadi) Pak Mat sedang memberi makan lembu lembu ini dengna duit seringgit..dan apabila saya sampai disini benarlah apa yang saya lihat tadi....soalan saya..kenapa Pak Mat memberi makan lembu-lembu ini dengna duit seringgit

Pak Mat
ooh itu..sebenarnya saya atau Pak Mat pada satu hari terlihat susu import yang tertulis Enrich jadi saya atau Pak Mat pun pergi ke kutubkhanah dan mencari kamus, didalam kamus itu memberi tahu Enrich bermaksud Diperkaya...jadi Pak Mat atau saya sekarang ini sedang memperkaya susu lembu yang bakal diperah nanti dengan cara memberi makan banyak duit seringgit kepada lembu -lembu ini....

Saya atau Leman
Oh begitu ..saya juga akan mencuba mengisar duit seringgit dan merebusnya lalu menyiram tanaman saya dengan air rebusan duit seringgit supaya buah naga saya juga diperkaya...

selesai transkrip

kawan saya pula bertanya...kenapa seringgit ?? kenapa tak seratus??...saya menjawap...beli nak murah...barang nak kualiti....saya agak marah...( perkataan agak digunakan kerana saya masih memikirkan nak marah ke atau katakan TAK NAK!!!

moral cerita ini...marilah kita semua tidak menyokong pengajaran bahasa inggeris supaya generasi akan datang senang ditipu oleh lawyer lawyer yang perasan x men itu...opppssss i did it again.....

Tiada ulasan: