PAKUTEKAN VS MERAHJAUH

Selasa, 16 November 2010

Aidil Adha

betapa lemahnya aku dizaman ini...kalau dulu Nabi Ibrahim cekal apabila diuji yang Esa supaya menyembelih putra tunggal kesayangannya dan betapa ikhlas Nabi Ismail menurut perintah-Nya..aku kini tak berdaya menunaikan semudah 5 waktu sehari....

Rabu, 10 November 2010

menda menda

ada banyak menda yang aku nak dalam dunia ni...tapi tak banyak menda yang nak aku agaknya ..mungkin kalau aku senaraikan dari yang terutama hingga yang terakhir menda menda tu akan lebih positif kepada aku...hahahhaa baiklah...inilah senarainya

1. ........errrrrrrrr

itulah pasal....

Rabu, 27 Oktober 2010

aku salah aku


aku tidak faham kenapa mereka terkinja-kinja, terjerit-jerit, terlompat-lompat, terberuk-beruk...yang aku kesalkan setiap kali minyak dinaikkan harga adalah kerana tidak belajar bersungguh-sungguh dan kini terasa akibatnya....

Ahad, 3 Oktober 2010

bila ..bila....


ada konspirasi perlukan konsultasi dari konstitusi mengimbagi kontraduksi penuh konsentrasi harus ada kolobrasi..........aku belum abis susun lagi...

Jumaat, 1 Oktober 2010

disini apakah disitu jua


pergilah sejauh manapun dengan fikiranmu sambil terus "tapping" jari kaki ke lantai agar realiti terus mendampingi dan bila kembali ke sini mengertilah sejauh itu kita boleh pergi dan secepat itu kita lupa diri...

Selasa, 28 September 2010

buah fikiran


buah fikiran itu puncanya dari bunga fikiran yang dihasil dari pokok fikiran yang berasal dari benih fikiran yang ditanam dan dibaja dan dijaga-faham...jadi jangan komplain dulu...tanya asal usul mu..

Khamis, 2 September 2010

nak murah nak free tak mau mengaji tinggi tinggi


Satu kumpulan main bola..satu kumpulan lagi sorak dan menyumpah
Yang paling kuat suara kutuk caci adalah yang masuk curi samseng tak mau bayar
Hak Rakyat Katanya.....ptuiiiiii

Isnin, 30 Ogos 2010

bulan bintang lima keris dan dua harimau


waktu inggeris datang gempitakan kami
di mana kamu!

waktu belanda datang menyiat kami
di mana kamu!!

waktu jepun datang merobek kami

di mana kamu!!!

waktu komunis datang merodok kami

di mana kamu!!!!


Jemputlah masuk ke rumah kami
bahagia dan aman lah disini atas tumpahnya darah ku
jangan sekali kamu lupa
5 rukun rumah ini....

Jumaat, 27 Ogos 2010

walau satu ayat


sedang mereka di benua sana meratapi nasib dan menguat semangat untuk terus hidup
kau melolong kerana putus cinta....

Isnin, 23 Ogos 2010

aku cuba mengawal mimpiku mcm dalam filem....belum berhasil


Dunia ini dipenuhi orang gila
Aku Kau Mereka sebahagian darinya

sang paranormal adalah penghuni sebenarnya....

Khamis, 12 Ogos 2010

aku punya puasa aku punya engkau punya puasa aku peduli apa....


Depa puasa semalam
Kami puasa hari ni
tahun tahun cerita sama
semua jadi alim jadi mulia ( statusnya)
sungkai buffet cedok berabis....makan tak habis....
Bulan puasa aku kuasa......

Isnin, 2 Ogos 2010

Keluarga Dirun di Seberang


khabar dari seberang..sorang lagi waris Dirun pulang
lelaki tinggal lagi sorang
raya tahun ni tak de lagi koboi pakai basikal
tak de lagi cerita kebal
tak de lagi Pak Cik Mang
semuga pulang dengan tenang
Kg Jawa semakin Lengang....

Alfatihah......

Isnin, 26 Julai 2010

LIMBANG ROCK TOWN




"GUA JERIT SAMPAI PERIT...PASAL TIKET 70 RINGGIT YEAAAA 23HB JULAI 2010 konsert double trouble di LIMBANG...

yaaa di LIMBANG...pekan kecil yang unik...kecil....kecil macam Maran sewaktu aku sekolah di Bentong....lebih kecil mungkin...tapi ada shopping complex brew hahha...... Bila kawan aku cakap konsert Double Trouble nak main kat Limbang aku ketawakan dia...hahha rupanya betul dan dia ketwakan aku balik...so kami pegi...aku...bukan pasal nak sangat tengok konsert tapi curious kerana mereka memilih Limbang..sedang Miri lebih besar dan mudah

....emmmm
Malam tu kami jalan kaki dari Hotel Purnama ke Stadium Terbuka Limbang haha lawa lagi padang sekolah SOAS di Brunei...tak kisah lah....10 minit kami jalan dalam hujan renyai...haha ponco dan selipar memang sangat sesuai...betapa tak rocknya kami ke konsert rock..ahrrhh janji rock hahah....

aku sampai disana terkejut beruk, dalam cahaya yang remang remang aku lihat stage yang dibina di dalam kandang tiket 70 ringgit....stage KAYU!!! ..main lantak asal ada...siap ada tiang tengah tengah stage bahagian depan....KONSERT DOUBLE TROUBLE..stage macam ni?? mampussss.....layan jelah
nasib baik sound system agak bagus...korang bayang kan..dalam suasana hujan yang sedang sedang...dibelakang Awie yang ligat mengrockkan Limbang...beberapa krew kelihatan menjolok kanvas atap..air bertakung breww....!!!!! jolok motosikal ye bang...

Itu semua bahan ketawa kami sebagai sebahagian dari hiburan 70 ringgit....heheh Wings dan Awie memberi persembahan mantap tak peduli stage kayu tu... sesekali dia terlanggar tiang tengah dan buat lawak.....aku simpati pada Amy...dia cuba sedaya upaya untuk tidak mengecewakan kami di Limbang...apa tidaknya...KID HANCURRRR berabis.....aku tak tahu...dia kelihatan tidak disitu...dia macam tak tau dia kat mana...dia solo lagu dia sendiri pun OUT.......every single first note yang dia touch OOOUUUTTTTTTTT......mungkin kah dia ber.......??? tak baik tuduh tuduh....aku akur...tapi diorang pun tak baik juga tipu kami yang susah payah datang.....kepada KID SEARCH....tolonglah berundur dari Search....tolong jangan hancurkan kumpulan ROCK yang aku salute berabis selama ini...PLEASE...PLEASE....PLEASE... kamu jangan nakal hahhahaha.....

kepada kumpulan WINGS...tahniah kerana sangat profesional...dan dari peminat setia kumpulan Search kepada Search...Buckle Up....!!!!!

Ahad, 18 Julai 2010

Mat 10 sen

Mat 10 sen lompat lompat macam kera kena belacan mengamuk kerana naik 10 sen
Mat 10 sen beli nombor ekor lebih dari 10 sen
Mat 10 sen beli rokok harga lebih dari 10 sen
Mat 10 sen kena bayar cukai mengaku miskin tak cukup 10 sen
Mat 10 sen beli sport rim pasang bodykitt tak kisah lebih 10 sen
Mat 10 sen sanggup belanja dan habis masa untuk jadi hero 10 sen dari cari jalan macam mana nak tambah lebih dari 10 sen

sekarang sudah 2010 Mat...bukan tahun 50.....rambut mu pun tak selamanya lebat dan hitam..makin tua makin cepat putih makin cepat luruh..2010 Mat...2010

10 sen pun tak guna....

Ahad, 11 Julai 2010

yang di mahu


Yang di mahukan para wanita itu ialah..para Ulamak..( tapi mesti kaya..muka mesti paling ancem)
Yang dimahukan para lelaki itu pastinya Porn Star....

pura pura istighfar konon....ptuiiiii

Rabu, 30 Jun 2010

kadang-kadang


kadang-kadang........kadang-kadang itu.....lebih baik dari.....kadang-kadang...... kadang-kadanglah....

Isnin, 21 Jun 2010

konklusi


"no ijau abis!....abis"......" saya pagi datang pukul 6.30pagi pun tidak dapat nombor.."......"bah mun cematu datang pulang kul 5.30 pagi" dan garisan beratur ditutup...... aku yang datang kali ke tiga pukul 7 pagi....hanya terpaku.....ini namanya konklusi kata hati ku...apa kata pegawai tinggi?? apa kata pengarah?? apa kata menteri...??

Isnin, 31 Mei 2010

genggam dan tarik nafas


pedih sungguh menunggu...
aku dah tunggu lama

sejukkan hati dengan cerita
ada orang tunggu lebih lama
yang ada kena mengena semua dah ada

aku punya bila

kana potong lagi khabarnya
nak salahkan siapa
sabar itu ada hadnya
tapi harus terima

bila fikir pada yang lansung tak dapat apa apa


Allah sayang aku....

Ahad, 30 Mei 2010

petang ini dengan secawan kopi


Bapa kau kaya
Bagi modal
Bagi bussines
Bagi contact
masih belah bagi

Bapa dia bagi akal
bagi kasih sayang
dia kongsi

Khamis, 27 Mei 2010

ist the way ahak ahaks...


when the world says "NO" I say "YES" and the galaxy says "Walla"

p/s I speaking england chiken little yeaaa

semangkuk cincau buah


awal bulan tengok menu tak tengok harga...oder..oder
tengah bulan tengok menu congak harga...nak oder apa ni ??

hujung bulan tengok harga baru tengok menu...apa je yang dapat aku oder ni??


halal itu perit ada berkahnya

halalkah rezeki dari menyumpah seranah???

Selasa, 25 Mei 2010

komunis alaf baru


aku faham kini kau sebar kata keji maki caci bukan kerana rasa hati tapi kerana peluang mengembung perut sendiri

Sabtu, 22 Mei 2010

11 hari ini


Hari ini 11 tahun kami harungi...
5 tahun berdua dan 6 tahun bertiga..
alhamdulillah...kerana kami diberkati
rakan, saudara dan keluarga

semuga berkat doa semua
kehujung nyawa akhirnya
amin amin amin

kepada mu...ku pinjam bait ini

kau umpama bunga yang mekar dihatiku
ku harap kau mekarlah selama lamanya
kau umpama bintang menyinari hidupku
ku harap kau terus bersinar........

Khamis, 20 Mei 2010

champions of chimpanzees


bila beruk memberukkan orang lain kerana keberukkan tuannya lalu terlompat girang mereka di jalanan menjadi kera..

champions of chimpanzees

aku bersoalan

PAKUTEKAN


Pakutekan?
Thumbtack?


kenapa Pakutekan??

ia kecil...tak dipeduli sangat tapi kalau terkena..bisanya menyedarkan reality

Isnin, 17 Mei 2010

Aku Jelezzz Haha


Aku tulis hari ni pasal aku jelez kawan aku punya blog sentiasa berupdate..aku sentiasa beralasan kepada diri sendiri contohnya...hahahaha itu ketawa escapism...hahah lagi

semalam nak tulis pasal "Justice for Lembu" yang mati sewaktu polis kejar kereta yang disyaki...tak jadi....hati ku ketawa sendiri

pagi ni nak tulis pasal Regalblue Production yang menyambut ulang tahun....bukan tak jadi...doa lebih sesuai...

akhirnya aku tulis pasal Berenang....aku antara orang yang berenang mengikut spesifikasi anak anjing yang baru terjatuh ke lopak...paniknya mati semua makhluk dalam parameter itu....tapi semalam apa yang aku impi dan mimpi mula jadi kenyataan...walaupun masih meneguk klorin tapi kejayaa kecil ini membuatkan aku senang dan tersenyum selalu aku suka itu....disini ku raikan dengan serangkap pantun

berakit rakit kehulu
berenang renang ketepian
tenggelam timbul dahulu
dah dapat belasah sampai kepisan

tak sabar nak tunggu hari isnin minggu depan yay!!!


Khamis, 29 April 2010

kalau aku salah ..salahkan lah aku saja...


Polis sentri one two jaga
Polis mati tak dipeduli sesiapa....


orang kehutan lagikan tertembak sahabat sendiri

orang jaga keamana terus terus di keji


mungkin benar kata mu

anak lelaki harus berani

keluar malam curi curi

buat salah terus lari
kalau mati kena puji


Al Fatihah buat anggota keselamatan negara yang mati jaga kawasan rumah ku dan rumah mu, negara ku dan negara mu, terima kasih kerana memikul beban dan tidak dikenang, sedang aku hanya tahu menunding jari dirumah aman senang lenang

Al Fatihah juga buat anak ibu tersayang, kesedihan mu tiada siapa yang tahu....

AL FATIHAH

semalam Pak Mail meninggal dikebunya sendiri.. tertelan biji rambutan...kata si Muin yang sewaktu itu berada di pasaraya kepada si Leman kepada si Jamal, kepada si Muthu kepada si Leong kepada si Albert kepada si Jamain kepada si Suri kepada si Bedah yang bercerita kepada si Meon " Pak Mail meninggal di rumah dangdut atas peha si Mimi atau nama sebenarnya Suhaimi..."

Selasa, 27 April 2010

dari melayu sejahtera untuk kesjahteraan melayu


sebelum aku tulis ni aku nak bagi tahu....taraf hidup aku sekarang ni kalau tak sama mungkin kurang dari korang :

let's face the fact..barang dalam dunia ni akan terus meningkat..tak kira lah bapa aku ke bapa ko ke memerintah tapi memang akan terus naik dan tak turun turun....ko tanya lah mak bapak ko....tapi kalau ko masih katakan..dulu barang 10 tahun baru naik sekali....sekarang asyik nak naik je...pada aku ko memang bangang nauzubillah..

cam ni jelah...kalau korang banyak sangat komplain gi balik kampung...tanam tebu buat gula sendiri..buat bendang padi untuk nasi korang...buat kolam ikan untuk lauk...tanam sayur dan buah buahan...dan jangan berselera tinggi nak makan epal dan segala macam.... sanggup???

sebelum kita salahkan orang ....meh kita tengok balik..cara hidup kita sekarang.....dulu pun masa kita sekolah kita malas sekarang dapat kerja lebih kurang ..gaji lebih kurang senang senang nak marah orang lain haha bongokssss ( dapat pinjaman belajar dah habis marah pasal kena bayor balik bongoksss x 18) kalau kita kaya ada kita kisah?? hahah salah sapa kita tak kaya...??? salah orang kat atas ke salah kita....??

satu lagi apa hal orang melayu dok kutuk orang melayu sendiri...ni?? kalau rasa melayu tu mundur pun sebab melayu yang mudur tu ko sendiri dengan aku...ramai lagi yang maju...ko tu dengki apasal??... kalau rasa tak suka jadi melayu ko jadilah barua...gadai maruah sendiri....kalau tak nak meninggi diri pun tak yah nak kutuk diri sendiri...bapa ko bukan melayu ke??/ooo bukan.... patutulah ko ni ^%%$&^$&%*&%*&%^^&.........

orang orang yang adil kononnya yang berkonon-konon nak rendahkah harga gula dan segala macam kalau dibagi kuasa .. pernah sedekah gula dan segala macam kat orang cam aku ngan ko tak????takkan game dorang ko tok leh baca...

sudah sudahlah jadi bodoh dan membodohkan diri sendiri...kalau tak cerdik pun..usha saja...doa...kalau ko Islamlah...jangan diikut sangat orang konon pandai Ugama tapi main politik....semua untuk diri sendiri dan keluarga durang je...ko tak dapat apa pun...Allah akan merubah orang yang mahu merubah dirinya sendiri.......perjuangan kita selepas Rasulullah berperang untuk menegak kan islam ialah menegakkan solat kita...itu ko perjuangkan dulu... aku pun sendiri terhegeh hegeh nak memperjuangkannya.....tak de istilah...orang kononnya maksum tak yah sembahyang....pakai niat je....kalau cam tu tak yah lah makan...ko niat je hahaha
kata Sadiq Sigaraga...ambil bau saja .....

kalau ko masih melayu ...aku simpan taman dihati ini SELAMANYA.....

Sabtu, 24 April 2010

surat buat kak kiah



ENTRY INI DI REJECT KERANA TIDAK MENCAPAI PIAWAIAN


kehadapan kak kiah..... kak kiah yang dihormati, buat apalah Kak Kiah nak peram hak kami tu, kantong itu hak kami, oleh dari kerja yang kami selesaikan bukan kami dapat camtu je....lagipun kak kiah tak dapat apa apa pun dari memeramnya, malah kalau kak kiah mempercepatkannya kak kiah dapat pahala, lupakah kak kiah janji yang maha kuasa bahawa siapa yang memudahkan sesuatu perkara akan dipermudahkan berganda ganda untuk nya jua. saya memohon jasa baik kak kiah untuk mengurang kan bergossip di pejabat yang membolehkan kantong kami terperam, saya juga memohon kak kiah untuk mengurangkan bertelefon di waktu bekerja supaya kantong kami tidak terus terperam, dan juga tidak menghabiskan masa bekerja dengan minum bersama kawan kawan kak kiah dan kantong jadi hilang ( eh boleh sign sekali lagi....hialng bah voucher kamu) Akhir sekali kantong yang kak kiah peram tu bukan kantong kak kiah pun.....kak kiah telah dipertanggung jawap untuk mengagihkan kepada kami yang telah selesai kerja kerjanya....kalau kak kiah nak juga memeram lebih baik kak kiah peram perkasam.....ada masanya nanti kak kiah boleh menyeluknya sampai kepangkal lengan... sekian dulu dari kami semuga kak kiah dilimpahi dengan rahmatnya

p/s errr bila kak kiah pencen yek

yang benar
puas menunggu...

Khamis, 22 April 2010

nada cali tu


tulis padam tulis padam tulis padam.......tulis pada tulis padam tulis padam................. tulis padam tulis padam......tulis padam tulis padam........tumis padam tumis papadam tumis papadam....sambal tumis papadom...sambal tumis papadom....

sedang dia main guitar...guitar itu berjenama fender..
fender merupakan penahan bahagian luar... bahgian luar...ooo sebab itu ia dipanggi SE LUAR tapi seluar dalam??? SE..yang berada di LUAR tetapi dipakai didalam dalam SE LUAR yang dipakai...bolehkah diguna pakai pakai otak lah....lah VE?? betapa kecamuk nya aku hanya untuk sebulan berkomedi.... abang ada studio lai... nada cali tu sini ko sekejap...sini ko..bisai ko ani.... jadinya??...jadi eh!!!.... sap nyangku...mana saja tah ko.....

Ahad, 18 April 2010

FELAMFUNG DAAAA


saudara ku di kapal yang makin terdesak itu lebih sibukkan saudara kapitan sambil senang bangga meludah ludah kesini saudaranya sendiri lalu mereka bernyanyi bangga..biarkan luncai terjun dengan labu labunya.....pelampung mu masih kami pelihara dengan tenang jiwa andai tiba masanyanya nanti jangan bongkak untuk menerima..jangan mimpi tenggelam bersama mereka..kerena mereka punya poket gelembung udara ..yang bakal selamatkan mereka dan keluaraga mereka sahaja....

Rabu, 14 April 2010

Teachers Pet Bintang Adam


siapa sebenarnya teachers pet bintang adam...yang dituduh atau yang menuduh...lupa agaknya kita siapa kawan dia yang buat dia jadi percaya...yang buat dia rasa benar...... baling batu sembunyi tangan...bangsa waris ku tak perlukan @%%#$#%#$%$

Selasa, 13 April 2010

Akur Lopak Seni


terkenal seperti nama-nama besar dalam dunia lakonan memang dia tak punya....ahh tapi kalau kesana kemari ramai juga menegur dialog dialog lakonannya....."Sedikit Yang Memenuhkan" ...kalau aku boleh guna pakai itu.....di belakang tabir tiada siapa dapat menyangkal kesungguhannya.....drama tahun ni bakal sunyi dari gelagatnya....semalam surat yang sekian lama berhak kepada dia..tiba.....negara dan agama menyambut besar tenaganya negara dan agama lebih memerlukan dia....aku hiba hahah ( hati gua pun ada taman dee)...hiba gembira kerana kesabarannya kini rasmi menjadi gilirannya...dunia seni meratap kerana harus berpisah ....mudahan bukan selamanya.....sahabat...tolong sampaikan kepada kelompok sana.....kami di lopak seni yang kecil dan terlembah ini juga turut berbakti kepada itu.....

Isnin, 12 April 2010

kertas tandas kering


Pak Lang Sameon terduduk sedih melihat kampung seberang...menitik air matanya....dulu dia hero buat apa saja untuk sang dewanadisana....kerana haloba sang dewana tergamak janji gadai apa saja pada dunia hanya untuk cita cita serakah diri sendiri....cita cita nya tercapai....janji gadai di tunai....tapi dunia terus meminta...dan dia terpaksa terus memberi kerana takut dunia memihak sang dewana lain pula dan dia akur..dan terus memberi...kini dia hanya kertas tandas...tunggu masa mengelap najis dibontot dunia lalu kemudian di flush ke lubang bersama megah membersih najis dunia dimukannya.....Pak Long Sameon makin sedih...seburuk komuniskah dia...dia baru saja dibersih dan dihidiupkan loji penapis kumpulan ludahannya dahulu...hanya kerana dia......dia perlu tahu siapa dia....dan kenapa dia diabersihkan.....

Ahad, 11 April 2010

E7

ada orang cari panduan di yellow pages......aku hanya perlu disapa olehnya lalu terlerai simpul geliat.... E7 maha pencipta memberkati mu aku pasti itu

Merah jauh dan Satu Enigma


Setelah kian lama aku menunggu 'atas haribulan' sebuah blog kegemaran ku..akhirnya penulis yang memang mahir dalam penulisan itu pun meng 'atas haribulan' blog nya..terima kasih kawan.kata-kata mu selalu menghiasi fikiran-fikiran manja ku..Dan kini kau kembali bernafas..


Kalau kau seorang penulis
kau mesti menulis lagi
meski katamu kau akan berhenti
aku pasti,kau menulis lagi
walau bukan disini
di mana-mana pun akan pasti
penulis menulis lagi
tinta mu setajam pedang
lembaranmu seluas bendang
penilaianmu setangkas helang

terima kasih faridazlan.blogspot.com

-bila melayu hilang kuasa di tanah mereka-Satu Enigma-

rempuh angin sonsang untung nasib salah kecundang


bukan tidak mahu menyapa kupu kupu di perut mengembang sayapnya tapi ketenangan dan keharmonian taman rimba lebih penting dari segalanya serangga ini masih disini merenung jauh bayang gulali semakin manis dan sejahtera amin

Selasa, 6 April 2010

Keputusan


keputusan ku tak sama keputusan mu
keputusan mu tak sama keputusan ku
keputusan bersama cuma satu persetujuan
demi karipap dan teh o yang semakin dingin di meja hujung sana

Sabtu, 13 Mac 2010

rerapu sulam senyum


Sunyi blog aku ini...bukan kerana aku telah berdamai dan tidak lagi mahu meluah rasa ku terhadap sekeliling tapi aku buat masa ini lebih senang menimbang rasa rasa yang memaksa maksa untuk dirasai....baru sahaja aku mendelete seperenggat ayat rasa ku terhadap rasa -rasa sekeliling , bukan sekali tapi berkali kali....mungkin kerana terlalu muak dengan rasa "cool" mereka mereka tersebut...mungkin aku terlalu sibuk memastikan kesempurnaan termampu untuk putera kesayangan ku......dan mungkin bermain Tenis setiap petang dan menonton pasukan bolasepak kesayanganku lebih membahagiakan aku......haaa semalam putera ku memberikan isyarat "go daddy" dari jauh dalam majlis kepada ku sama seperti yang aku buat untuknya...heheheh itu sesungguhnya kebahagian....

Isnin, 15 Februari 2010


aku dituduh racist kerana tidak sehaluan dengan mereka, hari ni melayu dan agamanya dipulau kecil itu dijentik oleh orang yang mereka sayang dan pertahankan...gambaran awal kalau mereka punya keseluruhan, kalau sedar kesilapan balik lah kepangkal jalan... ini tanah melayu berkongsilah dengan tahapnya....atau mungkin engkau bukan dibelakang itu

Ahad, 10 Januari 2010

mata burung dan lubang tempurung


Ada pebagai kebodohan yang terhidang didunia ini....dan teruslah memilih kebodohan yang menampakkan kecerdikan mu ..mudahan saja....kau bukan golongan yang melindung diri bila nanti terbukti salah....

Lihat dunia dari mata burung..atau lihat dari lubang tempurung.....

Jumaat, 1 Januari 2010

2010


Aku lihat peta Tanah Melayu ..kata hatiku janganlah nanti kita hanya jadi kertas tandas mereka...dan aku dicap racist kerana sayang melayu dan tanahnya....