PAKUTEKAN VS MERAHJAUH

Khamis, 29 April 2010

kalau aku salah ..salahkan lah aku saja...


Polis sentri one two jaga
Polis mati tak dipeduli sesiapa....


orang kehutan lagikan tertembak sahabat sendiri

orang jaga keamana terus terus di keji


mungkin benar kata mu

anak lelaki harus berani

keluar malam curi curi

buat salah terus lari
kalau mati kena puji


Al Fatihah buat anggota keselamatan negara yang mati jaga kawasan rumah ku dan rumah mu, negara ku dan negara mu, terima kasih kerana memikul beban dan tidak dikenang, sedang aku hanya tahu menunding jari dirumah aman senang lenang

Al Fatihah juga buat anak ibu tersayang, kesedihan mu tiada siapa yang tahu....

AL FATIHAH

semalam Pak Mail meninggal dikebunya sendiri.. tertelan biji rambutan...kata si Muin yang sewaktu itu berada di pasaraya kepada si Leman kepada si Jamal, kepada si Muthu kepada si Leong kepada si Albert kepada si Jamain kepada si Suri kepada si Bedah yang bercerita kepada si Meon " Pak Mail meninggal di rumah dangdut atas peha si Mimi atau nama sebenarnya Suhaimi..."

Tiada ulasan: