ENTRY INI DI REJECT KERANA TIDAK MENCAPAI PIAWAIAN
kehadapan kak kiah..... kak kiah yang dihormati, buat apalah Kak Kiah nak peram hak kami tu, kantong itu hak kami, oleh dari kerja yang kami selesaikan bukan kami dapat camtu je....lagipun kak kiah tak dapat apa apa pun dari memeramnya, malah kalau kak kiah mempercepatkannya kak kiah dapat pahala, lupakah kak kiah janji yang maha kuasa bahawa siapa yang memudahkan sesuatu perkara akan dipermudahkan berganda ganda untuk nya jua. saya memohon jasa baik kak kiah untuk mengurang kan bergossip di pejabat yang membolehkan kantong kami terperam, saya juga memohon kak kiah untuk mengurangkan bertelefon di waktu bekerja supaya kantong kami tidak terus terperam, dan juga tidak menghabiskan masa bekerja dengan minum bersama kawan kawan kak kiah dan kantong jadi hilang ( eh boleh sign sekali lagi....hialng bah voucher kamu) Akhir sekali kantong yang kak kiah peram tu bukan kantong kak kiah pun.....kak kiah telah dipertanggung jawap untuk mengagihkan kepada kami yang telah selesai kerja kerjanya....kalau kak kiah nak juga memeram lebih baik kak kiah peram perkasam.....ada masanya nanti kak kiah boleh menyeluknya sampai kepangkal lengan... sekian dulu dari kami semuga kak kiah dilimpahi dengan rahmatnya
p/s errr bila kak kiah pencen yek
yang benar
puas menunggu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan