PAKUTEKAN VS MERAHJAUH

Khamis, 29 April 2010

kalau aku salah ..salahkan lah aku saja...


Polis sentri one two jaga
Polis mati tak dipeduli sesiapa....


orang kehutan lagikan tertembak sahabat sendiri

orang jaga keamana terus terus di keji


mungkin benar kata mu

anak lelaki harus berani

keluar malam curi curi

buat salah terus lari
kalau mati kena puji


Al Fatihah buat anggota keselamatan negara yang mati jaga kawasan rumah ku dan rumah mu, negara ku dan negara mu, terima kasih kerana memikul beban dan tidak dikenang, sedang aku hanya tahu menunding jari dirumah aman senang lenang

Al Fatihah juga buat anak ibu tersayang, kesedihan mu tiada siapa yang tahu....

AL FATIHAH

semalam Pak Mail meninggal dikebunya sendiri.. tertelan biji rambutan...kata si Muin yang sewaktu itu berada di pasaraya kepada si Leman kepada si Jamal, kepada si Muthu kepada si Leong kepada si Albert kepada si Jamain kepada si Suri kepada si Bedah yang bercerita kepada si Meon " Pak Mail meninggal di rumah dangdut atas peha si Mimi atau nama sebenarnya Suhaimi..."

Selasa, 27 April 2010

dari melayu sejahtera untuk kesjahteraan melayu


sebelum aku tulis ni aku nak bagi tahu....taraf hidup aku sekarang ni kalau tak sama mungkin kurang dari korang :

let's face the fact..barang dalam dunia ni akan terus meningkat..tak kira lah bapa aku ke bapa ko ke memerintah tapi memang akan terus naik dan tak turun turun....ko tanya lah mak bapak ko....tapi kalau ko masih katakan..dulu barang 10 tahun baru naik sekali....sekarang asyik nak naik je...pada aku ko memang bangang nauzubillah..

cam ni jelah...kalau korang banyak sangat komplain gi balik kampung...tanam tebu buat gula sendiri..buat bendang padi untuk nasi korang...buat kolam ikan untuk lauk...tanam sayur dan buah buahan...dan jangan berselera tinggi nak makan epal dan segala macam.... sanggup???

sebelum kita salahkan orang ....meh kita tengok balik..cara hidup kita sekarang.....dulu pun masa kita sekolah kita malas sekarang dapat kerja lebih kurang ..gaji lebih kurang senang senang nak marah orang lain haha bongokssss ( dapat pinjaman belajar dah habis marah pasal kena bayor balik bongoksss x 18) kalau kita kaya ada kita kisah?? hahah salah sapa kita tak kaya...??? salah orang kat atas ke salah kita....??

satu lagi apa hal orang melayu dok kutuk orang melayu sendiri...ni?? kalau rasa melayu tu mundur pun sebab melayu yang mudur tu ko sendiri dengan aku...ramai lagi yang maju...ko tu dengki apasal??... kalau rasa tak suka jadi melayu ko jadilah barua...gadai maruah sendiri....kalau tak nak meninggi diri pun tak yah nak kutuk diri sendiri...bapa ko bukan melayu ke??/ooo bukan.... patutulah ko ni ^%%$&^$&%*&%*&%^^&.........

orang orang yang adil kononnya yang berkonon-konon nak rendahkah harga gula dan segala macam kalau dibagi kuasa .. pernah sedekah gula dan segala macam kat orang cam aku ngan ko tak????takkan game dorang ko tok leh baca...

sudah sudahlah jadi bodoh dan membodohkan diri sendiri...kalau tak cerdik pun..usha saja...doa...kalau ko Islamlah...jangan diikut sangat orang konon pandai Ugama tapi main politik....semua untuk diri sendiri dan keluarga durang je...ko tak dapat apa pun...Allah akan merubah orang yang mahu merubah dirinya sendiri.......perjuangan kita selepas Rasulullah berperang untuk menegak kan islam ialah menegakkan solat kita...itu ko perjuangkan dulu... aku pun sendiri terhegeh hegeh nak memperjuangkannya.....tak de istilah...orang kononnya maksum tak yah sembahyang....pakai niat je....kalau cam tu tak yah lah makan...ko niat je hahaha
kata Sadiq Sigaraga...ambil bau saja .....

kalau ko masih melayu ...aku simpan taman dihati ini SELAMANYA.....

Sabtu, 24 April 2010

surat buat kak kiah



ENTRY INI DI REJECT KERANA TIDAK MENCAPAI PIAWAIAN


kehadapan kak kiah..... kak kiah yang dihormati, buat apalah Kak Kiah nak peram hak kami tu, kantong itu hak kami, oleh dari kerja yang kami selesaikan bukan kami dapat camtu je....lagipun kak kiah tak dapat apa apa pun dari memeramnya, malah kalau kak kiah mempercepatkannya kak kiah dapat pahala, lupakah kak kiah janji yang maha kuasa bahawa siapa yang memudahkan sesuatu perkara akan dipermudahkan berganda ganda untuk nya jua. saya memohon jasa baik kak kiah untuk mengurang kan bergossip di pejabat yang membolehkan kantong kami terperam, saya juga memohon kak kiah untuk mengurangkan bertelefon di waktu bekerja supaya kantong kami tidak terus terperam, dan juga tidak menghabiskan masa bekerja dengan minum bersama kawan kawan kak kiah dan kantong jadi hilang ( eh boleh sign sekali lagi....hialng bah voucher kamu) Akhir sekali kantong yang kak kiah peram tu bukan kantong kak kiah pun.....kak kiah telah dipertanggung jawap untuk mengagihkan kepada kami yang telah selesai kerja kerjanya....kalau kak kiah nak juga memeram lebih baik kak kiah peram perkasam.....ada masanya nanti kak kiah boleh menyeluknya sampai kepangkal lengan... sekian dulu dari kami semuga kak kiah dilimpahi dengan rahmatnya

p/s errr bila kak kiah pencen yek

yang benar
puas menunggu...

Khamis, 22 April 2010

nada cali tu


tulis padam tulis padam tulis padam.......tulis pada tulis padam tulis padam................. tulis padam tulis padam......tulis padam tulis padam........tumis padam tumis papadam tumis papadam....sambal tumis papadom...sambal tumis papadom....

sedang dia main guitar...guitar itu berjenama fender..
fender merupakan penahan bahagian luar... bahgian luar...ooo sebab itu ia dipanggi SE LUAR tapi seluar dalam??? SE..yang berada di LUAR tetapi dipakai didalam dalam SE LUAR yang dipakai...bolehkah diguna pakai pakai otak lah....lah VE?? betapa kecamuk nya aku hanya untuk sebulan berkomedi.... abang ada studio lai... nada cali tu sini ko sekejap...sini ko..bisai ko ani.... jadinya??...jadi eh!!!.... sap nyangku...mana saja tah ko.....

Ahad, 18 April 2010

FELAMFUNG DAAAA


saudara ku di kapal yang makin terdesak itu lebih sibukkan saudara kapitan sambil senang bangga meludah ludah kesini saudaranya sendiri lalu mereka bernyanyi bangga..biarkan luncai terjun dengan labu labunya.....pelampung mu masih kami pelihara dengan tenang jiwa andai tiba masanyanya nanti jangan bongkak untuk menerima..jangan mimpi tenggelam bersama mereka..kerena mereka punya poket gelembung udara ..yang bakal selamatkan mereka dan keluaraga mereka sahaja....

Rabu, 14 April 2010

Teachers Pet Bintang Adam


siapa sebenarnya teachers pet bintang adam...yang dituduh atau yang menuduh...lupa agaknya kita siapa kawan dia yang buat dia jadi percaya...yang buat dia rasa benar...... baling batu sembunyi tangan...bangsa waris ku tak perlukan @%%#$#%#$%$

Selasa, 13 April 2010

Akur Lopak Seni


terkenal seperti nama-nama besar dalam dunia lakonan memang dia tak punya....ahh tapi kalau kesana kemari ramai juga menegur dialog dialog lakonannya....."Sedikit Yang Memenuhkan" ...kalau aku boleh guna pakai itu.....di belakang tabir tiada siapa dapat menyangkal kesungguhannya.....drama tahun ni bakal sunyi dari gelagatnya....semalam surat yang sekian lama berhak kepada dia..tiba.....negara dan agama menyambut besar tenaganya negara dan agama lebih memerlukan dia....aku hiba hahah ( hati gua pun ada taman dee)...hiba gembira kerana kesabarannya kini rasmi menjadi gilirannya...dunia seni meratap kerana harus berpisah ....mudahan bukan selamanya.....sahabat...tolong sampaikan kepada kelompok sana.....kami di lopak seni yang kecil dan terlembah ini juga turut berbakti kepada itu.....

Isnin, 12 April 2010

kertas tandas kering


Pak Lang Sameon terduduk sedih melihat kampung seberang...menitik air matanya....dulu dia hero buat apa saja untuk sang dewanadisana....kerana haloba sang dewana tergamak janji gadai apa saja pada dunia hanya untuk cita cita serakah diri sendiri....cita cita nya tercapai....janji gadai di tunai....tapi dunia terus meminta...dan dia terpaksa terus memberi kerana takut dunia memihak sang dewana lain pula dan dia akur..dan terus memberi...kini dia hanya kertas tandas...tunggu masa mengelap najis dibontot dunia lalu kemudian di flush ke lubang bersama megah membersih najis dunia dimukannya.....Pak Long Sameon makin sedih...seburuk komuniskah dia...dia baru saja dibersih dan dihidiupkan loji penapis kumpulan ludahannya dahulu...hanya kerana dia......dia perlu tahu siapa dia....dan kenapa dia diabersihkan.....

Ahad, 11 April 2010

E7

ada orang cari panduan di yellow pages......aku hanya perlu disapa olehnya lalu terlerai simpul geliat.... E7 maha pencipta memberkati mu aku pasti itu

Merah jauh dan Satu Enigma


Setelah kian lama aku menunggu 'atas haribulan' sebuah blog kegemaran ku..akhirnya penulis yang memang mahir dalam penulisan itu pun meng 'atas haribulan' blog nya..terima kasih kawan.kata-kata mu selalu menghiasi fikiran-fikiran manja ku..Dan kini kau kembali bernafas..


Kalau kau seorang penulis
kau mesti menulis lagi
meski katamu kau akan berhenti
aku pasti,kau menulis lagi
walau bukan disini
di mana-mana pun akan pasti
penulis menulis lagi
tinta mu setajam pedang
lembaranmu seluas bendang
penilaianmu setangkas helang

terima kasih faridazlan.blogspot.com

-bila melayu hilang kuasa di tanah mereka-Satu Enigma-

rempuh angin sonsang untung nasib salah kecundang


bukan tidak mahu menyapa kupu kupu di perut mengembang sayapnya tapi ketenangan dan keharmonian taman rimba lebih penting dari segalanya serangga ini masih disini merenung jauh bayang gulali semakin manis dan sejahtera amin

Selasa, 6 April 2010

Keputusan


keputusan ku tak sama keputusan mu
keputusan mu tak sama keputusan ku
keputusan bersama cuma satu persetujuan
demi karipap dan teh o yang semakin dingin di meja hujung sana