PAKUTEKAN VS MERAHJAUH

Ahad, 7 Oktober 2012

GOING RODRIGUEZ 3

Dua hari tak tulis agak sibuk baik juga tak banyak nak di perkatakan, Hari jumaat kami mulakan penggambaran sebelah pagi bersama AD DEEN salah seorang penulis skrip di Brunei, Kami mahu dia beperwatakan lembut tak sangka pulak dia setuju, kami ke Butiknya pukul 9 dan setelah menerangkan serba sedikit kami shoot, satu line je tka lama mana  pun, selesai bersama Ad Deen kami menunggu petang untuk penggambaran seterusnya.

Kami menunggu Dang Kasum di Stadium Hassanal Bolkiah, aku rasa tempat ini kurang sesuai lalu berbincang dengan Harlif dan Nurain dan kami mengubah tempat ke kawasan perniangaan di serusop berhampiran Hong Kong Bank. Agak lama juga kami menunggu Dang Kasum telefon nya pun tidak berjawap sebelumnya melalui whatsapp kami sudahpun bersetuju. Hampir pukul 3 petang ( dari pukul 2) Dang Kasum tiba, dia memohon maaf kerana lewat ada perkara yang perlu di selesaikan. Setelah menerangkan serba sedikit mengenai apa yang kami mahu dan Zero Budget kami merakam Dang Kasum.

Setelah itu kami bergegas ke ruman Hj Jamaludin juga seorang penulis skrip di Brunei. Kami kesana merakam isterinya yang berasal dari Tutong, kami memerlukan beliau untuk bercakap dalam loghat Tutong akalu tadi Dang Kasum dengan loghat kedayan dan selepas ini kami akan ke rumah bapa saudara Harlif untuk merakan bahasa Dusun Belait pula.

Sebelum ke rumah Pacincin ( bapa saudara Harlif) kami terlebih dahulu ke rumah salah seorang pelakon vateran Brunei iaitu Awang Matussin Laki, kerana kebiasaan kami memanggil beliau dalam drama drama terbitan kami, dan sudah menjadi lumrah dan adat orang di sini kami di jamu dengan pelbagai hidangan walaupun sudah di beritahu yang kami hanya merakam sedikit sahaja dan harus ke tempat lain pula. Awang Matussin tetap mahu kami untuk menikmati hidangannya. Mungkin fikirnya kami datang dengan krew penuh jadi hidangannya tidak padan dengan kami bertiga. ( Aku, Harlif, Wasi, Nurain terpaksa pulang awal atas keperluan domestik). Kami berterima kasih kerana susah payah menyediakan makanan, kata Awang Matussin " makanlah..aku ke tempat kamu inda pernah berlapar". dan aku berkata dalam hati keilhlasan kami menjaga kebajikan pelakon di setiap penggambaran terbitan kami tergambar dan kami senang melihat mereka senang.

Kami akhiri penggambaran kami dengan dialek bahasa Dusun Belait oleh Pacicin bapa saudara Harlif. Perjalanan kami masih panjang yang penting langkah awal sudah pun bermula.
Esoknya Harlif memberitahu yang Pacincin mahu kami merakamnya sekali lagi kerana tidak puas hati dengan dialek yang di ucapkannya. Kami bersetuju untuk merakam semula pada tarikh yang akan diputuskan nanti.

Kami berehat Sabtu dan Ahad sambil terus berbincang mengenai perjalan Going Rodriguez ini.

Khamis, 4 Oktober 2012

GOING RODRIGUEZ 2

Hari ini dalam jadual kami ada penggambaran insert untuk AADR..aku ke ofis dan menulis skrip sitkom yang menjadi harapan besar aku untuk tahun ni Aminnnn.....sedang menulis Harlif datang dan bertanya bila nak discuss pasal muzik untuk AADR aduh...betul gak dah start shoot tapi sebenarnya banyak lagi yang belum settle.

Dalam borak kosong berkisar AADR bersama Harlif, Nurain datang dan kami mula berbincang serius mengenai pelakon yang akan di undang bagi kemunculan kecil dalam ADDR, keputusan untuk menggunakan pelbagai dialog bahasa suku kaum masih dipersetujui masalahnya siapa? beberapa nama di cadangkan dan aku entah macam mana terkenangkan bapa Zamri iaitu Tuan Hj Jamluddin, seingat aku dia orang Tutong mungkin boleh berbahsa Tutong, Harlif membuat panggilan dan kami hampa di bukan orang Tutong suka hati aku je haha tetapi sinar tetap muncul di hujung lorong haha bini dia orang Tutong daaaa dan setelah menyakinkan, beliau bersetuju untuk di rakam cantik satu  selesai.

Dalam berbincang, Harlif mencadangkan agar babak makcik makcik in dibuat secara voxpop. Aku emngambil masa sedikit untuk membayang kan dan merasakan ia satu cadangan yang baik. Nurain juga tidak ada masalah jadi kami bersetuju mengkonsepkan rakaman pelbagai pak cik makcik dengan cara vox pop.

Harlif kemudian menalipon saudaranya di Temburong bagi mencari siapa yang boleh cakap bahasa Murut and one leads to another haha cakap omputih salah seorang saudaranya boleh berbahsa Dusun dan bersetuju, cantik. Kami meneruskan usaha berfikir sambil aku mencuri curi menghabiskan skrip sitkom ku . Kak Rokiah yang arif berdialek seperti orang kampung air di hubungi dan bersetuju tapi budget belum cerita. Hj Saini dalam kesediha isteri yang masih di hospital juga bersetuju dan akan menetapkan tarikhnya, Dang Kasum yang terkenal dengan dialek kedayan di hubungi juga bersetuju. masaalahnya BUDGET YOOO  haha macam mana nak bagi tau....kalau kawan lain lah ..ini dah kira panggil artis terkenal.

Kak Kiah dengan senang hati datang ke ofis untuk melihat skrip ( satu baris je ) tapi semangatnya membuat kami lebih susah untuk menceritakan tentang budget. Dalam kesibukan Harlif dan aku di bantu oleh Wasie dan dua pelajar MTSSR bersedia untuk membuat penggambaran, Nurain menggunakan kemahirannya sebagai Penerbit Eksekutif yang tersohor di Brunei ini hahah menceritakan perkara BUDGET kepada Kak Kiah. Kak Kiah bersetuju dengan baik katanya kerana Regalblue dan kami pun merakam Kak Kiah.


Naga Bonar AKA HJ FIRDAUS message aku di facebook untuk berjumpa mengenai costume wataknya sebagai Elvis. Semalam dia menghubungi Nurain menyatakan hasrat untuk menempah baju tersebut, kami terharu, maklumlah, dia sanggup pakai bdugetnya sendiri tabik hormat dari kami. Untuk tidak meberatkan Hj Firdaus aku bersetuju untuk membantu menyediakan manik manik untuk costume Elvis ( haha bukan aku yang buat pun ..minta tolong bini aku lah) aku sampaikan rasa 'galat dan terharu kami' kerana Hj Firdaus sanggup bekorban sendiri untuk kostume, kata Hj Firdaus " aku mau feel bah..biar banar banar puas hati peluang bah ni" dan dalam hati ku semuga Zero Budget ini menjadi Zillion Budget Amin......

****

Petang itu aku ke Limbang menemani Neldy mengusai 'dashboard' kereta old schoonya, tiba di rumah sekitar jam 8.30 Nurain menelefon dan memaklumkan petang tadi Harlif sudahpun merakam Hj Saini dan esok  kami akan merakam Dang Kasum, Paichin dan seorang lagi aku lupa namanya...alhamdulillah...perahan lahan kami kayuh dalam kapal selam, dalam hati makin berkembang semangat "going Rodriguez".

Rabu, 3 Oktober 2012

GOING RODRGUEZ 1

Akhirnya hari ini 3hb Oct bermulalah pengembaraan yang aku panggil "going Rodriguez" setelah berbincang secara ringan dan akhirnya serius hari ini kami bermula penggambaran Ada Apa Dengan Rina bakal menjadi Filem pertama aku secara individu sebagai Penulis, Pengarah dan Penerbit juga merupakan Filem pertama terbitan Regalblue Production. Ooo jangan salah faham ini bukan bersifat individu...secara kolektifnya aku terlibat dalam kerja penerbitan dan pengarahan, bersama Harlif Hj Muhamad dan Nurain Abdullah iaitu pemilik Regalblue Production Brunei Darussalam.

ok cerita pasal skrip dulu...skrip ini aku tulis 7 tahun yang dahulu ( dari tarikh hari ini) pada awalnya memang aku mahu ia menjadi sebuah filem,  kemudiannya di tukar  menjadi sebuah penerbitan drama tv secara one off ( durasi satu jam ) kemudian di tkar lagi untuk menjadi penerbitan drama tv 13 episod, di tangguhkan kemudiannya untuk menjadi satu penerbitan experimental ( tak tahu untuk tayang atau final product yang berbentuk apa) dan akhirnya di persetujui untuk di di terbitkan dengan target penayangan ke pawagan.

Dalam penerbitan berbentuk 'moving pictures' tentulah target terbesar adalah menerbitkan sebuah 'feature film' dalam bahasa kita- kita nak  buat filem main kat wayang hahaah. Hasrat ini sudah lama terpendam secara individu dan juga merupakan Misi Regalblue Production. Setelah 10 tahun kewujudan Regalblue Production dan 7 tahun  dalam simpanan aku akhirnya kami realisasikan hasrat bersama ini.

Forum kreatif industri yang di adakan di Brunei Darussalam dan sambutan ke sepuluh tahun Regalblue Production menjadi titik tolak projek kapal selam ini..hahah kenapa kapal selam? nanti aku cerita....

Harlif dan Nurain melahirkan hasrat untuk menerbitkan sesuatu yang boleh di tayangkan di panggung...nak experiment katanya dan minta kalau aku ada skrip yang sesuai...aku berfikir dan mencadangkan salah satu idea yang aku simpan iaitu sebuah cerita hantu komedi atas alasan lebih banyak visual berbentuk magikal yang dapat di ketengahkan. Harlif dan Nurain setuju....aku mula mengorak, mencongak dan membongak, memikirkan idea yang masih belum berbentuk skrip.

Entah mengapa  proses menjadikan skrip cerita hantu komedi yang ku beri nama " Cerita Hantu' sangat perlahan berjalan dalam fikiran aku baik dari segi fantasinya mahupun treatmentnya. Dalam sterss memikirkan penyususnan cerita tersebut aku teringat skrip komedi yang sudah begitu lama aku simpan, yang ku beri nama Ada Apa dengan Rina.Skrip ini lebih ringan treamentnya dan lebih teknikalnya dan aku pun menyalurkan idea tersebut kepada harlif dan Nurain.

Harlif dan Nurain mahu membaca dahulu skrip Ada Apa denga Rina kerana skrip itu sudah terlalu lama. Keesokkanya mereka bersetuju  dan proses pertama kami berjalan....

Kami kemudiannya mula berbincang hala tuju penerbitan ini, maslaah pertama dan yang paling besar ialah budget dan budget yang dapat kami adakan ialah ZERO BUDGET hahah macam mana nak buat pelem kalau tak ada budget? haha nak ke pelakon terlibat? tambah lagi bila di lihat semula pada skrip ini secara teknikalnya adoii yai...kami perlu penari..tapi Zero Budget, kami perlu grafik tapi Zero Budget, kami perlu dua set penting tapi Zero budget....costume, make up, logistik, props semua Zero Budget....Mat Sentul pun tak sanggup dek hahah......yang kami ada cuma peralatan penggambaran dan penyuntingan serta tenaga kerja.....macam mana...macam mana....macam mana......macam mana pun buat juga...dana caranya ialah...menyenaraikan dulu artis dan segala keperluan penerbitan dan mengadakan rundingan meja bundar hahaha  dengan konfiden yang tinggi...." kita bawa kawan kawan yang biasa dengan kita, insyaallah diorang mau ni...Pilem kali aaaaaaaaa.....hahah dan kami  akan berbincang lagi untuk menyelesaikan masalah tersebut....

******
hari ini setelah jadual di atur oleh Nurain kami mulakan dengan babak mudah yang melibatkan pemegang watak Rina, Hakim dan suami Rina..tanpa kebenaran rasmi kami ke Airport Brunei memulakan penggambaran dan ini mengingatkan aku pada Robert Rodriguez....dia boleh takkan kami tak boleh...........






Selasa, 19 Jun 2012

hari ini

good boy go to heaven   bad boy go to seven eleven yehaaaaaa!!!

Dulu Dulu ...entah bila...terjumpa semula 4

Kisah Agung Cinta


kerna rasa itu
insan jadi edan

hukum manusia dirasuk asmara
sejak dunia terima sinar
Adam hilang timbang kerna Hawa
Romeo hilang sintar kerna Juliet
Napoleon hilang kompas kerna Josephine
Rama pada Sitar (hilang peduli)
Laila pada Majnun (hilang dunia)
Saija pada Adinda (hilang setia)
Aku pada Kamu (hilang aku)
aku pada kamu kamu kamu mu...

dulu dulu...entah bila..terjumpa semula 3

buat apa ......entah
buat gila....sudah
buat jahat.....megah
buat bodoh....susah

tunjuk hero....parah
tunjuk lagak....padah
tunjuk gagah....muntah
tunjuk gaya.....sampah

jangan jadi hero
kalau otak zero
jangan jadi bodoh
tangkap loyar buruk

entah....buat apa
sudah....buat gila
megah.....buat jahat
susah.....buat bodoh

parah...tunjuk hero
padah.....tunjuk lagak
muntah....tunjuk gagah
layan auta mentor...

dulu dulu...entah bila...terjumpa semula 2

Hilang sudah rentak tarimu
salahkan pada sepatu baru
yang lama kau buang entah dimana
salahkan pada sepatu baru mu

sepatu ini tak lagi terdaya
rentak tari tak lagi bergaya
sepatu baru harus ada segera
sepatu ini tidak lagi terdaya

sampai bila- sampai mana-sampai gila
sampai mana-sampai gila-sampai bila
sampai gila-sampai bila-sampai mana

dulu dulu...entah bila...terjumpa semula

ahhh...pecahkan ruyung milik mereka
dan sagu itu pun bukan milik kita
tanya pada siapa, tanah ini siapa empunya
kita cuma dan masih kuli di bumi merdeka

wajah bahagia yang terpampang di sekeping foto
tak sebahagia lensa yang gembira melangsai kerjanya

jangan hilangkan rasa itu darimu
kerna hanya itu milik ku yang ada padamu

mana hilang garang raja rimba
mana hilang hati batu
mana hilang tamak si lahab
mana hilang perkasa si badak

(garanya) akhirnya lemah jua
(hatinya) akhirnya remuk jua
(tamaknya) akhirnya lepas jua
(pekaknya) akhirnya teresap jua

hanya kerana cinta
berubah segalanya
hanya kuasa cinta
damai dan sejahtera
laungkan ( hembuskan)

(dengan) pada hati- hati
harus hati-hati
jangna sampai mati
(mati) lagi.

Khamis, 12 April 2012

tajuk hari ni Am

terlalu banyak ragam buat kita geram rasa macam nak genggam dan bagi sampai lebam tapi lebih baik diam tahan sampai pitam atau sampai malam daripada demam pikir macam-macam

Isnin, 9 April 2012

Keling Bismi Serusop Tipu Harga Alat Tulis

Aku sangat ingin menulis semula..tapi   ehh ani bukan kira menulis kah....errr
aku sudah menulis semula..dan aku mahu menulis bukann sahaja mengeluarkan pendapat tetapi menghasilkan pendapatan .....menulis dulu cerita dulu menulis sekarang biar terang....

Rabu, 21 Mac 2012

Lupa Kunci

dah lama sangat tak menulis di blog ini...sehinggakan kata laluan  pun aku hampir lupa ( berpeluh juga mengingatkan maklumlah baru lepas bersukan)..

Aku dikejutkan oleh kawan ku dengan statement ini..."tahun depan kita masuk 40 rid...apa pun tak de ni" dan lagu anak kampung terus bermain dikepala..antara baris yang di ulang-ulang ialah...." tiada keretaku bawakau jalan -jalan...rumah pun ku tiada ada pun bapa punya"....

40..orang cakap..life begins at 40......ramai yang percaya ....aku?...kalau life end at 40 cemana? ada juga cakap golongan 40 akan di hidangkan dengan mid life crisis.....aku rasa hidup aku ni dah cukup crisis dah ni...hahha...dan crisis atu agaknya buat aku terus hidup...hidup dengan mencari jalan keluar dari kebelengguan diri sendiri tanpa menyalahkan segalanya kepada kerajaan.....(err pegawai kerajaan yang peringkat bawah tu ada juga aku salahkan..tapi dah nak pencen pun...hahaha)

dan aku tukar kata kunci ku kepada perkataan KUNCI dengan harapan agar ia tidak menjadi punca crisis penulisan ku selepas ini...