PAKUTEKAN VS MERAHJAUH

Rabu, 3 Oktober 2012

GOING RODRGUEZ 1

Akhirnya hari ini 3hb Oct bermulalah pengembaraan yang aku panggil "going Rodriguez" setelah berbincang secara ringan dan akhirnya serius hari ini kami bermula penggambaran Ada Apa Dengan Rina bakal menjadi Filem pertama aku secara individu sebagai Penulis, Pengarah dan Penerbit juga merupakan Filem pertama terbitan Regalblue Production. Ooo jangan salah faham ini bukan bersifat individu...secara kolektifnya aku terlibat dalam kerja penerbitan dan pengarahan, bersama Harlif Hj Muhamad dan Nurain Abdullah iaitu pemilik Regalblue Production Brunei Darussalam.

ok cerita pasal skrip dulu...skrip ini aku tulis 7 tahun yang dahulu ( dari tarikh hari ini) pada awalnya memang aku mahu ia menjadi sebuah filem,  kemudiannya di tukar  menjadi sebuah penerbitan drama tv secara one off ( durasi satu jam ) kemudian di tkar lagi untuk menjadi penerbitan drama tv 13 episod, di tangguhkan kemudiannya untuk menjadi satu penerbitan experimental ( tak tahu untuk tayang atau final product yang berbentuk apa) dan akhirnya di persetujui untuk di di terbitkan dengan target penayangan ke pawagan.

Dalam penerbitan berbentuk 'moving pictures' tentulah target terbesar adalah menerbitkan sebuah 'feature film' dalam bahasa kita- kita nak  buat filem main kat wayang hahaah. Hasrat ini sudah lama terpendam secara individu dan juga merupakan Misi Regalblue Production. Setelah 10 tahun kewujudan Regalblue Production dan 7 tahun  dalam simpanan aku akhirnya kami realisasikan hasrat bersama ini.

Forum kreatif industri yang di adakan di Brunei Darussalam dan sambutan ke sepuluh tahun Regalblue Production menjadi titik tolak projek kapal selam ini..hahah kenapa kapal selam? nanti aku cerita....

Harlif dan Nurain melahirkan hasrat untuk menerbitkan sesuatu yang boleh di tayangkan di panggung...nak experiment katanya dan minta kalau aku ada skrip yang sesuai...aku berfikir dan mencadangkan salah satu idea yang aku simpan iaitu sebuah cerita hantu komedi atas alasan lebih banyak visual berbentuk magikal yang dapat di ketengahkan. Harlif dan Nurain setuju....aku mula mengorak, mencongak dan membongak, memikirkan idea yang masih belum berbentuk skrip.

Entah mengapa  proses menjadikan skrip cerita hantu komedi yang ku beri nama " Cerita Hantu' sangat perlahan berjalan dalam fikiran aku baik dari segi fantasinya mahupun treatmentnya. Dalam sterss memikirkan penyususnan cerita tersebut aku teringat skrip komedi yang sudah begitu lama aku simpan, yang ku beri nama Ada Apa dengan Rina.Skrip ini lebih ringan treamentnya dan lebih teknikalnya dan aku pun menyalurkan idea tersebut kepada harlif dan Nurain.

Harlif dan Nurain mahu membaca dahulu skrip Ada Apa denga Rina kerana skrip itu sudah terlalu lama. Keesokkanya mereka bersetuju  dan proses pertama kami berjalan....

Kami kemudiannya mula berbincang hala tuju penerbitan ini, maslaah pertama dan yang paling besar ialah budget dan budget yang dapat kami adakan ialah ZERO BUDGET hahah macam mana nak buat pelem kalau tak ada budget? haha nak ke pelakon terlibat? tambah lagi bila di lihat semula pada skrip ini secara teknikalnya adoii yai...kami perlu penari..tapi Zero Budget, kami perlu grafik tapi Zero Budget, kami perlu dua set penting tapi Zero budget....costume, make up, logistik, props semua Zero Budget....Mat Sentul pun tak sanggup dek hahah......yang kami ada cuma peralatan penggambaran dan penyuntingan serta tenaga kerja.....macam mana...macam mana....macam mana......macam mana pun buat juga...dana caranya ialah...menyenaraikan dulu artis dan segala keperluan penerbitan dan mengadakan rundingan meja bundar hahaha  dengan konfiden yang tinggi...." kita bawa kawan kawan yang biasa dengan kita, insyaallah diorang mau ni...Pilem kali aaaaaaaaa.....hahah dan kami  akan berbincang lagi untuk menyelesaikan masalah tersebut....

******
hari ini setelah jadual di atur oleh Nurain kami mulakan dengan babak mudah yang melibatkan pemegang watak Rina, Hakim dan suami Rina..tanpa kebenaran rasmi kami ke Airport Brunei memulakan penggambaran dan ini mengingatkan aku pada Robert Rodriguez....dia boleh takkan kami tak boleh...........






Tiada ulasan: