Dua hari tak tulis agak sibuk baik juga tak banyak nak di perkatakan, Hari jumaat kami mulakan penggambaran sebelah pagi bersama AD DEEN salah seorang penulis skrip di Brunei, Kami mahu dia beperwatakan lembut tak sangka pulak dia setuju, kami ke Butiknya pukul 9 dan setelah menerangkan serba sedikit kami shoot, satu line je tka lama mana pun, selesai bersama Ad Deen kami menunggu petang untuk penggambaran seterusnya.
Kami menunggu Dang Kasum di Stadium Hassanal Bolkiah, aku rasa tempat ini kurang sesuai lalu berbincang dengan Harlif dan Nurain dan kami mengubah tempat ke kawasan perniangaan di serusop berhampiran Hong Kong Bank. Agak lama juga kami menunggu Dang Kasum telefon nya pun tidak berjawap sebelumnya melalui whatsapp kami sudahpun bersetuju. Hampir pukul 3 petang ( dari pukul 2) Dang Kasum tiba, dia memohon maaf kerana lewat ada perkara yang perlu di selesaikan. Setelah menerangkan serba sedikit mengenai apa yang kami mahu dan Zero Budget kami merakam Dang Kasum.
Setelah itu kami bergegas ke ruman Hj Jamaludin juga seorang penulis skrip di Brunei. Kami kesana merakam isterinya yang berasal dari Tutong, kami memerlukan beliau untuk bercakap dalam loghat Tutong akalu tadi Dang Kasum dengan loghat kedayan dan selepas ini kami akan ke rumah bapa saudara Harlif untuk merakan bahasa Dusun Belait pula.
Sebelum ke rumah Pacincin ( bapa saudara Harlif) kami terlebih dahulu ke rumah salah seorang pelakon vateran Brunei iaitu Awang Matussin Laki, kerana kebiasaan kami memanggil beliau dalam drama drama terbitan kami, dan sudah menjadi lumrah dan adat orang di sini kami di jamu dengan pelbagai hidangan walaupun sudah di beritahu yang kami hanya merakam sedikit sahaja dan harus ke tempat lain pula. Awang Matussin tetap mahu kami untuk menikmati hidangannya. Mungkin fikirnya kami datang dengan krew penuh jadi hidangannya tidak padan dengan kami bertiga. ( Aku, Harlif, Wasi, Nurain terpaksa pulang awal atas keperluan domestik). Kami berterima kasih kerana susah payah menyediakan makanan, kata Awang Matussin " makanlah..aku ke tempat kamu inda pernah berlapar". dan aku berkata dalam hati keilhlasan kami menjaga kebajikan pelakon di setiap penggambaran terbitan kami tergambar dan kami senang melihat mereka senang.
Kami akhiri penggambaran kami dengan dialek bahasa Dusun Belait oleh Pacicin bapa saudara Harlif. Perjalanan kami masih panjang yang penting langkah awal sudah pun bermula.
Esoknya Harlif memberitahu yang Pacincin mahu kami merakamnya sekali lagi kerana tidak puas hati dengan dialek yang di ucapkannya. Kami bersetuju untuk merakam semula pada tarikh yang akan diputuskan nanti.
Kami berehat Sabtu dan Ahad sambil terus berbincang mengenai perjalan Going Rodriguez ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan