PAKUTEKAN VS MERAHJAUH

Khamis, 4 Oktober 2012

GOING RODRIGUEZ 2

Hari ini dalam jadual kami ada penggambaran insert untuk AADR..aku ke ofis dan menulis skrip sitkom yang menjadi harapan besar aku untuk tahun ni Aminnnn.....sedang menulis Harlif datang dan bertanya bila nak discuss pasal muzik untuk AADR aduh...betul gak dah start shoot tapi sebenarnya banyak lagi yang belum settle.

Dalam borak kosong berkisar AADR bersama Harlif, Nurain datang dan kami mula berbincang serius mengenai pelakon yang akan di undang bagi kemunculan kecil dalam ADDR, keputusan untuk menggunakan pelbagai dialog bahasa suku kaum masih dipersetujui masalahnya siapa? beberapa nama di cadangkan dan aku entah macam mana terkenangkan bapa Zamri iaitu Tuan Hj Jamluddin, seingat aku dia orang Tutong mungkin boleh berbahsa Tutong, Harlif membuat panggilan dan kami hampa di bukan orang Tutong suka hati aku je haha tetapi sinar tetap muncul di hujung lorong haha bini dia orang Tutong daaaa dan setelah menyakinkan, beliau bersetuju untuk di rakam cantik satu  selesai.

Dalam berbincang, Harlif mencadangkan agar babak makcik makcik in dibuat secara voxpop. Aku emngambil masa sedikit untuk membayang kan dan merasakan ia satu cadangan yang baik. Nurain juga tidak ada masalah jadi kami bersetuju mengkonsepkan rakaman pelbagai pak cik makcik dengan cara vox pop.

Harlif kemudian menalipon saudaranya di Temburong bagi mencari siapa yang boleh cakap bahasa Murut and one leads to another haha cakap omputih salah seorang saudaranya boleh berbahsa Dusun dan bersetuju, cantik. Kami meneruskan usaha berfikir sambil aku mencuri curi menghabiskan skrip sitkom ku . Kak Rokiah yang arif berdialek seperti orang kampung air di hubungi dan bersetuju tapi budget belum cerita. Hj Saini dalam kesediha isteri yang masih di hospital juga bersetuju dan akan menetapkan tarikhnya, Dang Kasum yang terkenal dengan dialek kedayan di hubungi juga bersetuju. masaalahnya BUDGET YOOO  haha macam mana nak bagi tau....kalau kawan lain lah ..ini dah kira panggil artis terkenal.

Kak Kiah dengan senang hati datang ke ofis untuk melihat skrip ( satu baris je ) tapi semangatnya membuat kami lebih susah untuk menceritakan tentang budget. Dalam kesibukan Harlif dan aku di bantu oleh Wasie dan dua pelajar MTSSR bersedia untuk membuat penggambaran, Nurain menggunakan kemahirannya sebagai Penerbit Eksekutif yang tersohor di Brunei ini hahah menceritakan perkara BUDGET kepada Kak Kiah. Kak Kiah bersetuju dengan baik katanya kerana Regalblue dan kami pun merakam Kak Kiah.


Naga Bonar AKA HJ FIRDAUS message aku di facebook untuk berjumpa mengenai costume wataknya sebagai Elvis. Semalam dia menghubungi Nurain menyatakan hasrat untuk menempah baju tersebut, kami terharu, maklumlah, dia sanggup pakai bdugetnya sendiri tabik hormat dari kami. Untuk tidak meberatkan Hj Firdaus aku bersetuju untuk membantu menyediakan manik manik untuk costume Elvis ( haha bukan aku yang buat pun ..minta tolong bini aku lah) aku sampaikan rasa 'galat dan terharu kami' kerana Hj Firdaus sanggup bekorban sendiri untuk kostume, kata Hj Firdaus " aku mau feel bah..biar banar banar puas hati peluang bah ni" dan dalam hati ku semuga Zero Budget ini menjadi Zillion Budget Amin......

****

Petang itu aku ke Limbang menemani Neldy mengusai 'dashboard' kereta old schoonya, tiba di rumah sekitar jam 8.30 Nurain menelefon dan memaklumkan petang tadi Harlif sudahpun merakam Hj Saini dan esok  kami akan merakam Dang Kasum, Paichin dan seorang lagi aku lupa namanya...alhamdulillah...perahan lahan kami kayuh dalam kapal selam, dalam hati makin berkembang semangat "going Rodriguez".

Tiada ulasan: