PAKUTEKAN VS MERAHJAUH

Ahad, 30 November 2008

@#$%^&*&^%$#$%^&*(


ARGGGHHHHHHHHHHHHH!!!!!!

hari marah datang
payah menghalau pergi

system down!!!!
communication break down!!!!
reset button not functioning

ARRRGGGHHHHHHHHHHH!!!!!

hari marah terus belengu
tak termakan pujuk rayu

burn
flaming
explode

ARRGGHHHHHHHHHH!!!

subhanallah
subhanallah
subhanallah

Jumaat, 28 November 2008

aku tak gagah


aku tahu aku tak gagah
gigil bila kena sergah

aku tahu aku tak gagah
senang sangat nak patah

aku tahu aku tak gagah
kena jentik aku parah

aku tahu aku tak gagah
berlari pun mengah-mengah

aku tahu aku tak gagah
badan pun tak sebesar gajah

aku tahu aku tak gagah
sebab itu aku tak megah

aku tahu aku tak gagah
tapi aku tahu yang kau
LEMAH!!

tak payah tadah..REDAH!!!

Khamis, 27 November 2008


atas rumput ada tumit
tumit cantik tak boleh lihat
tumit atas rumput
rumput menghijau.....

Isnin, 24 November 2008

tik tok tik tok


tik tok tik tok
sesaat, seminit, sejam, sehari
masa berjalan meningglkan aku yang masih duduk -duduk
mencari akal bagaimana untuk merentas waktu

tik tok tik tok
jam terus berbunyi mengigatkan aku
yang terus lupa masa makin jauh meningglkan aku

tik tok tik tok
makin banyak yang aku ketinggalan
kerana hanya mikir-mikirkan


tik tok tik tok
makin sayup ku dengar....

...........................................


mana pergi bunyi
tik tok tik tok????

yang selau menyedarkan aku yang terus lena
menyamal agaknya
atau mungkin lelah lalu berhenti
mati
tiada bateri...

eh suara apa itu!!!!

MARABBUKA!!!!!

Jumaat, 21 November 2008

Keajaiban berterusan


kalau pagi aku disapa master
petang aku disinggahi sahabat yang ku kagum

sifu pula meninggalkan nota
mengingatkan aku pada legend

hari yang penuh keajaiban
keajaiban selesa disini
moga keajaiban sudi menjadi sahabat baik ku

Khamis, 20 November 2008

Keajaiban


tidak ada apa yang lebih menyenangkan dan menyegarkan
selain dari disapa oleh bijak pandai di permulaan hari...

aku bertuah pagi ni
keajaiban datang lagi
jangan pergi
terus kekal disini...

Hehehe Hahaha


Hmmmm.....hehe haha di belakang ayat tu ikhlas atau buang kes???
test the water HEHEHHE HAHAHAA

Rabu, 19 November 2008

Ke Mekah naik daun pisang


nak cerdik kena lalui benda sakit dan pelik -pelik
tebal muka dah tentu...
aku ingat pesan arwah abah
cerita pasal
"tonno wiru petan songo tinggal wolu"

beri perhatian waktu belajar
beri lebih perhatian waktu orang hu ha hu ha
dengan yang mengajar....

Isnin, 17 November 2008

kalau ada seminit lagi


sifu balik meninggalkan pesan dan saranan
titis airmata mula bergenang
khuatir kalau aku lupa segalanya waktu aku melihat matahari esok

kalau ada ucapan yang lebih bermakna dari terima kasih
semua hanya untuk sifu

air mata mula menintis
khuatir kalau aku tak mampu mengendong ilmu yang diberikan...
khuatir kalau nanti aku tak mampu menyampaikan
khuatir kalau aku hanya menyimpan....

kalau lah ada seminit lagi

Ahad, 16 November 2008

Rasa Oren Pertama


Aku bangun pagi ni
hati ku menyanyi ...
"wajah pura-pura ..bertopengkan wira..menari tanpa ikut irama....."
aku cari cari tanda sekeliling ku...
rasa girang, rasa riang, rasa lega, rasa menyampah, rasa marah, rasa bengang, rasa benci, rasa maki, rasa sabar, rasa tenang, rasa*%^&$%$* rasa pedih, rasa geram, rasa rimau,rasa letih..
Rasa Oren Pertama.......

Rasa sayang eh rasa sayang-sayang eh.......

Khamis, 13 November 2008

2 Malam Yang Terang part 3


Abg Mat agak sibuk juga pada hari tu..kami seterusnya berbincang dengan kak Jib general abg Mat yang sangat membantu..Kak Jib merupakan tulang belakang NagaVXS orang penting yang berkebolehan tinggi dalam urusan business dan pengurusan..mengingatkan kami kepada Nurain dan Yani di Regalblue...orang pempuan sesuai dengan tugasan seperti ini fikirku..lebih tegas dan organize agaknya.... dari Kak Jib juga kami mendapat sedikit sebanyak maklumat mengenai perjalanan karier Abg Mat...Sebelum meninggalkan ofis Abg Mat kami dipelawa untuk menjadi tetamunya pada keesokan hari di Finas sempena pelancaran karya terbaru seorang lagi master Uwei Hj Saari....bertuahnya kami....

Kami menaiki teksi ke pejabat salah seorang kenalan kami Adi Syamsul...mantan penerbit kanan astro yang juga merupakan executive producer rancangan2 astro seperti Akademi Fantasia, Raja lawak, Trek Selebriti banyak lagilah...yang baru ni Lu Fikirlah Sendiri Nabil..melalui companynya White Wizard..kagum dengan ofisnya (kan begambarpun lupa)...Adi tunjukkan kami beberapa klips untuk pitching rancangannya yang akan datang,banyak kami belajar secara tak lansung...secara spontan Harlif ajak Adi ke Brunei bersama Mamat Khalid..Adi cakap..onnnnnn

Perjalanan 2 hari ini banyak mengajar aku...walaupun terpaksa bekejar kesana kemari sempat jua aku melihat realiti hidup dikota besar ini...
Masjid Jamek ini sudah tua usianya, istimewa kerana di hujung pagarnya itulah pertemuan dua sungai iaitu sungai kelang dan sungai gombak...kelam dan agak tersorok...aku harap ia tidak terus ditelan pencakar lagit sekelilingnya...dan lebih malang lagi kalau syiarnya turut tenggelam dikota semakin membangun ini.... berhampiran stesyen LRT masjid jamek aku terpegun melihat sekumpulan peniaga melayu yang menjual nasil emak dan kueh mueh..para pelancung yang lalu disana juga agak tertarik...cuma yang menyedihkan aku....melihat peniaga melayu..berdagang di celah-celah bangunan tinggi kepunyaan bukan melayu


...tanah ini bukankah dulunya milik melayu??? kenapa kini cuma seperti malukut di tepi gantang??? Kawan-kawan ku di Brunei...berhati-hatilah....jangan sampai ekonomi negara ditangan orang lain...bagun...sedarlah...masih belum terlambat...

esoknya awal lagi kami ke Finas...emmm seperti biasa..aku tak ambil gambar kami disana..berjumpa teman-teman yang kini punya nama dalam bidang filem bangga juga...tapi yang penting...mereka masih mengenali aku..syukur...tapi yang lebih penting..kata kata yang keluar dari Prof Ungku Aziz sebagai tetamu kehormat..aku tanya Shofi kawan AFM ku...boleh ke kita jadi dia??? Shofi jawap ..tak boleh....aku tanya lagi...5 percent pun jadilah....Shofi jawab lagi...itu boleh...kita dah ada pun...aku tersenyum....

Lepas dari finas kami ke ofis sorang lagi kawan yang dah ada nama besar dalam perfileman Malaysia...Raja Mukhriz....D.O.P yang semakin digalati, kerja-kerja beliau sering mendapat pengiktirafan seperti Evolusi KL Drift, KL Menjerit, Kala Malam Bulan Mengambang dan banyak lagi...kami memang bertuah hari tu..kebetulan Bade atau Badarudin Hj Azmi..pengarah filem, KL Menjerit, Syaitan,Gangster, Belari kelangit dsb datang ke ofis Mukhriz...kami berbual mengenai peralatan penggambaran masa kini....singkat tapi penuh....sebelum balik kami sampaikan hasrat kami untuk menjemput Abg Bada dan Raja Mukhriz ke Brunei untuk sesi workshop pengcahayaan...Abg Bada dan Muhkriz memberikan jawapan positif....insyaallah...

Selasa, 11 November 2008

Bayang memang gerun

Mirage-Alone
by Boris Vallejo

tak de apa pun..gempak je lebih....mungkin itu semua escapism..aku selalu goyang bila baca khabar tentang diorang ni, lebih-lebih lagi dengan penguasaan bahasa ilmu yang sangat fasih sudah tentu membuat hati kudus yang berangan besar ku bergoncang, apa diorang cakap pasal karya orang, apa orang cakap pasal karya diorang, apa diaorang cakap pasal karya diorang ....kalau dulu aku..fuhhhhh...tapi rupanya mirage....


Waktu diorang turun ke tanah gersang setelah mengawang di kayangan, bayangnya saja sudah menggerunkan, para pemikir bercerita hebat tentang mereka , aku dan rakan taulan dengan gerun dan penuh bersedia melihat maha agung karya mereka di tanah gersang....

terpanah kah kami...????
cairkah kami akibat pancarannya....???
butakah nanti kami dengan sinarannya...????

tak de apa pun....apa yang diwar-warkan ..lebih pada jangan terpercik air ke muka sendiri je....ini ke??? macam ni ke?? betul ke??..pada saat goyah mempertahankan....kami orang tanah gersang di katakan tidak pandai menilai..masih bodoh untuk memahami karya agung....terlalu dalam untuk orang tanah gersang....tak faham maksud sebaliknya...bukan apa yang dinampakkan...tapi apa disebalinya....escapism..yang menyokong sebelum mereka turun dan bekarya ditanah gersang pun...kini pusing -pusing beralasan......nak cover juga...tapi malu juga......

emmmm....bagi aku
mereka kurang kejujuran
terlalu...menjaga kedewaan
orang konon ilmuan banyak beralasan
itu kan sistem yang diajarkan
pattern yang dah dipatternkan

tak de apa pun....
fatamorgana
aku riang....hari ni aku dibukakan keyakinan
tak de beza tanah gersang dan kayangan tanpa kejururan
dewa, professor..dan sebagainya....bezanya cuma kelompok mereka je....
aku teringat kata Mukhriz pasal Topeng...

rasa bersama perasaan akan terbit kesungguhan

Isnin, 10 November 2008

2 malam yang terang part 2



Kuala Lumpur....
kami datang dengan tujuan, mengemaskini peralatan dengan kemampuan yang ada agar dapat mempertingkatkan lagi mutu kerja dalam bidang yang kami pilih ni..Selain tu kami juga ada tanggung jawap pada anak bangsa dan diri sendiri. Aku sangat bertuah kerana Mak Ngah ku sudahpun menebas belukar bidang ini dengan jerit perihnya, aku cuma perlu lalu dilaluan dan berhati-hati memijak semalu..itupun aku masih keliru dan merungut...Atas kesedaran itu aku berani kan diri berjumpa salah sorang master dalam bidang ni..siapa lagi kalau bukan Abg Mamat Khalid....

Berpusing-pusing juga lah kami dalam teksi menuju ke ofisnya...berdebar-debar jantungku..ialah..siapalah kami...tapi aku beranikan diri demi teman-teman dan aku sendiri...macam nak jumpa pendita di gua yang tersorok di satu gunung yang tinggi...aku dah prepare macam-macam kemungkinan...tapi ternyata..satu pun tak sama...

Alhamdulillah..kami diterima dengan baik..Abg Mat nampak serius tapi kelakar dan sinis pada setiap apa yang keluar dari mulutnya...aku gunakan setiap detik itu untuk belajar...setelah berpantun sekerat dua..Abg Mat cakap tak de halangan untuk dia ke Brunei Horeeeee...impian untuk belajar dari salah seorang master ni diberkati.... di kesempatan itu juga Abg Mat memberi kesempatan untuk kami melihat teaser filem Animasi yang akan di arahkannya..bukan pulang nak bodek tapi..baru tengok sikit...aku dah dapat rasakan filem ni akan jadi filem animasi terbaik yang pernah di buat di Malaysia...yang dah ada sekarang ni..terlalu kebaratan....ini dekat sangat perasaannya
ternyata segala persedian mereka sangat detail..dengan lukisan character dan gaya Abg Mat menterjemahka karakter 2 tersebut membuatkan kami rasa WOW!!!...aku simpan note di kepala..waktu yang sesingkat ini banyak seungguh yang aku pelajari...banyak yang perlu kami tingkatkan...dan sudah tentu kehadiran Abg Mat ke Regalblue Production nanti akan diambil kesempatan oleh teman-teman Regalblue untuk belajar dari Master yang cukup unik ini...insyaallah...to be continued

Lelah Sekeliling


aku pun pandai penat
sama-sama punya kepentingan
sama-sama ringan tangan

hari ni aku belajar keras hati
beku macam ikan mati
perit rasanya
busuk baunya
tapi mesti juga

aku tak berkira
tapi jangan pula bercalculator
aku ada cara lama
sempua namanya

mari ketawa
hilang beban rasa
lupa dan mesra semula

Sabtu, 8 November 2008

Kelemahan


kelemahan Almayer adalah kerana.....
kelemahan aku adalah kerana...
terlalu memikirkan setiap hati di sekeliling ku

jangan terlalu peduli
kalau maaf dipohon setiap kali
dunia ini tiada erti

salut hati dengan emas dan besi
berani!!!!

tapi otak jangan mati
c'est la vie

Rabu, 5 November 2008

Cermin


Dunia ini ibarat cermin
setiap kali aku berkata tentang orang
tiap kali itu juga ia memantul balik kepada ku

aku mahu terus bercerita tentang kepandaian orang

Selasa, 4 November 2008

Lilin Hilang Mancis


aku tak faham kenapa aku jadi padam
mungkin aku masih khayal dengan kepantasannya
mungkin aku masih terkenang susun bahasa para penditanya
mungkin aku jadi kecil dengan pemikirannya
mungkin aku lemas dengan mengada-ngadanya
sebelah utara kata Topeng
sebelah selatan kata samseng
sebelah timur pecah keping-keping
sebelah barat supak sumbing

cari mancis kedai pak tua memang tak de
mancis free di hotel ternama
lighter ada apa??
hentam saja janji menyala??

boleh ke??
sanggup ke??

tepuk dahi tanya...........

Sabtu, 1 November 2008

2 malam yang terang part 1



Kuala Lumpur menyambut aku pada pukul 1 pagi....28hb 10 2008...dan Rozie dah bersedia bawa aku dan Harlif pusing-pusing dari kawasan Bukit Bintang ke Kg Baru dan Akhirnya Danau Kota..Esoknya seawal 7.30pagi kami dah keluar. Kota Kuala Lumpur masih lengang
...kami menaiki Monorel ke Jalan Masjid India. Di sana di sebuah lorong kami lepas dendam pekena nasi lemak, teh tarik dan roti canai....tak dapat nak ku ceritakan betapa sedapnya hingga aku telah melanggar diet yang ku pertahankan hampir sebulan...arrhhgg peduli....asalkan aku tak menyesal dalam kubur nanti....

Selepas tu kami menuju ke tujuan asal kami ke KL...IBIS...dalam imiginasi kami show ini setanding broadcast Asia di Singapura..tapi hampeh.....tak sampai 2 jam kami dah blah....
Next..ke ofis Abg Mamat Khalid di PJ...kerana masih awal kami ke Sony servis Centre di Mid Valley...berita gembira...di Miri pun ada Servis Centre..boleh hantar kat sana..lagi dekat...tak payah nak sakit kepala beli tiket kapal terbang..lepas tu kami ke Low Yatt plaza..memang barangan komputer murah disini...selain itu kamera digital juga dijual dengan harga yang sangat meresahkan akal rasional kami....emmm kalau ikut nafsu...beribu habis kat sini..nasib baik kami cuma ada beberapa ratus je..hahahha...itu pun ku simpan dalam kasut biar aku rasa susah untuk mengambilnya...dan nafsuku tidak berjaya menggugat hati yang semakin lemah....next...kami...menuju ke ofis Abg Mamat Khalid ........