PAKUTEKAN VS MERAHJAUH

Sabtu, 1 November 2008

2 malam yang terang part 1



Kuala Lumpur menyambut aku pada pukul 1 pagi....28hb 10 2008...dan Rozie dah bersedia bawa aku dan Harlif pusing-pusing dari kawasan Bukit Bintang ke Kg Baru dan Akhirnya Danau Kota..Esoknya seawal 7.30pagi kami dah keluar. Kota Kuala Lumpur masih lengang
...kami menaiki Monorel ke Jalan Masjid India. Di sana di sebuah lorong kami lepas dendam pekena nasi lemak, teh tarik dan roti canai....tak dapat nak ku ceritakan betapa sedapnya hingga aku telah melanggar diet yang ku pertahankan hampir sebulan...arrhhgg peduli....asalkan aku tak menyesal dalam kubur nanti....

Selepas tu kami menuju ke tujuan asal kami ke KL...IBIS...dalam imiginasi kami show ini setanding broadcast Asia di Singapura..tapi hampeh.....tak sampai 2 jam kami dah blah....
Next..ke ofis Abg Mamat Khalid di PJ...kerana masih awal kami ke Sony servis Centre di Mid Valley...berita gembira...di Miri pun ada Servis Centre..boleh hantar kat sana..lagi dekat...tak payah nak sakit kepala beli tiket kapal terbang..lepas tu kami ke Low Yatt plaza..memang barangan komputer murah disini...selain itu kamera digital juga dijual dengan harga yang sangat meresahkan akal rasional kami....emmm kalau ikut nafsu...beribu habis kat sini..nasib baik kami cuma ada beberapa ratus je..hahahha...itu pun ku simpan dalam kasut biar aku rasa susah untuk mengambilnya...dan nafsuku tidak berjaya menggugat hati yang semakin lemah....next...kami...menuju ke ofis Abg Mamat Khalid ........

Tiada ulasan: