PAKUTEKAN VS MERAHJAUH

Khamis, 13 November 2008

2 Malam Yang Terang part 3


Abg Mat agak sibuk juga pada hari tu..kami seterusnya berbincang dengan kak Jib general abg Mat yang sangat membantu..Kak Jib merupakan tulang belakang NagaVXS orang penting yang berkebolehan tinggi dalam urusan business dan pengurusan..mengingatkan kami kepada Nurain dan Yani di Regalblue...orang pempuan sesuai dengan tugasan seperti ini fikirku..lebih tegas dan organize agaknya.... dari Kak Jib juga kami mendapat sedikit sebanyak maklumat mengenai perjalanan karier Abg Mat...Sebelum meninggalkan ofis Abg Mat kami dipelawa untuk menjadi tetamunya pada keesokan hari di Finas sempena pelancaran karya terbaru seorang lagi master Uwei Hj Saari....bertuahnya kami....

Kami menaiki teksi ke pejabat salah seorang kenalan kami Adi Syamsul...mantan penerbit kanan astro yang juga merupakan executive producer rancangan2 astro seperti Akademi Fantasia, Raja lawak, Trek Selebriti banyak lagilah...yang baru ni Lu Fikirlah Sendiri Nabil..melalui companynya White Wizard..kagum dengan ofisnya (kan begambarpun lupa)...Adi tunjukkan kami beberapa klips untuk pitching rancangannya yang akan datang,banyak kami belajar secara tak lansung...secara spontan Harlif ajak Adi ke Brunei bersama Mamat Khalid..Adi cakap..onnnnnn

Perjalanan 2 hari ini banyak mengajar aku...walaupun terpaksa bekejar kesana kemari sempat jua aku melihat realiti hidup dikota besar ini...
Masjid Jamek ini sudah tua usianya, istimewa kerana di hujung pagarnya itulah pertemuan dua sungai iaitu sungai kelang dan sungai gombak...kelam dan agak tersorok...aku harap ia tidak terus ditelan pencakar lagit sekelilingnya...dan lebih malang lagi kalau syiarnya turut tenggelam dikota semakin membangun ini.... berhampiran stesyen LRT masjid jamek aku terpegun melihat sekumpulan peniaga melayu yang menjual nasil emak dan kueh mueh..para pelancung yang lalu disana juga agak tertarik...cuma yang menyedihkan aku....melihat peniaga melayu..berdagang di celah-celah bangunan tinggi kepunyaan bukan melayu


...tanah ini bukankah dulunya milik melayu??? kenapa kini cuma seperti malukut di tepi gantang??? Kawan-kawan ku di Brunei...berhati-hatilah....jangan sampai ekonomi negara ditangan orang lain...bagun...sedarlah...masih belum terlambat...

esoknya awal lagi kami ke Finas...emmm seperti biasa..aku tak ambil gambar kami disana..berjumpa teman-teman yang kini punya nama dalam bidang filem bangga juga...tapi yang penting...mereka masih mengenali aku..syukur...tapi yang lebih penting..kata kata yang keluar dari Prof Ungku Aziz sebagai tetamu kehormat..aku tanya Shofi kawan AFM ku...boleh ke kita jadi dia??? Shofi jawap ..tak boleh....aku tanya lagi...5 percent pun jadilah....Shofi jawab lagi...itu boleh...kita dah ada pun...aku tersenyum....

Lepas dari finas kami ke ofis sorang lagi kawan yang dah ada nama besar dalam perfileman Malaysia...Raja Mukhriz....D.O.P yang semakin digalati, kerja-kerja beliau sering mendapat pengiktirafan seperti Evolusi KL Drift, KL Menjerit, Kala Malam Bulan Mengambang dan banyak lagi...kami memang bertuah hari tu..kebetulan Bade atau Badarudin Hj Azmi..pengarah filem, KL Menjerit, Syaitan,Gangster, Belari kelangit dsb datang ke ofis Mukhriz...kami berbual mengenai peralatan penggambaran masa kini....singkat tapi penuh....sebelum balik kami sampaikan hasrat kami untuk menjemput Abg Bada dan Raja Mukhriz ke Brunei untuk sesi workshop pengcahayaan...Abg Bada dan Muhkriz memberikan jawapan positif....insyaallah...

1 ulasan:

Unknown berkata...

aku halim elk.ko igt aku x?ni no nset aku 0172886902.email aku tokgajah06@gmail.com.ada msa cntcc la aku.aku tgok blog ko dsyat la.gmbr ko ni mcm ko slh stting camera je.mcm cmera aku je