PAKUTEKAN VS MERAHJAUH

Khamis, 21 Mei 2009

Tunggu Esok


antara yang aku tak suka selain tidak bersukan disebelah petang tanpa aktiviti lain ialah menunggu esok....tv tak de program menarik (banyak tapi tak ngam dengan selera aku)..nak menulis tak de mood serba serbi tak best hanya kerana aku tak sabar nak tunggu esok untuk memuaskan hati aku yang agak kuciwa dengan perkara petang tadi..aku mesti selesaikannya esok agar aku tidak rasa sesal yang amat....mmmm.... sepuluh tahun lepas....di kompleks sukan Alor Setar aku tak dapat nak tidur pasal tunggu esok....esoknya aku akan menikah buat kali pertama dalam hidup aku dengan harapan dan doa takkan ada kali kedua, ketiga atau kali kali yang lain ( korang gelak yea siap bunuyi cis lagi .....hahahh tak pe aiman tak kisah)

10 tahun memang satu jarak yang lama...eh belum rasmi....esok lepas kul 11pagi baru boleh kira 10 tahun...so seperti mana aku menunggu esok pada sepuluh tahun dulu..aku menunggu esok pada malam ni.....cuma skripnya lain..bukan pasal menikah dan tak lah segabra 10 tahun lepas hehehehehe.....alhamdulillah...

Ahad, 17 Mei 2009

3 jam 2 minit


mengambil masa 4 hari untuk menyiapkan sebuah naskah skrip drama tv berdurasi 24 minit...yang dah lengkap dengan rangka dan konsepnya adalah sangat tidak produktif...tiada apa alasan yang logik aku rasa....tapi sesungguhnya lansung tak tecerna difikiran aku....rasa macam mati pucuk....macam-macam aku buat untuk meransangkan balik fikiran aku...sampai sekarang pun aku masih merasakan writers block itu hanyalah satu alasan kemalasan...."idea bukan wahyu..tunggu turun dari langit idea kena cari"..kata SISO pada aku satu masa dulu....dan jawapan aku ketika itu.."nak cari kat mana bang?"....dan jawapan yang aku dapat cuma geleng kepala tepuk dahi senyum.....dan setelah 4 hari aku cuba...baca buku, tengok tv, tengok dvd, baca komik ujang tukar komputer, tukar masa menulis dan sebangainya...skrip yang perlu aku sediakan pun siap..bukan kerana aku buat semua tu tapi setelah aku akhirnya mempraktikkan pesanan SISO..aku geleng, tepuk dahi dan senyum....hahaha tak percaya....?? aku tak pasti kalau itu maksudnya..tapi selepas aku bersukan meregangkan urat-urat, mengosongkan fikiran dan terus bersikap positif...aku tak dapat nak berhenti di muka surat ke 22...hehehe mudahan saja apa yang ku tulis menepati sasaran......AMIN....

Khamis, 14 Mei 2009

Kipas Lipas


panas sungguh cuaca sekarang ni..dinding toilet rumahku pun masih panas pada pukul 6.30 ptg...bilik aku apa tah lagi...dengan kipas dinding ku yang kepanasan kerana terus dipaksa berpusing dengan kelajuan maksima dan kini tidak mahu lagi menggeleleng-geleng fuh......

aku lansung tak boleh berfikir apatah lagi menulis...alasan?? korang meh sini try sendiri....aku berlengging mengetik keyboard ni pun, terasa lembab gatal di leher dan ketiak juga lapisan perut....panas...panas....tambah lagi pakcik depan rumah aku selalu membuat pembakaran terbuka....terpaksa tutup tingkap...lagi tambah panas....ada yang cakap pada aku api neraka lagi panas...itu dah tentu..belum ko cakap lagi dah hangus .......


ini agaknya yang dikatakan pemanasan global....emmm cerdik pandai yang membisingkan perkara ini terus saja dingin dengan penghawa dingin dirumah mereka yang terus menghasilkan gas rumah hijau yang memanaskan bumi dan aku yang tidak punya penghawa dingin??? marah??? aku tidak, kerana aku sedar..dulu aku malas belajar dan sekarang aku tak mampu punya satu.....

Selasa, 12 Mei 2009

warm up ( gambor tu tak de kena mengena..saja je hahaha


aku masih tersenyum terkenang time jumpa kengkawan kat Bukit Tinggi...hahah haha nak tau cerita pegi blog republic of vokay bentong....hari ni aku penat giler.....cover balik yang dua tiga hari lepas.....alhamdulillah..doa ku di makbulkan tinggal aku je lagi kena lebih rajin dan berdedikasi...esok mesti mula...dan ini warm up....seuapay jari aku tak lambat mengetik barisan-barisan ayat yang bakal keluar mencurah-curah seperti air terjun....

ya..barisan merupakan amalan disiplin yang baik...solat pun berbaris...amalam mulia....pakatan...emmm ..pakat -pakat ramai ramai..mampus sorang -sorang...(err sekadar idea perkataan tidak ada kena mengena dengna yang hidup atau yang mati...peace no war!!!!)

Khamis, 7 Mei 2009

acccoooooo!!!!


terlalu sukar menyusun ayat sejak akhir-akhir ini...esok kesempatan untuk aku refresh otak dan idea....jumpa kawan lama dan mengharap ada ransangan baru untuk aku menulis lagi..bukan saja di blog tapi yang lebih penting menyiapkan tulisan-tulisan yang diharapkan dapat menyambung hayat buat beberapa bulan yang akan datang..Amin..ku Amin kan Lagi dan sekali lagi.....AMIN

Isnin, 4 Mei 2009

jem?? jam?? aku perlukan tempat itu


aku sepatutnya lebih tenang untuk menyelesaikan kerja-kerja menulis hari ni....semalam aku dah habiskan editing dan transfer...hari ni sepatutnya..sepatutnya seperti yang sepatutnya...tapi huruf-huruf seperti lupa akan susunan-susunan lazim yang membentuk ayat....arhhhhhh! ku jerit...ku cuba...arhhhhggg ku jerit lagi...aku memujuk para laskar huruf agar membentuk susunan ayat...arrgghhhhhh!!! buat kali kelimanya dan mata aku pedih, berair dan aku menguap....jem....tidur merupakan opsyen yang paling menarik....tapi tidur juga akan membuatkan lemak-lemak dibadanku menjerit di beri off day..arggg....system betul-betul tidak mahu berfungsi....kalau ku pajal.... boleh jem kali kedua....dan sekiranya jem berlaku lagi kali ketiga bermakna aku terpaksa overhaul.....arrrrhhhhhh!!!!! reset kataku.....reset......dan barisan ayat tanpa haluan diatas ini menggambarkan betapa jem nya aku sekarang.......