PAKUTEKAN VS MERAHJAUH

Khamis, 14 Mei 2009

Kipas Lipas


panas sungguh cuaca sekarang ni..dinding toilet rumahku pun masih panas pada pukul 6.30 ptg...bilik aku apa tah lagi...dengan kipas dinding ku yang kepanasan kerana terus dipaksa berpusing dengan kelajuan maksima dan kini tidak mahu lagi menggeleleng-geleng fuh......

aku lansung tak boleh berfikir apatah lagi menulis...alasan?? korang meh sini try sendiri....aku berlengging mengetik keyboard ni pun, terasa lembab gatal di leher dan ketiak juga lapisan perut....panas...panas....tambah lagi pakcik depan rumah aku selalu membuat pembakaran terbuka....terpaksa tutup tingkap...lagi tambah panas....ada yang cakap pada aku api neraka lagi panas...itu dah tentu..belum ko cakap lagi dah hangus .......


ini agaknya yang dikatakan pemanasan global....emmm cerdik pandai yang membisingkan perkara ini terus saja dingin dengan penghawa dingin dirumah mereka yang terus menghasilkan gas rumah hijau yang memanaskan bumi dan aku yang tidak punya penghawa dingin??? marah??? aku tidak, kerana aku sedar..dulu aku malas belajar dan sekarang aku tak mampu punya satu.....

Tiada ulasan: