PAKUTEKAN VS MERAHJAUH

Ahad, 17 Mei 2009

3 jam 2 minit


mengambil masa 4 hari untuk menyiapkan sebuah naskah skrip drama tv berdurasi 24 minit...yang dah lengkap dengan rangka dan konsepnya adalah sangat tidak produktif...tiada apa alasan yang logik aku rasa....tapi sesungguhnya lansung tak tecerna difikiran aku....rasa macam mati pucuk....macam-macam aku buat untuk meransangkan balik fikiran aku...sampai sekarang pun aku masih merasakan writers block itu hanyalah satu alasan kemalasan...."idea bukan wahyu..tunggu turun dari langit idea kena cari"..kata SISO pada aku satu masa dulu....dan jawapan aku ketika itu.."nak cari kat mana bang?"....dan jawapan yang aku dapat cuma geleng kepala tepuk dahi senyum.....dan setelah 4 hari aku cuba...baca buku, tengok tv, tengok dvd, baca komik ujang tukar komputer, tukar masa menulis dan sebangainya...skrip yang perlu aku sediakan pun siap..bukan kerana aku buat semua tu tapi setelah aku akhirnya mempraktikkan pesanan SISO..aku geleng, tepuk dahi dan senyum....hahaha tak percaya....?? aku tak pasti kalau itu maksudnya..tapi selepas aku bersukan meregangkan urat-urat, mengosongkan fikiran dan terus bersikap positif...aku tak dapat nak berhenti di muka surat ke 22...hehehe mudahan saja apa yang ku tulis menepati sasaran......AMIN....

Tiada ulasan: