PAKUTEKAN VS MERAHJAUH

Selasa, 30 September 2008

It's there!!!! ooooo SHUT UP!!!!!



This year is not the year.........AGAIN!!!

terlalu banyak kemungkinannya....
..... ......banyak kemungkinannya...
........................kemungkinannya
...........................mungkin..........

this year is not the year....may be it will be forever.......

Isnin, 29 September 2008

Marshmallow


satu hari berkata Bala kepada ku....

"THE WHOLE PROBLEM
IS
THE HOLE PROBLEM"


lalu pergi meninggalkan aku bersama bau "spirit" yang menghuyung hayangkan langkahnya

Tegang Urat Leher


"Why Not"
By Daniel F


Perjalanan seorang pencinta itu jadi mewah
.....kerana pelbagai pemahaman dari pendengarnya..
dan rahsianya mungkin tak ditemui sepanjang perjalanan itu
.... tanpa menceritakkannya....
rumit itu kerana memikirkan..
sakit itu kerana menahan
pedih itu kerana disimpan
gembira itu kerana dikongsikan
jangan sekali dikongsi gelapkan....

Jumaat, 26 September 2008

RESET


aku Melayu yang
amat bencikan Melayu ...kerana..
terlalu cintakan Melayu...

kepada sahabat yang bernaung di bawah panji keris
muliakanlah ia...gagahkanlah semula...bangun dan jangan tidur lagi

kepada sahabat yang bernaung di bawah panji purnama
teruskan pejuangan mulia...jika agama pengangan mu
ingatlah ..dari zaman Sultan Sallahudin menakluk kota suci
kita berlembut dan akhirnya jatuh dan tertindas
seperti melepaskan anjing tersepit

kepada sahabat ku yang bernaung di bawah panji dewa kufur
buka lah hati mu... masih ada jalan pulang......

dulu kita 60
terbahagi jadi 30-30
kini pecah lagi menjadi 20-20-20
kekuatan kita kini sama seperti mereka
sebab itu mereka berani mencabar-mencerca
sedang sahabat di bawah panji dewa mengiya-iya..lupa....jadi apa kita...??

pengkhianat-biarlah berkubur waktu jepun dulu..
bangsat-jangan ..sampai merempat di bumi sendiri

ingatlah kita..sewaktu dua beradik berebut kuasa
kerana tamak...sanggup bersahabat dengan mereka
akhirnya tiada Sultan kini di Melaka...

apakah satu lebih penting dari semua??
atau semua lebih penting dari satu??

RESET........

Ahad, 21 September 2008

MALAM 27 PUASA...

"THE NIGHT"
by Daneil F

Kekiri..kekanan, menungging, meniarap, menyembam, kira dari satu sampai 1000 semua si Munir dah buat, tapi matanya masih lagi tak mahu tidur, entah mungkin cendol semalam yang diteguknya sekali gus waktu sungkai (berbuka puasa bagi kawan-kawan semenanjung) petang tadi memberikan Munir tenaga luar biasa.

Malam ni masuk hari ke 27 puasa, ramai orang percaya malam ini adalah malam Lailatul Qadar kebetulan pula hujan petang tadi membuatkan suasana malam ini sungguh tenang, nyaman dan aman. Dah berapa kali sahabat, televison, radio dan sebagainya berpesan sahur itu ada berkatnya, tapi Munir tak pernah peduli, baginya makan pukul 1 pagi sebelum tidur pun dah kira sahur. Pusingan dan nunggingan serta tiarapan dan juga sembamam kali ke 316 membuatkan Munir mengalah “memang tak boleh tidur ni” bisik hatinya. Munir lansung kedapur untuk bersahur buat pertama kalinya setelah 27 hari orang lain berpuasa.

 Di dapur Munir makan sambil menonton tv, tak de cerita yang menarik selain dari video klip lelaki berjubah putih dan berlipstik dimainkan secara berulang-ulang, selesai makan Munir mencari aktiviti yang dapat menghilangkan kebosanannya. Filler tv mengenai malam Lailatul Qadar menarik minatnya, dia baru teringat malam ini adalah malam yang ke 27, hati nya berbisik “ malam ke 27!!, aku tak dapat tidur dan buat pertama kalinya aku bersahur..emmmm strange”. Munir bangun dan meninjau dari tingkap rumahnya, di luar suasana agak sunyi dan tenang “ malam Lailatul Qadar….mungkin” dalam fikiranya yang lansung menggerakkan hatinya  untuk ke Surau.

 Jarak rumah Munir ke surau lebih kurang dari sini ke…….. sana, 10 minit dengan kapcai yang baru di belinya seminggu lalu. Munir yang sudahpun diluar teringat akan keberkatan berwuduk sebelum ke Surau. Setelah memastikan segala ciri-ciri keselamatan menunggang motosikal di praktikkan, Munir dengan Selawat dan Bismillah menuju ke Surau yang dah lama sangat dia tak pergi, mudahan saja Munir masih ingat jalan kesana.

Sepanjang perjalanan memang dia rasa lain, dingin pagi itu lembut, suasana tenang, sunyi, bunyi kapcainya juga samar, suasan aman, langit yang gelap seperti terang. “lain betul” kata hatinya, kata –kata ustaz mengenai lailatul Qadar pada malam 27 meremangkan bulu tengkoknya. Bagi memastikan yang terang tersebut bukan datang dari lampu kapcainya dia menutup lampu “teranglah..tak nampak bulan pun”. Dan sewaktu mendongak kelangit, kelopak mata Munir mula bergenang air mata………….menghembus perlahan nafas yang menyerap senak kerandutnya yang terhentak takkala tayar kapcainya tersadung lopak.

Sampai di Surau didapati tiada siapa disana walaupun lampu surau menyala, Munir menongkat motornya lalu masuk ke Surau bersembahyang sunat. Sewaktu bersembahyang tersebut dia merasakan ada kelainan. Sewaktu rukuk tadi terasa payah mengangkat kepalanya seperti menyuruhnya terus menghayati rukuk dan sewaktu sujud pula dirasakan seperti dahinya tidak menyentuh lantai, remangan bulu romanya semakin ketara “  inikah petanda malam yang mulia itu” Munir sedar dia perlu kusyuk dan dia cuba membaca ayat-ayat  sambil hatinya menerangkan maksud ayat yang dibacanya, pun begitu dia merasakan suara yang sudah dikuatkan itu masih terdengar jauh.

Hampir selesai sembahyang sunat tersebut dia terasa seperti ada orang dibelakangnya, seperti ada suara tetapi sayup, peluh dinginnya mula bersinar di dahi, dia gementar, mungkin ini cubaan kata hatinya lagi. Suara-suara tersebut masih kedengaran walaupun jauh, dengan perlahan dia memberikan salam yang pertama, sempat dijelingnya tapi tidak kelihatan sesiapa disitu, di lanjutkan kesalam kedua lansung menjeling sedikit dengan gementar, juga tidak kelihatan sesiapa disana. Perasaan cemas mula menyelubungi. Munir lalu bersujud semula, seperti tadi, kali ini ditonyohkan sedikt dahinya namun tak terasa carpet empuk disurau itu..dahinya seperti di awangan tergantung sedikit membuatkan badannya juga terasa di awangan, dengan hati yang tawaduk Munir mula berdoa dalam sujudnya agar diberikan keberkatan dan kekuatan menghadapi cubaan malam istimewa ini. Terasa berat sekali sewaktu dia bangun dari sujud seolah-olah menyuruhnya terus bersujud dan berdoa. Suara-suara tersebut datang lagi Munir menyedut nafas dalam-dalam, didalam hatinya berkata “aku mesti menghadapinya” dia membacakan beberapa potong ayat pendek dan mengumpul kekuatan lalu dengan jeritan ALLAHUAKBAR Munir memusingkan dirinya dengan  satu renjatan……..

Munir terkejut!!! begitu juga 3 orang kanak-kanak dibelakangnya yang  dari tadi menahan ketawa. Lebai  Hj Kadim(berasal dari  Perak dan dah menetap di sini selama 20 tahun) yang kelegaan dari melepaskan hajat masuk ke surau untuk mengazankan subuh terlopong sambil beristihgfar melihat Munir, Munir jadi kaget dengan apa yang berlaku dia melihat kekiri dan kanan dan dari cermin almari di saf yang terakhir Munir melihat dirinya yang masih berHELMET (topi keledar kata orang semananjung) serentak kedengaran suara Lebai Hj Kadim  berkata dalam loghat Brunei campur Perak…. Lai Laaaa atu keledar aaaaa…..

 

Inspired by “Helmet” by Tauffek Ilyas

Jumaat, 19 September 2008

C'est la vie


"....kau datang dan bertanya ingin mengerti
aku lansung memberi....
  ........................akhirnya aku mati.....
...kerana dijadikan tebusan untuk kau melarikan diri.....


aku belajar sesuatu hari ini...
memberi nasi lebih baik dari menasihati"

Khamis, 18 September 2008

Gelak Sikt Sekadar Hiburan


Adik aku yang foward benda ni kat aku...kebetulan aku tengah cari ilham mengenai papan tanda jalan raya....( bukan gambar ni)

Jangan serius sangat kata JOKER dalam bahasa Jawa

Hope that it helps u to understant Japanese better...huhuhuh!!! Just for fun bro!

 

01. Yang pemarah - KEiJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA

03. Yang bisu - KIETA TADASORA

04. Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA

05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO

06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI

07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA

08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI

09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI

10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA

11. Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA

12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI

13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI

14. Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI

15. Yang suka BERSUMPAH - SAIIFOO BAUKARI  

Surat dari Sulaiman

Selasa, 16 September 2008

Suara yang tak mahu kau dengar


Ooooi orang tingkat atas

Kalau melihat kebawah jangan setakat memandang dari sana

Turun dan pijak bumi sini

Supaya kau ingat dan rasa semula

Angin semput dilaluan kecil ini

Di sini ..ya disinilah titik mula panjat tangga mu keatas

Dah lupa???? Baik kau ingat balik sebelum….

Kami orang bawah tidak lagi mahu memandang mu dengan mendongak keatas

Waktu itu nanti kau akan goyang dan jatuh

Jatuh seperti orang yang terjun tiruk

Terlalu laju melintasi bola mata kami

Hingga tiada perasaan di hati kami untuk ambil tahu pun

Sehinggalah  kedebub!!! Bunyi jatuh yang melintasi telinga kami

Terdengar jauh orang mengaduh parah

Dan kami tercari-cari

semangat untuk mencari

Itupun kalau kami peduli.

CINTA ITU BUTA



Tak dapat nak dibayangkan atau diungkapkan atau dituliskan dan di aaaaaacccummmm!!!! Masak apa pulak makcik sebelah rumah aku ni…..sambung balik…putihnya kemerahan, ayunya melemahkan lutut meng ‘slowmo’ kan masa mengharumkan udara, lawa..rambutnya yang hitam dan panjang melambai seperti bendera negara, megah, penuh kecintaan meremangkan bulu roma si pemandang….memang lawa.. dah tak de perkataan nak aku gambarkan…mengenangkan dia sangat menghayalkan, kentut selepas makan 10 biji telur rebus pun terbau mawar yang segar.

 

CINTA, itulah namanya anak gadis Pak Maun. Mereka baru sahaja pindah ke sini. Pak Maun memang orang sini tapi dah lama merantau, Pak Maun seorang yang tidak banyak bercakap. Sejak kematian isterinya, Pak Maun pulang ke kampung.

 

Cantiknya Cinta menggegar kampung Lembah Kedondong. Setiap hari ada sahaja penyebab yang dibuat oleh setiap, pemuda, duda, yang mengaku bujang, yang sanggup kembali bujang, yang cacat, yang sakit siapa saja…yaa…siapa saja….

 

Kedai kopi Pak Samad yang sebelum ini hangat dengan cerita politik dan wrestling, kini bertukar mood. Semua yang ada disana sama ada bercerita tentang Cinta atau hanya berkhayal mengenai Cinta. Sebenarnya tiada siapa pun diantara mereka yang mengetahui siapa sebenarnya Cinta. Semua orang ada cerita tersendiri mengenai Cinta.

 

Setiap kali angan-angan penghuni sementara kedai kopi merebak keseluruh pelusuk warung, setiap kali itu juga Pak Samad akan berkata Cinta itu buta..dan semua yang ada disana setuju sebulat bola molten siMadat.

 

Kerana Cinta:

Dolah tempang berjalan tegak bila melalui depan rumahnya

Kerana Cinta:

Liau Budin seminggu tak makan nasi dirumah kerana tiap malam mimipi menyebut nama cinta membuatkan Bu Liah  mogok

Kerana Cinta:

Zainudin membuat perbezaan keempat-empat isterinya yang mana kah patut di ceraikan

Kerana Cinta:

Zafri yang berumur 5 tahun minta bapanya menyunatkan dia segera

Kerana Cinta:

Milah tidak lagi memberi perhatian kepada Imah

 

Semua orang yang berangankan Cinta pernah berselisih dengan Cinta, walau bagaimana cara mereka lakukan Cinta tak pernah menoleh kearah mereka, itulah yang membuat mereka sangat memuja Cinta, kerana Cinta tak pernah melemparkan pandangan pada sesiapa laksana sang Puteri jelitawan yang sangat menjaga kesopanan dirinya.

 

Kata Pak Salim

Cinta itu buta

Jawab Dolah

Kerana itulah tempangku kian sembuh

Pak Salim kata

Cinta itu Buta

Sahut Liau Budin

Sebab itulah jiwa ku makin muda

Pak Salim kata

Cinta itu Buta

Jawab Zainudin

Maka itulah mutaah di halalkan

Pak Salim kata

Cinta itu Buta

Potong Zafri

Sebab itulah aku mahu dipotong segera

Pak Salim Kata

Cinta itu Buta

Bisik Milah

Cinta tak kenal jantina…

 

Pada satu petang yang indah waktu semua pencinta ada di warung Pak Salim sambil berkhayal dan membiarkan wrestling tidak di peduli..penghuni khayal terjaga dengan merdu suara buluh perindu..ya..suara Cinta…Cinta muncul dengan senyuman  walaupun tidak memadang terus kepada sesiapa..tetapi sesiapa juga merasa seperti dipandang oleh Cinta. Semua terpaku, semua kelu, semua bisu terpana bak terkena lontaran panah arjuna cinta…ada yang mengalirkan air mata kerana keindahan yang dimililki cinta..tak kurang juga yang mengalirkan air liur, talis liurkan apam durian berinti madu …tiba tiba!!!!

 

Dalam suasana terpana tersebut semua terkejut apabila Cinta yang mula meninggalkan warung Pak Salim terhantuk sign board warung yang sebesar anak gajah yang baru lahir ditengah-tengah laman yang diletakkan Pak Salim agar mudah kenderaan membuat pusingan U. Tergolek cinta di tepi sign board tersebut dengan dahi yang bengkak.

 

kata Pak Salim:

Kesian…Cinta itu…

 

Disahut lemah oleh semua yang ada

 

BUTA…..

Isnin, 15 September 2008

From Face Off to Face Book



Gumbira rasa hati...hahhaahh pagi ni aku dapat email dari salah sorang kawan aku yang dah lama tak jumpa...nama dia Yusri orang panggil dia Menam..antara band boy masa sekolah yang paling bagus belajar dia je lah sorang..yang 4 lagi termasuk aku...kalau tak kerana dia dapat pergi belajar kat US kami tah jadi apa sekarang ni......lainkali aku cerita pasal band kami The Sawah Bendang hahaha...aku dari dulu tak berapa nak layan benda-benda friendster ke facebook ke dan macam-macam benda lagilah yang kena foward kat aku...panggil aku ketinggalan zaman ..aku tak peduli pun....sehinggalah kawan aku hantar email pagi ni...dia cakap dia ada cari aku kat facebook...eeemmm dah tentulah tak de pasal aku tak ingat pun yang aku ada buat benda ni...dari situlah aku ter'click' aku ada ramai kawan-kawan sekolah kat dunia ni..camana nak cari diorang...ataupun diorang nak cari aku??? ni lah tempatnya..so aku pun cuba lah buat..siapa lagi kalau bukan yani yang menolong aku...tapi tanpa aku sedar kata Yani...aku dah pun ada dalam facebook ni...huh??? sejak bila??? aku pun tak ingat ..pasal aku memang tak ambil 'pot" pun...tapi sekarang aku dah rasa ada kepentingan so aku telahpun mneg updatenya..mudahahn saja lepas ni ..aku di hubungi oleh rakan-rakan yang aku sendiri tak ingat..insyaallah.....dan orang pertama yang aku cuma hantar mesej ..ialah abg Uwei...hahah mudahan saja dia masih ingat kat aku..

Sabtu, 13 September 2008

ADA SATU AKU

"EARTH"
by Daniel F


 

Ada satu aku

Kononya hebat disatu ketika

Ditipu harta milik sendiri

Kini hidup bermegah kehebatan silam

 

Tanah ini milik  darah aku

Jerit kesedaran menyedar aku yang lain

Mungkin aku terlupa

Baru sekejap tadi aku menanda tangani surat perjanjian menjual tanah pusaka pada si putih kuning

 

Ada satu aku

Waktu kecil bercita-cita untuk jadi insan berguna

Bila dewasa aku lupa

Dikilang, di jawatan bawahan, berniaga warung di celahan bangunan milik si putih kuning, buruh, peon, driver dan kuli sekarang adalah aku

 

Kekayaan bumi ini milik aku

Sedang aku lupa si kuning putih makin kaya

Menjual motosikal pada aku sebagain tunggangan

Yang dengan bangga memekik riuh di jalan raya…sedang mereka selesa di dalam kereta berjenama

 

Keturunan ku dari susur kenabian

Itu yang selalu dibanggakan

Si putih kuning berbicara tentang commentwealth

aku hanya mampu berkata …..common….well..ssssssss

 

aku mampu bersaing

Kata aku dengan semangat

Pada waktu terluang si putih kuning sibuk membaca buku para ilmuan

aku juga sibuk membaca gossip artis yang tak penah ambil tau apa makna “art is…”

 

aku selalu memperjuangkan bahasa ku

kerana malas belajar bahasa ilmu

lupa agaknya aku

siputih kuning boleh berbicara bahasa ibundanya, bahasa ilmu dan bahasa aku


kereta mewah untuk si putih kuning

kereta buatanku untukku

dimana kereta buatan ku???

Hilang di celah kereta buatan mereka yang dibawa oleh aku

 

Ini tanah airku. Digelar tanah ku

Tapi setelit sendiri tak pernah nampak kawasan tanah milikku

Yang kelihatan hanya setitik hama sawo matang di tanah yang semakin putih kuning.

Angkara anak bangsa ku yang rakus menyudahkan kehendak dan dendam dirinya sendiri

Jumaat, 12 September 2008

Salam Pengenalan


Berkobar-kobar aku nak buat blog ni, pagi ni aku bangun dengan macam -macam perkara yang nak aku tuliskan dalam blog aku ni...tapi yang penting mesti buat blog dulu...masalahnya camano nak buek...hhaaa Yani..aku boleh minta tolong Yani dan dengan pertolongan Yani jugalah aku berhasil menjadikan blog ini kenyataan. Tq Yani....

Aku juga nak terima kasih pada Mamat Khalid yang tak kenal aku pun..kerana blognyalah aku mendapat semangat pejuang, semangat wira untuk mengarut dalam sebuah blog, terima kasih jugalah abg mat yang buat aku bersemangat semula untuk terus hidup dlm bidang yang aku suka ni. ( aku sebelum ini semakin lemas, semakin tercekik di kelilingi dewa dewangga filem yang membuatkan aku jadi hama dengan teori-teori filem volcano mereka sehingga  nak mengaku aku juga org filem pun rasa macam org umur 40 yang mengaku virgin)

kepada kawan-kawan yang mengenali aku...aku masih lagi hidup dan survive..cuma tidak di kawasan oksigen yang sama..aku sekarang berada di Negara Makmur Negara Aman Negara Zikir Negara Brunei Darussalam. Dah masuk lapan tahun  aku kat sini, dan lapan tahun ini sangat berharga pada aku. Aku tak sehebat kawan-kawan segraduate dgn aku di Afm yang sekarang ni dah jadi Director Pilem, DOP besar dan sebagainya. Tapi dalam masa lapan tahun kat sini aku telah berkesempatan buat semua yang tak mungkin aku dapat buat di sana. ( tolak direct filem je) yang lain dari menerbit rancangan tv, prod. design,konsep. scripr writer untuk drama dan rancangan, editor, direct drama bersiri, set design, video clip, sitcom...haha multiple camera dari switcher sampai menerbit ( multiple camera prod. hahaha akulah antara student yg tak dapat masuk kelas puan lola), menulis lirik lagu , compose lagu , semua aku dah boh dengan jayanya dah on air pun bak kata om putih aku kat sini dah macam jack of all trade...bangga!!! tak lah..apa juga di Brunei ani ye tak..tapi yang penting aku dah buat...cuma...

Filem..itu destinasi...seperti yang aku cakap tadi...ilmu filem aku tak lah terror mana pun...waktu dewa dewangga menyebut pasal Ozu, Akira Kurosawa, dan beberapa nama tohan-tohan filem yang lain, aku cuma mampu mengatakan fielm diorang boring...lapan kali aku tertidur melihat..dan mungkin sebab itu aku dianggap bukan org filem sejati. Aku pun heran tapi cerita there will be blood, no country for old man, behind the thin red lines aku boleh tengok sampai habis dan teransang. Aku juga tonton sampai habis filem Jhonny bikin Filem dalam  keadaan ku yang migrane yang amat sangat( dvd coppy dari vhs yang sangat menyakitkan) dan aku survive dan migrane ku juga reda. 

Filem yang pertama mesti menghiburkan dan boleh dinikmati...itu kata -kata yang ku pinjam dari sorang pengkritik...dan aku yakin dan percaya....kerana taraf menghiburkan dan menikmati pada setiap individu  tentu berlainan...ada orang lebih suka evolusi kl drift dari kala malam bulan mengambang...ada orang suka jangan pandang belakang dari zombi kampung pisang...ada orang suka oh fatimah dari tsu fe sofiah ada orang lebih suka maria mariapan dari matinya seorang patriot, ada orang lebih suka anak halal dari anak serawak, ada orang suka mr Os lebih dari Mr Bean...huh!!!!

Apa apa pun tepuk dada dada yang sakit...aku cuma berterima kasih kerana adanya U wie hj Saari dan Mamat Khalid yang mengembalikan semangat aku menonton filem melayu malaysia di negara yang ku tumpang ni..Insyaallah kalau ada rezeki aku akan juga menyumbang sesuatu dari sini dengan rakan-rakan yang berbakat disini....walaupun cuma karya picisan janji di buat dengan setulus hati ....