PAKUTEKAN VS MERAHJAUH

Selasa, 16 September 2008

CINTA ITU BUTA



Tak dapat nak dibayangkan atau diungkapkan atau dituliskan dan di aaaaaacccummmm!!!! Masak apa pulak makcik sebelah rumah aku ni…..sambung balik…putihnya kemerahan, ayunya melemahkan lutut meng ‘slowmo’ kan masa mengharumkan udara, lawa..rambutnya yang hitam dan panjang melambai seperti bendera negara, megah, penuh kecintaan meremangkan bulu roma si pemandang….memang lawa.. dah tak de perkataan nak aku gambarkan…mengenangkan dia sangat menghayalkan, kentut selepas makan 10 biji telur rebus pun terbau mawar yang segar.

 

CINTA, itulah namanya anak gadis Pak Maun. Mereka baru sahaja pindah ke sini. Pak Maun memang orang sini tapi dah lama merantau, Pak Maun seorang yang tidak banyak bercakap. Sejak kematian isterinya, Pak Maun pulang ke kampung.

 

Cantiknya Cinta menggegar kampung Lembah Kedondong. Setiap hari ada sahaja penyebab yang dibuat oleh setiap, pemuda, duda, yang mengaku bujang, yang sanggup kembali bujang, yang cacat, yang sakit siapa saja…yaa…siapa saja….

 

Kedai kopi Pak Samad yang sebelum ini hangat dengan cerita politik dan wrestling, kini bertukar mood. Semua yang ada disana sama ada bercerita tentang Cinta atau hanya berkhayal mengenai Cinta. Sebenarnya tiada siapa pun diantara mereka yang mengetahui siapa sebenarnya Cinta. Semua orang ada cerita tersendiri mengenai Cinta.

 

Setiap kali angan-angan penghuni sementara kedai kopi merebak keseluruh pelusuk warung, setiap kali itu juga Pak Samad akan berkata Cinta itu buta..dan semua yang ada disana setuju sebulat bola molten siMadat.

 

Kerana Cinta:

Dolah tempang berjalan tegak bila melalui depan rumahnya

Kerana Cinta:

Liau Budin seminggu tak makan nasi dirumah kerana tiap malam mimipi menyebut nama cinta membuatkan Bu Liah  mogok

Kerana Cinta:

Zainudin membuat perbezaan keempat-empat isterinya yang mana kah patut di ceraikan

Kerana Cinta:

Zafri yang berumur 5 tahun minta bapanya menyunatkan dia segera

Kerana Cinta:

Milah tidak lagi memberi perhatian kepada Imah

 

Semua orang yang berangankan Cinta pernah berselisih dengan Cinta, walau bagaimana cara mereka lakukan Cinta tak pernah menoleh kearah mereka, itulah yang membuat mereka sangat memuja Cinta, kerana Cinta tak pernah melemparkan pandangan pada sesiapa laksana sang Puteri jelitawan yang sangat menjaga kesopanan dirinya.

 

Kata Pak Salim

Cinta itu buta

Jawab Dolah

Kerana itulah tempangku kian sembuh

Pak Salim kata

Cinta itu Buta

Sahut Liau Budin

Sebab itulah jiwa ku makin muda

Pak Salim kata

Cinta itu Buta

Jawab Zainudin

Maka itulah mutaah di halalkan

Pak Salim kata

Cinta itu Buta

Potong Zafri

Sebab itulah aku mahu dipotong segera

Pak Salim Kata

Cinta itu Buta

Bisik Milah

Cinta tak kenal jantina…

 

Pada satu petang yang indah waktu semua pencinta ada di warung Pak Salim sambil berkhayal dan membiarkan wrestling tidak di peduli..penghuni khayal terjaga dengan merdu suara buluh perindu..ya..suara Cinta…Cinta muncul dengan senyuman  walaupun tidak memadang terus kepada sesiapa..tetapi sesiapa juga merasa seperti dipandang oleh Cinta. Semua terpaku, semua kelu, semua bisu terpana bak terkena lontaran panah arjuna cinta…ada yang mengalirkan air mata kerana keindahan yang dimililki cinta..tak kurang juga yang mengalirkan air liur, talis liurkan apam durian berinti madu …tiba tiba!!!!

 

Dalam suasana terpana tersebut semua terkejut apabila Cinta yang mula meninggalkan warung Pak Salim terhantuk sign board warung yang sebesar anak gajah yang baru lahir ditengah-tengah laman yang diletakkan Pak Salim agar mudah kenderaan membuat pusingan U. Tergolek cinta di tepi sign board tersebut dengan dahi yang bengkak.

 

kata Pak Salim:

Kesian…Cinta itu…

 

Disahut lemah oleh semua yang ada

 

BUTA…..

Tiada ulasan: