PAKUTEKAN VS MERAHJAUH

Sabtu, 25 Oktober 2008

Hujan Lebat Datang Lagi

Hujan lebat datang lagi
cuci habis
cuci bersih

Hujan lebat datang lagi
subur tanah
segar hijau
sejuk panas
nyaman udara

Hujan lebat datang lagi
bawa rezeki
pada petani
pada suami isteri

Hujan lebat datang lagi
sampai sekarang belum berhenti
tak nak berhenti
tak dapat main tenis petang ni..
tidur jelah..apa lagi....



Khamis, 23 Oktober 2008

Keta Kebal


Aidil Fitri 89..
hahah ini aktiviti kami setiap hari raya kedua di Kuantan ..Jamming....
nama band ni keta kebal( aku pun tak ingat yusri yang cakap) dalam gambar ni dari kiri yusri aka menam, yus aka black aka atan dan aku aka lan...hahah Lan...oleh sebab nama aku panjang, jadi aku telah kategorikan Lan untuk kawan -kawan di Kuantan,angah/ abg ngah untuk adik -adik aku dan cousin2 aku, abg farid untuk aweks-aweks dan ehem ehem ( cerita lama) Farid Glamour (diorang bagi aiman tak kisah) utk member-member Vokasional Bentong, Farid untuk member-member KL dan sekarang Brunei, Muhammad Farid Azlan ..itu maknanya arwah nenek aku panggil aku bila dia sedang marah......

gambar ni buat aku senyum dari tadi sampai sekarang..tq menam aka yusri yang post kat facebook..tahun ni dia balik Malaysia beraya ( dia sekarang bermaustatin di negara Uncle Sam rumah dia dekat dengan rumah Steve Jobs hahaha) aku pulak tak balik..kalau tak gerenti kami jamming pakai baju melayu yang saiznya dua atau tiga kali ganda dari gambar diatas...kalau tak salah yang tak de dalam gambar ni Amrul..pemain drum...Bob pun mungkin ada...

mungkin tahun depan ada rezeki ambil gambar macam ni versi tebaru..AMIN aku doakan kesejahteraan keatas aku dan kawan-kawan semua semuga panjang umur , murah rezeki...

apa apa pun aku gembira...Cicit Dewa Gembira is still arround and She's happy to be arround...may be I can take her to the park and ride Merry-go-round.....


Rabu, 22 Oktober 2008

Musim Segar

"flyboat" by daniel f

Cicit dewa gembira turun menaiki "flyboat"nya dan mendarat disisiku, menjadikan galaksiku ghairah, terang, harum, subur, segar, nikmat. Aku mahu ia terus menerangi galaksiku untuk selamanya walaupun aku tahu dia hanya punya waktu singkat.

beri aku cara
agar bila cicit dewa gembira pergi
zatnya terus tinggal disini

tapi aku tak boleh lena
dalam gembira sentiasa terselit duka..

komedi + tragedi= realiti

Isnin, 20 Oktober 2008

Sabar Subur


cerita yang selalu menyesakkan aku datang lagi...
hati aku mengingatkan pada kata -kata yang pernah ku dengar
"sabar subur...
tak sabar masuk kubur"

Siapa dapat halang siapa-siapa buat apa-apa
tapi yang buat-buat selalu dapat buat

"tak pa..tak pa..tinggal celepa"

Sabar subur tak sabar masuk kubur.....

Ahad, 19 Oktober 2008

Keroncong Hati Ana


Ana bercadang nak lebih produktif tahun depan...Ana fikir tahun depan Ana mahu terlibat dalam kerja marketing. Ana kaji-kaji ..emmm bolehlah..Ana pernah buat dulu...dengan kepandaian berbahasa "shiply english" atau dalam bahasa melayunya Inggeris kapal..Ana pernah meyakinkan GM satu syarikat (orang putih Jhon)...Ana pun memang tak de masalah dalam public communication ....so Ana rasa "pedon" atau is the correct speaking is...confident. Dua hari lepas Ana ada tertarik pada satu barang terpakai, menurut kawan Ana barang tersebut boleh didapati dengan setengah harga yang ditawarkan, caranya... jumpa... lihat.. dan terus offer harga yang kita rasa patut, kalau dia tak nak tak pe, dia nak marah-marahlah, dia nak cakap apapun cakaplah, mana tahu dia terdesak hahaha kita nanti dapat hasilnya.... Lama Ana terdiam... emmm ini cara orang berniaga, mesti berani...mesti tebal muka..mesti keras hati , ini resepi kejayaan berniaga dari Ah Long , Ah Meng, Ah Chai yang memang berjaya...termenung Ana...memikirkan..takkan orang tu nak terima harga sampai setengah dari apa yang dia tawarkan, Ana pasti rasa tersinggung dan marah kalau Ana penjual tersebut, Ana tak suka membuatkan orang rasa ((&^&*^$&^%% dalam hati diorang, Ana tak sanggup membuang masa orang yang sedang mengharap, Ana tak mahu membuat orang rasa terpijak...Ana tak mahu, Ana tak sanggup, Ana tak sampai hati...Ana tak...Ana....
Ana rasa Ana belum ready .....

Ana jadi susah hati pasal Ana murah Hati...mungkin kerana itu juga banyak seniman mati kemiskinan....
Ana mesti " take note"....

teringat ceti dalam Anak Bapak....ribu -ribu bintang mari.......

Jumaat, 17 Oktober 2008

Tanya Tenang


Suatu hari tenang bertanya...
kenapa rundum datang kepadaku
lalu ku ceritakan soalku pada rundum.....
"kenapa pada ku...aku bukan siapa-siapa"
rundum tersenyum dan berkata
"kerana kau bukan sesiapa saja"
lalu ku usahakan agar rundum jadi lega
dan aku beroleh ghairah baru
setapak lagi aku maju
dan makin hampir jarak itu
dan tenang terus jadi sahabatku

Khamis, 16 Oktober 2008

Kerja Tak Semestinya Usaha



tak de kerja....cari kerja
dapat kerja.....malas kerja
hilang kerja....minta kerja
terima kerja...rajin kerja
lama kerja...cuai kerja
dibuang kerja...mohon kerja
bagi kerja.....tak suka kerja
berhenti kerja....tak de kerja
cari kerja....diambil kerja
main-main kerja...hilang lagi kerja
cuba kerja....tak dapat kerja
tak puas hati tak dapat kerja
marah kerajaan...
siapa punya kerja???
kere....je...

tuang kerja menulis pasal kerja

timbang untung dunia
akhirat jangan lupa
sebaik-baik usaha
dosa pahla dijaga.......
insyaallah........

Selasa, 14 Oktober 2008

Pada Irama Ku Berpesan


entah kenapa agaknya
ku rasa angin tidak lagi mahu bertiup ke arahku
marahkah angin kerana aku
selalu menyampaikan salam pada air
agar hijau tidak menghirup cerita jerebu
atau mungkin salam ku disalah faham oleh merpati
lalu menyampaikan berita ketiga pada gunung
dan gunung yang mendengar sewaktu menahan luahan lahar
menyampaikan pada api
lalu api yang sedang marah
meyampaikan dengan bahasa indah
dan disalah ertikan oleh tanah
lalu debunya terbang bersama angin....

Pada angin..hembuslah
Pada tanah..suburlah
Pada air.....sucilah
Pada api.... hangatlah....
Pada kau.... mengertilah
Pada aku.....tenanglah.....

Ahad, 12 Oktober 2008

Kau Tiada Pilihan


lama aku merenung keluar rumah, walaupun banyak props yang disusun didepan mataku agar dunia ini boleh dipandang dari sudut dan pandangan yang berbeza tapi mata ku hanya focus kepada ketidaktentuan, lalu aku bertanya kepada kekaburan di depanku, katanya
"kau tiada pilihan lain."
"aku tiada pilihan lain???"
suasana sunyi... degupan jantung ku semakin kedengaran..
kekaburan bersuara lagi
"kau tiada pilihan lain selain dari....
membuat pilihan......yang lain"
"harapan!!!" kataku...aku tersenyum... tiba-tiba hatiku berdetik...
" arrhhg mungkin kekaburan hanya mahu menjaga hatiku"
lalu aku memilih untuk tidak mendengar dari kekaburan....

Aku Mahu Bangun


aku mahu bangun
dan terus sedar
serta mengingati diriku
ada banyak kecewa dalam dunia ini
dan jika aku terus mengenangnya
aku hanya akan menjadi lena

aku mahu bangun
dan terus sedar
dunia ini tempatnya
yang fotokopi
akan dapat apa yang aku impikan lebih dahulu
jika aku terus bicara tentang itu
aku akan jadi lena

aku mahu bangun
dan terus sedar
jangan terlalu melayani kecewa
sedar kecewa itu
petanda untuk terus berusaha
lintasi ia sekali sekala
sebagai ubat lepas rasa
tapi jangan terlalu lama
aku akan jadi lena

aku mahu bangun
dan terus.....

Sabtu, 11 Oktober 2008

SERAPAH MEDAN PERANG


Apa kerana tak de Tengku depan nama ku
Usahaku hanya lintasan di alis mereka
Apa kerana tiada Pengiran depan namaku
Jerih payahku tiada nilainya
Apa kerana tiada Dato, Tan Sri, Pehin depan nama bapaku
Maka pada sisa-sisa baru terselit ingatan mereka pada ku
Apa kerana kurang paras rupa
Jadi kebodohan mereka lebih nilainya dari kebolehanku
Apa kerana peringkat rendah kerja bapaku
Lalu tiada terpakai kesungguhanku

Tapi Ah Meng tiada semua itu
Tapi Ah Meng dapat semua itu

Ahhhh..mungkin kurang wajah pembesar negara di poketku
Maka Ah Meng miliki semua itu…

Dan ku namakan anak pertama ku
TENGKUJUH
Dan ku namakan anak kedua ku
PENGIRAAN
Dan ku namakan anak ketiga ku
TANSREE
Dan anak keempat ku
DAHTU’
Dan yang kelima ku namakan
AMENG

Lalu ku doakan kesejahteraan semua
AMIN

Jumaat, 10 Oktober 2008

MAK SEDARA DIA


Jack
Eh..macam mana pulak si Jerry yang dapat??

Bob
Pengarah Syarikat tu Mak sedara dia

Jack
Tapi..Jerry tu tak grad kan??

Bob
Pengarah Syarikat tu Mak Sedara dia

Jack
Ialah tapi kan kalau ikut jurusan aku lebih layak

Bob
Pengarah Syarikat tu Mak Sedara dia

Jack
Ish…pengalaman pun si Jerry tu tak ada…

Bob
Pengarah Syarikat tu Mak Sedara dia


Jack
Apa lagi yang aku kurang..setahu aku dari segi kelayakan pun aku lebih dari si Jerry

Bob
Pengarah Syarikat tu Mak Sedara dia…

Jack
Eh tapi si Jerry tak kena panggil interview pun


Bob
Pengarah Syarikat tu Mak Sedara dia…


Jack
Kau ni dari tadi Mak Sedara dia, Mak Sedara dia…ayat yang tak de kena mengena dengan dia tak de ke???


Bob
Pengarah Syarikat tu bukan Mak Sedara Kau…

Rabu, 8 Oktober 2008

Rancid


tak salah mengaku salah
tak betul mengaku betul

buat baik dapatnya taik
buat jahat dapatnya hajat

masaalah
masa...lah..
mas...alah....
malah....

bodoh sombong...
buat-buat dingin konon angin
menutup salah..buat -buat tak bersalah
mengaku sajalah...
aku....sajalah
saja...alah
boleh...blah...

ganteng bukan tiket kebenaran.....
hodoh bukan sijil kebodohan
kenang saja seluruh hidupmu
apa kau lebih baik dari aku
dapat ke tutup bangkai gajah dengan sehelai tisu tandas...

ku doakan kau sejahtera
Amin

Syair Si Para...u Para....u


Leman nak buat pilem
dia masuk sekolah pilem belajor
jumpa dewa dewi filem yang suka mengajor
dia graduate tak dapek kojo
nak buek filem takdo belanjo
nak jual diri hensem tak do
peluang semuo orang lain punyo

Milah muke lawa
sekolah tak habis pun tak apa
sama Rumi ada muka
nak buat filem apa saja
tak tahu call shot tokeh kata tak pa
peluang semua depa punya
dewa bising peduli apa
filem untung juta -juta

c'est la vie
quella e' vita
e'sa es vida
das ist Leben
that is life...

kecewa??? tak pernah..
tersinggung sikitlaaaaa...
alah bisa tegal biasa

Isnin, 6 Oktober 2008

Kacak...Katak.....Tak


Kacak tak...
kacak tak katak..
kacak tak..kacak tak katak....
katak tak ..kacak...
kacak....tak.....
tak kacak...
kacak tak katak...
kacak....katak....tak...
tak..kacak katak....
katak...tak...kacak...
katak........
tak......
katak
kacak...
kalau kacak ..KATAK
kalau Katak..
LOMPAT...

Ahad, 5 Oktober 2008

Hikayat Kipas Lipas


Kesal...kerana dibesarkan dengan konsep alat -ganti....
kipas yang ku beli tak sampai 5 bulan ni dah tak nak menoleh kekiri dan kanan
kalau ku hantar ke tempatnya..makan masa berbulan baru dapat balik...
aku cuba bukak....sepert tikus membaik labu..berderai kipas tersebut....
tapi aku berjaya jumpa masalahnya..motornya tidak lagi berfungsi ..lalu ku cabut dan mencar di kedai elektrik di sekitar Bandar Seri Begawan...Mr Alex tu cakap...wwuu brader its almost impossible to get this.......aku kecewa...
balik kerumah...kawan ku warga Indonesia bertanya..aku ceritakan masalah motor kipas ku..dia dengan tenang mengambil dan membuka motor tersebut...di bersihkannya dan dipasang balik...dan motor itu berjalan seperti biasa..kagum ku...grafik designer kami boleh selesaikan masalah motor...kami mula bercerita..katanya..di negaranya banyak buku dan risalah mengenai masalah elektrik, elektronik, mekanikal dan sebangainya dalam bahasa indonesia dijual dengan murah..kawan ku seoarang lagi boleh menceraikan motorsikalnya satu perasatu dinaikkan kesebuah bas ( kerana tak cukup ruang nak masukkkan sebiji motor) dan pasang balik setelah sampai ke distinasi....diThailand juga katanya mudah mendapatkan risalah atau buku untuk membaiki apa saja.....di MALAYSIA...aku tak pernah jumpa...aku selalu juga dulu jalan di kawasan jalan Pasar yang banyak berjual barang-barang elektronik...tak pernah nampak pun.....yang ada buku-buku orang putih dengan bahasa shakspear menerangkan macamana nak menukar sebiji skru di gedung-gedung buku mewah...salah ke mengalih bahasa supaya lebih ramai orang kita pandai..atau tak ada ke orang kita yang pandai...atau orang kita pandai dan hanya mahu pandai sendiri supaya dia boleh monopoli....ahhh semamngnya kita generasi alat ganti...alternator kereta yang rosak dibuang beli yang secondhand..yang secondhand tu datang dari mana??? bukan yang rosak dan di baik pulih????ah kita generasi alat ganti....buka buang pasang.....mengeluh minyak naik, beras naik, barang naik...tapi tak pernah salahkan diri dulu sekolah malas belajar....sekarang tak mampu pun nak pakai kereta lawa....salah kan semua..tapi tak pernah tengok diri...dah tahu gaji 800 nak berbini dua..nak anak sampai 10 orang..nak duduk K.L nak makan KFC, nak tukar kereta lagi...tak puas hati....lebih rela berjalan berderet-deret pengang sepanduk..dari tanam sayur di tanah terbiar.....generasi alat ganti......

Rabu, 1 Oktober 2008

AIDIL FITRI INI


Aidil Fitri...
Pada Ibu ...ampunkan kederhakaan ku..
maafkan tersinggung hati ku....
kasihmu sentiasa dihatiku...

Pada Ayah...
kenangan membuat aku merinduimu dalam tangisanku....

Pada Abang...
kedewasaan membuatkan kita semakin terenggang
tetapi aku pasti kita masih sayang...

Kepada Adik...
kebahagianmu..ku doakan....

Kepada isteri...
sekiranya kenakalan ku membuat kau tersentuh
dihati kasih ku masih utuh....

Kepada Anak...
kedewasaan mu hari ini adalah kedewasaan ku
anugerah tuhan yang tiada ternilai

Kepada Kenalan dan Taulan...
kemaafan adalah hadiah terindah sebuah persahabatan..

kepada yang Esa
ku panjatkan segala kesyukuran
ku mohon segala kebahagaian
Diatas sebuah kejayaan
yang jauh lebih kecil dari dugaan Rasul-rasulmu...