PAKUTEKAN VS MERAHJAUH

Ahad, 12 Oktober 2008

Aku Mahu Bangun


aku mahu bangun
dan terus sedar
serta mengingati diriku
ada banyak kecewa dalam dunia ini
dan jika aku terus mengenangnya
aku hanya akan menjadi lena

aku mahu bangun
dan terus sedar
dunia ini tempatnya
yang fotokopi
akan dapat apa yang aku impikan lebih dahulu
jika aku terus bicara tentang itu
aku akan jadi lena

aku mahu bangun
dan terus sedar
jangan terlalu melayani kecewa
sedar kecewa itu
petanda untuk terus berusaha
lintasi ia sekali sekala
sebagai ubat lepas rasa
tapi jangan terlalu lama
aku akan jadi lena

aku mahu bangun
dan terus.....

Tiada ulasan: