PAKUTEKAN VS MERAHJAUH

Ahad, 19 Oktober 2008

Keroncong Hati Ana


Ana bercadang nak lebih produktif tahun depan...Ana fikir tahun depan Ana mahu terlibat dalam kerja marketing. Ana kaji-kaji ..emmm bolehlah..Ana pernah buat dulu...dengan kepandaian berbahasa "shiply english" atau dalam bahasa melayunya Inggeris kapal..Ana pernah meyakinkan GM satu syarikat (orang putih Jhon)...Ana pun memang tak de masalah dalam public communication ....so Ana rasa "pedon" atau is the correct speaking is...confident. Dua hari lepas Ana ada tertarik pada satu barang terpakai, menurut kawan Ana barang tersebut boleh didapati dengan setengah harga yang ditawarkan, caranya... jumpa... lihat.. dan terus offer harga yang kita rasa patut, kalau dia tak nak tak pe, dia nak marah-marahlah, dia nak cakap apapun cakaplah, mana tahu dia terdesak hahaha kita nanti dapat hasilnya.... Lama Ana terdiam... emmm ini cara orang berniaga, mesti berani...mesti tebal muka..mesti keras hati , ini resepi kejayaan berniaga dari Ah Long , Ah Meng, Ah Chai yang memang berjaya...termenung Ana...memikirkan..takkan orang tu nak terima harga sampai setengah dari apa yang dia tawarkan, Ana pasti rasa tersinggung dan marah kalau Ana penjual tersebut, Ana tak suka membuatkan orang rasa ((&^&*^$&^%% dalam hati diorang, Ana tak sanggup membuang masa orang yang sedang mengharap, Ana tak mahu membuat orang rasa terpijak...Ana tak mahu, Ana tak sanggup, Ana tak sampai hati...Ana tak...Ana....
Ana rasa Ana belum ready .....

Ana jadi susah hati pasal Ana murah Hati...mungkin kerana itu juga banyak seniman mati kemiskinan....
Ana mesti " take note"....

teringat ceti dalam Anak Bapak....ribu -ribu bintang mari.......

Tiada ulasan: