PAKUTEKAN VS MERAHJAUH

Selasa, 14 Oktober 2008

Pada Irama Ku Berpesan


entah kenapa agaknya
ku rasa angin tidak lagi mahu bertiup ke arahku
marahkah angin kerana aku
selalu menyampaikan salam pada air
agar hijau tidak menghirup cerita jerebu
atau mungkin salam ku disalah faham oleh merpati
lalu menyampaikan berita ketiga pada gunung
dan gunung yang mendengar sewaktu menahan luahan lahar
menyampaikan pada api
lalu api yang sedang marah
meyampaikan dengan bahasa indah
dan disalah ertikan oleh tanah
lalu debunya terbang bersama angin....

Pada angin..hembuslah
Pada tanah..suburlah
Pada air.....sucilah
Pada api.... hangatlah....
Pada kau.... mengertilah
Pada aku.....tenanglah.....

Tiada ulasan: