PAKUTEKAN VS MERAHJAUH
Sabtu, 11 Oktober 2008
SERAPAH MEDAN PERANG
Apa kerana tak de Tengku depan nama ku
Usahaku hanya lintasan di alis mereka
Apa kerana tiada Pengiran depan namaku
Jerih payahku tiada nilainya
Apa kerana tiada Dato, Tan Sri, Pehin depan nama bapaku
Maka pada sisa-sisa baru terselit ingatan mereka pada ku
Apa kerana kurang paras rupa
Jadi kebodohan mereka lebih nilainya dari kebolehanku
Apa kerana peringkat rendah kerja bapaku
Lalu tiada terpakai kesungguhanku
Tapi Ah Meng tiada semua itu
Tapi Ah Meng dapat semua itu
Ahhhh..mungkin kurang wajah pembesar negara di poketku
Maka Ah Meng miliki semua itu…
Dan ku namakan anak pertama ku
TENGKUJUH
Dan ku namakan anak kedua ku
PENGIRAAN
Dan ku namakan anak ketiga ku
TANSREE
Dan anak keempat ku
DAHTU’
Dan yang kelima ku namakan
AMENG
Lalu ku doakan kesejahteraan semua
AMIN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan