"flyboat" by daniel f Cicit dewa gembira turun menaiki "flyboat"nya dan mendarat disisiku, menjadikan galaksiku ghairah, terang, harum, subur, segar, nikmat. Aku mahu ia terus menerangi galaksiku untuk selamanya walaupun aku tahu dia hanya punya waktu singkat.
beri aku cara
agar bila cicit dewa gembira pergi
zatnya terus tinggal disini
tapi aku tak boleh lena
dalam gembira sentiasa terselit duka..
komedi + tragedi= realiti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan