PAKUTEKAN VS MERAHJAUH

Jumaat, 25 Disember 2009

BIRTHDAY DAN SUBTEXT


Happy Birthday aku, Happy Birthday Ronasina Happy Birthday Tsunami Happy Boxing Day Everybody.....

Tiap tiap tahun pasti datang dan tiap tiap tahun aku akan termenung memikirkan tahun depan bagai mana yeaaa ...aku fikir tahun depan ni aku mahu fun + komedi+fun +komedi+fun.+ dan sentiasa tersenyum....pergi mampos dengan syarahan korang semua hahaha....kerana aku percaya pada ikhlas ...haa maksud ikhlas tu camni .....kau pegi umrah..pas tu balik...masukkan dalam paper muka surat utama dengan tajuk.."saya menangis depan ka'bah...itu ikhlas... itu pun kalau kau faham apa maksud subtext hahahah


mati itu benar....dan seorang daripada guru yang sangat dihormati dan disayangi pergi meninggalkan kami ...pertama kali aku begitu sedih sekali mengenang kematian yang bukan nya ahli keluarga terdekatku......sedih antaranya bukan rezeki aku menziarahi.....aku jauh diseberang dan bertambah sedih apabila ada yang tidak menghargai ziarah kawan-kawan lain hanya kerana dia "ikhlas dan tidak menunjuk-nunjuk dan menyebarluaskan yang dia bertahllil" apa pun alasannya niat menulis awal atu termaktub.....anyway gua peace....lu lu punya hal....


kepada kengkawan yang mendoakan aku sempena ulang tahun ini.....Allah saja yang dapat membalasnya..AMIN

Lets stick out the gun and have more fun....yeaaaaaa



Isnin, 21 Disember 2009

CUTI


yeaaaa....aku bercuti balik kampung jumpa sedara mara jalan sini sana (terimakasih adkikku yang pinjamkan kereta dia hahah sampai ke Muar dan Ehem ehem kami hahah) dan punya masa yang sangat sedikit untuk melayari dunia siber dan kekurangan itu sangat ku rasakan, hingga terlupa password untuk membuka ruangan blog ini.......dan sekarang ini aku sedang memperhebatkan semangat kerja...banyak nya yang tertinggal dan perlu selesai.....dan aku sangat berharap dapat menyelesaikannya dengan tiada lansung menyentuh azimat paracetamol ku.....ya....dan semalam aku dibantu tidur dengan dos yang lebih tinggi....

senaraiku...
no 1...Sarimah Ibrahin
no 2 ...Awan Dania....
oppppsss.....ini cuma reaksi lebihan dos......

Sabtu, 14 November 2009


Lelah aku aku berlumpur malu bergelar......peluang!!! samar samar di hujung lorong...baru kenal berus warna air kini aku pelukis...peluang??? esok aku seniman.......terima kasih

BABAK 4


Naik dia kepentas...selepas tepukan....diam.....dia juga berdiri diam....lama....sipolan hujung baris beralih punggung....mata kosang padang sana......khalayak mula berkerut dahi satu persatu.....si polan hujung tangga mula mahu bersuara...terhenti...mulu
tnya kini hampir di pembesar suara.....feedback....dia berundur sedikit.....lalu lontar sepenuh hati sambil bicara dengan mata........

...Kau Nak???? tak payah sedar diri......asal mulut wangi hembus madu.....
hati busuk siapa tahu......


..lalu dia pergi......

Sabtu, 24 Oktober 2009

sepuluh percent


saranannya mudah saja..
"setiap pendatapatan sebelum perbelanjaan ketepikan 10 % daripadanya"
dan setiap kali aku hampir lemas dan pendapatan datang,
aku belanjakan....

dan ketika bakinya hanya tinggal 10% dan aku kembali lemas,
aku baru teringat tentang 10% itu

ahhhh next payment lah....untuk tahun kesepuluhnya....

pap! merah dahi ku.....

Isnin, 19 Oktober 2009

BABAK 13


Babak 13
Int/ Malam
Rumah Bujang
Kudim/ Chakok

Pukul 10.30 malam Kudim yang penat berbaring dijalan raya balik kebiliknya dan mendapati Chakok sedang asyik didepan komputer ribanya. Kudim menjenguk ke skrin yang sedang menayangkan video lucah

KUDIM
kau ni asyik tengok porno je....berdosa tau??

CHAKOK
ooo tengok porno berdosa...baca blog fitnah orang , kutuk orang, mengkafir kan orang, provok orang tu suci sangatlah...berpahala sangatlah....


Kudim terdiam...aksi porno di skrin tersebut sedikit menggodanya. Kudim meninggalkan Chakok lalu mengambil tuala dan ke bilik air

Rabu, 14 Oktober 2009

mai secawan


Babak minum pagi....sorang kawan datang dengan muka bengang lalu kami menegur... .

..si Peon tu sial je...marah marah aku ..bagi nasihat konon pasal aku beli no ekor....yang dia tu meniaga kongsi ngan Lim Tat...bukan ke Lim Tat tu modalkan business dorang dari duit menang ekor ke cisssss.........


aku terdiam je... tak de fakta...dalam hati aku..mana saja kau...asal tak kafir kan kawan yang sokong melayu dan jangan ikut muliakan dan sanjung orang main bontot jantan...

Selasa, 13 Oktober 2009

isikan tempat kosong


Ini kolam Pak Maon punya
Pak Maon kasi Kadim jaga ini kolam
supaya
Razak, Ahmad, Hamid boleh tumpang makan

tapi KADIM lagi suka kasi Lim Tat makan


Pak Maon kasi 5 ringgit

Kadim kasi balik 4 ringgit

Ini tahun Pak Maon kasi 1 ringgit

pasal tahun lepas Kadim cuma pakai 1 ringgit

tahun ini Lim Tat dapat 90sen

Ini kolam Pak Maon punya

Ahmad, Hamid, Razak kongsi 10sen

Lim Tat beli kereta baru
Kadim..................................

a) Bilalah kau nak mati Kadim oiii

b) happy gong xi fa chai tahun ini
c) pergi holiday dengan Lim Tat
d) Bila lah kau nak sedar Kadim

Ahad, 11 Oktober 2009

Jalur Gemilang


Aku di beri rezeki menjejak kaki ke beberapa negara luar...Alhamdulillah.. Sesungguhnya ramai diantara kita tidak berterima kasih di negara sendiri.....

Isnin, 5 Oktober 2009

Bila aku dengar


Semalam aku melihat dan mendengar Prof. Engku Aziz bercakap... dalam hati ku berdoa.... Ya Allah...berikanlah aku kalau tidak pun 5% kepandaiannya....

Hari ini aku terdengar ketua2 pemecah belah negara berkata-kata dalam hati ku berdoa Ya Allah....berikanlah kalau tidak pun 1% kepandaian aku kepada mereka....

Isnin, 28 September 2009

Bacalah...........Tulis........


pernah aku terbaca karya karyawan agung yang sungguh keji sekeji tajuknya.....aku terfikir...apakah perasaan Ibu apa bila orang menyatakan sebegitu kepada anak yang dilahirkannya.........apakah rasa Ibu ku apabila orang menulis sebegitu kepada ku...dan apa pula rasa ibu kalian........?????....dan sekiranya ada perkataan ahhhh..!!! waima sedikit pun.... lalu dihatiku ku ingatkan pesan ibuku...:

Proclaim! In the name of your Lord, who created;

2 Created man, out of a clot of congealed blood:

3 Proclaim! And your Lord is most bountiful,

4 He who taught you to write,

5 Taught man that which he knew not.

6 No, but man transgresses all bounds,

7 In that he looks upon himself as self-sufficient.

8 Truly, to your Lord is the return.

9 Do you see one who forbids

10 A votary when he prays?

11 Do you see if he is guided?

12 Or enjoins righteousness?

13 Do you see if he denies and turns away?

14 Knows he not that Allah sees?

15 Let him beware! If he desist not, we will drag him by the forelock,

16 A lying, sinful forelock!

17 Then, let him call to his council:

18 We will call on the angels of punishment!

19 No, heed him not, but bow down in adoration, and bring yourself closer!


Isnin, 21 September 2009

aidil fitri

tadi aku dah tulis macam-macam pasal raya....tapi bila aku baca balik aku rasa boleh menyinggung orang -orang yang tak bersependapat dengan aku...jadi aku rasa itu tidak baik di hari yang mulia ini....selamat hari raya semua..semuga kita semua terus diberkati dan diberikan kesempatan ramadhan yang akan datang......amin

Rabu, 16 September 2009

bila lupa ingat ini


kau main bola kaki kanan aku main bola kaki kiri berbezanya..... tapi kita tetap satu pasukan....

Isnin, 14 September 2009

Rock N Roll Pie


dari pagi tadi dihatiku ternyanyi -nyanyi beberapa rangkap ( tidak penuh dan ditambah sendiri oleh aku) lagu yang menjadi siulan aku waktu baru pandai kenal rock.....lagu rock aku kenal dari kawan aku Rizal Budiman..atau Budi...dia (seingat aku) orang yang mula-mula pinjamkan aku kaset cetak rompak hahah ( ada chap footprint) twisted sister dan metallica...masa tu aku baru kenal kumpulan Search yang tengah popular dengan lagu Rozana...dan lagu Pasti dan Langit dan bumi menjadi national anthem kumpulan The Sawah Bendang....dan Search terus menjadi band PooooJaaan HaaatiiKKUuuuuu......so hari ni aku nak kongsi bait bait yang mungkin tidak sebenar...aku pun dah ingat-ingat lupa...dari lagu lagu Search yang pasti tidak..memboboy..atau mengeddi hamidkan halwa telinga....

Di balik gumpulan..awan yang berarak...ada cahaya terpancar...
menyinari warna yang tadi nya kelabu...mega mendung rinduku.....
........tak mengapa hai teman..jika kau bohongi aku.....
.....si hitam atau si putih..cuba berikan jawaban...bila mendung men.....
maka terbukalah pintu cahaya...dan engkau akan tahu..bahwa bukan aku yang tertipu...oooo
......kau pergi...dengan mendung di tengah hari.....aku tahu salah ku.......

dari naluri dari keharuman..aku pasti dialah kekasih yang ku tunggu.....
......ku dongak ke langit...aku tunduk kebumi..di hadapan bersatu.....

ada yang teringgal setelah terbenam mentari.....ada yang tertinggal setelah kering air di kali....

....banyak lagi yang terhumming tapi tak ingat liriknya...hahha ..

dan aku juga mahu ...BIKIN WILAYAH....( dan saat ini aku tekenang..setiap hari raya kedua kami akan jamming dengan baju melayu ( baju je) kereta peaugeot merah Bob...dan rumah Nozie...hahah tu untuk sahabatku Black......




Isnin, 7 September 2009

Diperkaya


bagi menyahut seruan ku sendiri maka akupun memulakan pembacaan ini yang ku cilok dari lawak dua baris anakku dan ku translate sesuka tatabahasaku....

Pada satu hari..ya hari itu hari sabtu kalau tak salah saya...( kata leman iaitu orang yang menceritakan cerita ini) saya sedang berjalan ke kebun buah naga saya yang bersebelahan ladang lembu Pak Mat ( man ke mat?? tanya kawan saya..saya menjawab secara subjektif mat..dia membalas oooo mat...dan terus menyanyikan lagu Geli Mat Mat Mat...) bersebelahan ladang Lembu Pak Mat saya berjalan dan ternampak Pak Mat memberi lembu lembunya makan begitu banyak duit seringgit....saya naik syahawat...eh salah..saya naik hairan lalu pergi menemui Pak Mat dan bertanya ( dibawah ini transkrip pertanyaan saya kepada Pak Mat):

Saya atau Leman
Salam sejahtera ke atas mu Pak Mat

Pak Mat atau Pak Mat
Salam Sejahtera keatas mu jua leman....

Saya atau Leman
Saya lihat dari sana ( sambil menunjukkan dari arah dimana saya melihat Pak Mat sebentar tadi) Pak Mat sedang memberi makan lembu lembu ini dengna duit seringgit..dan apabila saya sampai disini benarlah apa yang saya lihat tadi....soalan saya..kenapa Pak Mat memberi makan lembu-lembu ini dengna duit seringgit

Pak Mat
ooh itu..sebenarnya saya atau Pak Mat pada satu hari terlihat susu import yang tertulis Enrich jadi saya atau Pak Mat pun pergi ke kutubkhanah dan mencari kamus, didalam kamus itu memberi tahu Enrich bermaksud Diperkaya...jadi Pak Mat atau saya sekarang ini sedang memperkaya susu lembu yang bakal diperah nanti dengan cara memberi makan banyak duit seringgit kepada lembu -lembu ini....

Saya atau Leman
Oh begitu ..saya juga akan mencuba mengisar duit seringgit dan merebusnya lalu menyiram tanaman saya dengan air rebusan duit seringgit supaya buah naga saya juga diperkaya...

selesai transkrip

kawan saya pula bertanya...kenapa seringgit ?? kenapa tak seratus??...saya menjawap...beli nak murah...barang nak kualiti....saya agak marah...( perkataan agak digunakan kerana saya masih memikirkan nak marah ke atau katakan TAK NAK!!!

moral cerita ini...marilah kita semua tidak menyokong pengajaran bahasa inggeris supaya generasi akan datang senang ditipu oleh lawyer lawyer yang perasan x men itu...opppssss i did it again.....

aku menulis bukan kerana nama


...Aku menulis bukan kerna nama....yeaaa aku masih ingat lagu tu....masa tu aku nyanyi jerit sampai pedih tekak ( baru pandai main guitar lah katakan ) tapi haram tak faham apa yang tersirat di sebaliknya...dan sekarang ni dalam keghairahan aku menulis pun haram aku tak faham...semua penulis menulis kerana nama walaupun mengaku tidak puiiiii hahah tapi tak pe menulis bukan dose....harus bagi aku kerana ia dapat menyuci kepedihan hati....asalkan kita tahu kita bukan bermaksud jahat seperti buku yang berjudul taik itu...yaaa dia tehormat, yaa dia penulis dewa..tapi cukuplah jadi teladan...dan aku sekerasnya mengigatkan diriku selepas ini tulislah dan supaya terukir sedikit senyuman kedamaian kepada yang membaca...kerana setinggi penulisan tertulis hanya berada dalam kalamullah......dan aku menulis bukan kerana nama penulis.......puiiii untuk diriku.......

Ahad, 30 Ogos 2009

HANG KU CHI WA


Ah Ku Chiwanya beliau lalu dibesarkan ku chi wanya keseluruh alam
Ah Ku Ciwanya beliau lalu bergabung dengan gerombolan ku chi wa dan jadikan mereka kelab jiwa luka
Ah Ku Chiwanya beliau lalu di halalkan apa yang dia sendiri ragu
Ah Ku Chiwanya beliau lalu penghulu ku chi wa menyambut mesra dan dia rasa terbela
dan jadilah beliau sang ku chi wa yang berasa hero di panas terik mainan penghulu ku chi wa yang senyum di rumah mewah dengan sekapal ringgit tikam tikan diluar negara sedang mereka kehulu kehilir berkuda sendiri lalu jerit mahal harga makanan kuda serta duty pelana dan tapaknya seraya ku chi wa sebahagian dirinya yang membesar dan dibesari........oh!! mungkin mereka yang paling peduli kerana itu maruah kampung jadi bahan locoan bangga di benua sana....

Napoleon bunuh semua untuk dia
semua bunuh diri untuk Napoleon??

aku buang daun sehelai
untuk sepohon hidup damai


Isnin, 24 Ogos 2009

wasiat dari aku


aku masih percaya pada apa yang aku tulis dulu:
kita benci orang kaya tapi sebenarnya kita malas usaha
kita benci orang senang tapi sebenarnya kita yang malas belajar
kita benci orang berjaya tapi sebenarnya kita dulu sibuk ikut orang salah
kita benci anak orang berada tapi sebenarnya kita hanya berangan tempat mereka
kita benci orang je dapat peluang tapi sebenarnya kita asyik cakap pasal tu je buat tak juga
kita benci orang yang tak sealiran dengan kita selalunya beroleh tapi sebenarnya apa yang kita perjuangkan hanya kerana kita kecewa pada apa yang kita percaya....
aku kecewa setentunya...tertanya tanya selalu...yang nyata aku hanya tulis dan beralasan dengan seribu malu atas keputusan yang aku ambil dulu....

cakap orang tak bagus..bagi peluang kita pun tak sebagus mana..tapi beralasan yang bagus-bagus

aku masih kecewa dan berfikiran hanya kaya dapat menjawab segalanya...

aku bukan nama sebenar...

Jumaat, 21 Ogos 2009

mungkin aku yang kambing


setiap kali secara kadang-kadang ku berjemaah jumaat..setiap kali itu ku lihat segerombolan kambing keluar masjid selepas solat....kambing tua, kambing muda, kambing kaya, kambing berlagak alim, kambing rasa syurga dia punya, kambing lomba jubah sapa paling putih kambing-kambing yang menampal muka hairan ketika aku bersalam dengan muslim kedai runcit dan pemotong rumput setiba aku lewat dan malu ................atau aku yang tak tahu...adalah menjadi tuntutan kepada semua muslimin (melayu khasnya) untuk keluar masjid dengan muka bengis..mengelak dari bersalam bersombongan dan tiada tolak ansur beredar kenderaan balik keluar dari pagar masjid di otak lauk dan nasi menunggu terhidang...maafkan aku kerana tidak faham acuan kambing sekelian.........terima kasih pada satu satunya Hj Tua tadi...dia sambut salam ku dengan senyuman dan menyentuh bahuku dengan doa semuga semua muslimin begitu sepertinya dihatiku......dan kerana itu kadang-kadang ku nanti bakal perlahan hilang kadang....

Ahad, 16 Ogos 2009

apa yang ada dalam otak aku haaaaaa???


bodoh, bahlol, tongong, bangang, benggong, kepala ku hanya ada 10 peratus bahan tercampur adukukan 50 peratus kosong dan 40 peratus porno......yaaa..itu yang aku rasakan apabila membaca nukilan penulis kecil bekarya agung

Khamis, 13 Ogos 2009

tunggu meledak....ahh banayk cikadak


ya ya aku dah lama tak tulis...tapi bukan tak menulis....terlalu penuh otak ini menunggu ledakan.....peram dulu..biar nanti bila tiba masanya terluak...maka kesannya ..sehebat maha busuk tembelang yang melekat di otak............hmmm alasan biasa dengan susun kata para maha....

Selasa, 4 Ogos 2009

kompas ku belum berhenti berpusing


aku baca readers digest keluaran ogos...cerita pasal midlife crisis ..dan sebahagian dari petandanya adalah apa yang sedang aku alami.....crisis kah aku????...atau aku makin tertekan???...sepuluh tahun lepas aku terkapai-kapai....tiap bulan pikir apa akan jadi pada bulan akan datang....sekarang pun masih camtu...sepuluh tahun lagi..kebanyakan sahabat dah bebas...dah lega...dah senyum....sepuluh tahun lagi aku?????.....aku sangat bersyukur...tapi 10 tahun lagi macam mana???....

Ahad, 2 Ogos 2009

si kondom kondom


aku panggil mereka gerombolan KONDOM....gerombolan yang sanggup melapis/ melindiungi pelir yang ingin mencapai hajat nafsunya tapi selindung di balik "kondom" yang bodoh dan terkapai di tong sampah setelah hajat sang pelir terlaksana...

Jumaat, 24 Julai 2009

lemon speaking the londoners again


What!!! nuclear power in this country.....!!! are you out of your mind...!!!....err but...as small as biji sawit of uranium can run our car for 2 weeks non stop, you can even leave your engine running at nite... and it only cost dua hengget sebiji .......mmmm 2 hengget sebiji to run the car for 2 weeks non stop....???? ...nuclear power good...sapa cakap tak bagus tadi...I didnt say that...no no its not me....its always me who support nuclear power......dan macam tulah selalunya.....

cerita ini hanya rekaan semata-mata tidak ada kena mengena dengan yang hidup dan sedang mati

Selasa, 21 Julai 2009

lemon speaking the londoners


they ask me where should they go...i said hell....they said yeaa....there's a highway to hell and it is for sure faster than climbing stairway to heaven....and i answered...errr Im more to fourplay nowadays

Sabtu, 18 Julai 2009

Malaysia U23-2 Manchseter United 3


dah lama sangat aku tak terhibur menonton game bola sepak Malaysia....hari ni aku suka...setelah sekian lama sejak Yunus Aliff berhenti main bola hahahah...MU (manchester United) bukan team yang aku suka tapi melihat pasukan Malyasia bawah 23 tahun menentang hampir kesemua kesebelasan utama MU sangat menguja( ada ke menguja???)...nyata sekali jauh sangat jurangnya...Malaysia bawah 23 tak de idea...stop ball pun tak perfect, control ball pun teruk, passing merepek..tapi tu semua boleh diperkemaskan kalau diorang nak lah...tapi semangat juang tinggi...mungkin kerana masing masing terfikir kalau main baik mana tahu kena panggil trial untuk MU agaknya...kawan ku di sebelah tersenyum sinis.....tapi apa yang mengkagumkan aku ialah kehadiran penonton... ( aku nampak pak de aku dengan mak de aku bukan main lagi bersorak untuk gol kedua Malaysia) penuh stadium bukit jalil....ok korang mungkin cakap diorang semua datang pasal nak tengok MU....ok...maknanya orang Malaysia masih mencintai bola dan boleh atau sanggup ke stadium....untuk menonton bola sepak yang berkualiti tinggi....harapan aku cuma satu....pemain -pemain Malaysia sedar dan rasa bahawasanya sekiranya mereka boleh bermain dengan kualiti yang tinggi...mereka tak payah tunggu team besar lain datang ke Stadium untuk rasa gempita sebegitu...gerenti penuh walaupun liga tempatan..tak percaya??? tanya Yunus Aliff...

Khamis, 9 Julai 2009

Aku Melayu Can Speak English Little -little..of corse can make it to Hollywood yes is the

pada aku memanglah kecewa dengan keputusan itu tapi alhamdulillah nampaknya ada usaha meningkatlkan bahasa inggeris pada anak malaysia khususnya melayu sangat aku sokong....statistic menunjukkan penguasaan metematik dan sains menurun tapi statistic budak kampung yang mula tidak membenci bahasa inggeris aku pasti naik walaupun 1% dah kira bagus...ini kata kawan ku budak Machang di Kelantan yang baru merasakan penting bahasa inggeris bila berpidah ke KL dan mendapati banyak buku-buku teknikal dalam bahasa inggeris...aku tanya dia kenapa tak belajar kat sekolah dulu...di cakap alah dulu aku tak pikir akan berhijrah ke KL ..buat apa bahasa inggeris kat kampung nak cakap ngan sapa...... ok kesal ku satu....kawan ku dari negara seberang yang tidak ke universiti sangat mahir dalam kerja -kerja video grafik 3D ...aku heran...jawapannya senang..disana terdapat begitu banyak buku-buku teknikal yang dialih ke bahasa mereka..dan kebanyakan teknikal terms tidak diubah...jadi mudah untuk mereka faham...aku akur bila dia sendiri menunjukkan buku-buku tersebut dan harganya jauh lebih murah.....jerit ku...oiii orang -orang yang pakar bahasa yang kononnya bahasa melayu akan pudar......setakat itu saja ke....dah menang...duduk diam....suka anak-anak melayu ketinggalan ke???....ok tak bagi diorang belajar bahasa inggeris dalam sains dan metematik....kenapa tak berusaha untuk majukan dengan mengalih bahasa buku-buku teknikal ke bahasa malaysia...????...jepun tu dia pandai walau tak tau bahasa inggeris pasal ada banyak buku-buku inggeris yang di translate ke bahasa jepun...so macam mana..??? atau kita lebih rela orang melayu itu kalau bapanya buat sampan maka anaknyapun teruslah buat sapan dan bangga dengan turun temurun....ketuk , ketam, gam, sakit tulang belulang...orang lain buat bot pakai fibre.....


Jumaat, 3 Julai 2009

Bukan Malas Cuma Tak Berapa Rajin ....ALAsAN


dah lama tak mem blog...bukan kerana otak block....cuma ahhh selebihnya hanya alasan....

Khamis, 18 Jun 2009

cerita pak tua


cerita dari orang tua...si alim itu menghadap tuhan sentiasa, beramal melunaskan yang wajib dan mengisi yang sunah percaya pada rezeki datangnya dari yang esa....semakin lama semakin hampa tapi terus berusaha memohon dan berzikir bertasbih dan akhirnya lemah dan tersandar di tiang surau lalu sebiji pisang yang di tinggalkan oleh pak tua atas para jatuh kerana bergoncang tiang dari rebahan si alim, jatuhnya ia diatas kepala dan bergolek didepannya..... si alim bercerita mukjizat tersebut kepada si kecil..lalu jawap si kecil....takkan datang rezeki tanpa sebab...dan sebab itu ialah dari terconcang tiang ..dan tergoncang itu dari akibat tersandar dan tersandar itu satu gerakan dan gerakan itu satu perbuatan dan perbuatan itu adalah usaha.......

Isnin, 8 Jun 2009

teh o peng, kopi o peng, milo peng, puk@*#& peng


Aku amat sedar dalam dunia ini yang berani menipu dan berpura-pura serta bermuka -muka akan selalu dapat apa yang sijujur patut dapat...lebih -lebih lagi golongan mereka itu bakal terbakar dineraka selamanya..cuma yang aku tak tahan, yang menolong si jahanam tu...sama warna kulit sama bangsa macam aku....dan yang bestnya hampir saja aku di tipu untuk dia menolong si puk@##&^....tak ke bangsat namanya....bukan menyalahkan takdir....cuma fikir-fikir sambil menghabiskan kopi secangkir....oh yea Aku bukan nama sebenar...

curi pakai..aaaa...lupa tutup cctv????

Khamis, 4 Jun 2009

Rhapsody Kue Teow Goreng


Abg Man termenung memikirkan keputusan yang diterima hari ini...sedih?? sakit hati?? bengang?? entah..apa sebenarnya ..dia tak tahu......tiba-tiba fikirannya flashback.....syuuffffff...

Berselang dua kalender yang lalu Abg Man dapat kontrak kantin sekolah.. tanpa bertanya sapa-sapa, tanpa pertolongan sapa-sapa..Abg Man dengan sepenuh pengalaman beserta pendidikan formal diperingkat ijazah dalam masak memasak memenuhi kehendak kantin sekolah tersebut... (diingatkan..tanpa perlu bertanya kepada pemegang kontrak yang terdahulu)...masih Abg Man ingat..pada awalnya mereka mahu kue teow goreng yang lebih sedap...lebih dinamik...dari kue teow yang di sediakan oleh pemengang kontrak yang sudah...maka Abg Man dengan kepakaran dan pengalaman, menghidangkan kue teow seperti kamahuan mereka....mereka gembira..tapi katanya terlalu westernize...."kekalkan kesedapan tapi perlu lebih traditional" dan Abg Man berusaha lagi untuk memastikan selera mereka di penuhi tanpa sedikit pun keluhan...apabila siap, mereka gembira..tapi ada pula suara yang mahukan agar di ubah lagi .."jangan sampai kantin sekolah lain tak dapat menyediakan seperti yang Abg Man sediakan..perlu sama."..Abg Man tersenyum dan turuti...setelah selesai...dan dihidangkan ...mereka mahu pula Abg Man menambah sedikit anu..anu..anu...anubah...kerana sekiranya terlalu sama maka tiada kelainan..dan Abg Man mentafsirkan "anu" tersebut dengan penyelidikan dan kefahaman sendiri ( Abg Man tanya pada mereka " anu apa"..jawabnya..."anu bah...indakan ko inda tahu...anu bah") tanpa putus asa dengan menambah "garnishing" agar terlihat perubahan....

Semakin hari ada saja kehendak dan kemahuan mereka dalam mempelbagaikan kue teow goreng disana...emm Abg Man juga tidak pernah mengeluh...walaupun kadang kala kemahuan mereka agak melampau...apa tak nya...sehinggakan jenis kuali dan sudip pun mereka minta dipertingkatkan...atas alasan kue teow akan lebih sedap sekiranya peralatan masakannya dari jenis yang bagus...bukan itu saja....
jenis pinggan juga menjadi sebab menambah kesedapan kue teow kata mereka.. tetap Abg Man turuti....( belum lagi yang minta sudu lebih.....)..dan yang terakhir...kereta Abg Man juga diminta agar dipasang tayar yang lebih besar supaya kue teow yang di bawa dari pasar lebih segar..pun Abg Man turuti....

Sepanjang selang dua kalender Abg Man tak pernah gagal...sebaliknya ramai yang cuba menggagalkan Abg Man....ahhh!!! biarkan kata Abg Man...itu permainan politik..kita buat kerja kita sebaiknya sudah.

Sejak kebelakangan ini tiada lagi permintaan yang pelik-pelik..keadaan agak stabil..mungkin tiada lagi cabaran yang dapat mereka berikan kepada Abg Man..mun begitu Abg Man tetap juga mempertingkatkan apa saja yang perlu tanpa tunggu disuruh...

Kini kontrak kantin sekolah yang diberikan sudah tamat...perkhidmatan Abg Man tidak disambung tapi sebaliknya diberikan kontrak ditempat lain..cuma kali ini tidak lagi memasak atau mengendalikan kantin sepenuhnya...Abg Man di berikan kontrak menyediakan kue teow dalam bentuk bungkus kerana sekolah baru ini tidak ramai pelajar dan kaki tangan...Abg Man akur...walau apapun itu juga rezeki...cuma yang Abg Man musykilkan......

Masuk hari ini dah kali kelapan..pengganti yang bakal menggantikan tempat Abg Man menelepon bertanyakan bagaimana cara memasak kue teow....apa bahan-bahannya...apa jenis periuknya, apa jenis sudipnya...apa hiasannya...apa pinggannya...sehingga ke tahap mahu datang ke kantin Abg Man untuk belajar memasak untuk persediaan menggantikan Abg Man...itu sebenarnya yang membuat Abg Man termenung...apa salah Abg Man sehingga kontrak nyer tidak disambung dan diberikan kepada pengganti baru ini yang kelayakkannya dan pengetahuannya datang dari bertanya kepada Abg Man semata-mata...yang lebih parah lagi..apabila pengganti tersebut dengan ikhlas bertanya kepada Abg Man ...

"....bang Man..errrr camana aku kan tau yang mana satu kue teow yang mana satu mee taitong??? Abg Man terkedu....dalam hatinya berkata.....c'est la vie

idea asal: P.RAYA




Rabu, 3 Jun 2009

kacang cap tangan


nak marah pun ada...tersenyum sumbing pun ye jugak...itulah reaksi aku membaca perihal sekumpulan lembu yang beriya-iya menuntut agar penyembelih lembu dibenarkan hidup dalam kelompok mereka....ada pula sesetengah yang merasakan cerita tersebut hanya untuk mengalih perhatian....(terpengaruh benor mereka ni dengan filem amerika...) sengaja bersikap lembu??? tak kurang juga yang sengaja mengapi dengan membuat satu bentuk persembahan kesenian mengenai kisah hidup penyembelih lembu ( kenapa bukan cerita pasal betapa siksanya lembu yang diketok dengan hammer di kepalanya) melembukan diri??? sama ada mereka ini terlalu ceredik kerana mempunyai "errr my degree L. E.M.B.U" (dialog Tan Sri P.Ramlee) atau mungkin juga tahap kesenian mereka terlalu tinggi setinggi bonggol Lembu.....

entah lah....aku termenung berehat fikir-fikir sambil makan kacang menglembu.....

Khamis, 21 Mei 2009

Tunggu Esok


antara yang aku tak suka selain tidak bersukan disebelah petang tanpa aktiviti lain ialah menunggu esok....tv tak de program menarik (banyak tapi tak ngam dengan selera aku)..nak menulis tak de mood serba serbi tak best hanya kerana aku tak sabar nak tunggu esok untuk memuaskan hati aku yang agak kuciwa dengan perkara petang tadi..aku mesti selesaikannya esok agar aku tidak rasa sesal yang amat....mmmm.... sepuluh tahun lepas....di kompleks sukan Alor Setar aku tak dapat nak tidur pasal tunggu esok....esoknya aku akan menikah buat kali pertama dalam hidup aku dengan harapan dan doa takkan ada kali kedua, ketiga atau kali kali yang lain ( korang gelak yea siap bunuyi cis lagi .....hahahh tak pe aiman tak kisah)

10 tahun memang satu jarak yang lama...eh belum rasmi....esok lepas kul 11pagi baru boleh kira 10 tahun...so seperti mana aku menunggu esok pada sepuluh tahun dulu..aku menunggu esok pada malam ni.....cuma skripnya lain..bukan pasal menikah dan tak lah segabra 10 tahun lepas hehehehehe.....alhamdulillah...

Ahad, 17 Mei 2009

3 jam 2 minit


mengambil masa 4 hari untuk menyiapkan sebuah naskah skrip drama tv berdurasi 24 minit...yang dah lengkap dengan rangka dan konsepnya adalah sangat tidak produktif...tiada apa alasan yang logik aku rasa....tapi sesungguhnya lansung tak tecerna difikiran aku....rasa macam mati pucuk....macam-macam aku buat untuk meransangkan balik fikiran aku...sampai sekarang pun aku masih merasakan writers block itu hanyalah satu alasan kemalasan...."idea bukan wahyu..tunggu turun dari langit idea kena cari"..kata SISO pada aku satu masa dulu....dan jawapan aku ketika itu.."nak cari kat mana bang?"....dan jawapan yang aku dapat cuma geleng kepala tepuk dahi senyum.....dan setelah 4 hari aku cuba...baca buku, tengok tv, tengok dvd, baca komik ujang tukar komputer, tukar masa menulis dan sebangainya...skrip yang perlu aku sediakan pun siap..bukan kerana aku buat semua tu tapi setelah aku akhirnya mempraktikkan pesanan SISO..aku geleng, tepuk dahi dan senyum....hahaha tak percaya....?? aku tak pasti kalau itu maksudnya..tapi selepas aku bersukan meregangkan urat-urat, mengosongkan fikiran dan terus bersikap positif...aku tak dapat nak berhenti di muka surat ke 22...hehehe mudahan saja apa yang ku tulis menepati sasaran......AMIN....

Khamis, 14 Mei 2009

Kipas Lipas


panas sungguh cuaca sekarang ni..dinding toilet rumahku pun masih panas pada pukul 6.30 ptg...bilik aku apa tah lagi...dengan kipas dinding ku yang kepanasan kerana terus dipaksa berpusing dengan kelajuan maksima dan kini tidak mahu lagi menggeleleng-geleng fuh......

aku lansung tak boleh berfikir apatah lagi menulis...alasan?? korang meh sini try sendiri....aku berlengging mengetik keyboard ni pun, terasa lembab gatal di leher dan ketiak juga lapisan perut....panas...panas....tambah lagi pakcik depan rumah aku selalu membuat pembakaran terbuka....terpaksa tutup tingkap...lagi tambah panas....ada yang cakap pada aku api neraka lagi panas...itu dah tentu..belum ko cakap lagi dah hangus .......


ini agaknya yang dikatakan pemanasan global....emmm cerdik pandai yang membisingkan perkara ini terus saja dingin dengan penghawa dingin dirumah mereka yang terus menghasilkan gas rumah hijau yang memanaskan bumi dan aku yang tidak punya penghawa dingin??? marah??? aku tidak, kerana aku sedar..dulu aku malas belajar dan sekarang aku tak mampu punya satu.....

Selasa, 12 Mei 2009

warm up ( gambor tu tak de kena mengena..saja je hahaha


aku masih tersenyum terkenang time jumpa kengkawan kat Bukit Tinggi...hahah haha nak tau cerita pegi blog republic of vokay bentong....hari ni aku penat giler.....cover balik yang dua tiga hari lepas.....alhamdulillah..doa ku di makbulkan tinggal aku je lagi kena lebih rajin dan berdedikasi...esok mesti mula...dan ini warm up....seuapay jari aku tak lambat mengetik barisan-barisan ayat yang bakal keluar mencurah-curah seperti air terjun....

ya..barisan merupakan amalan disiplin yang baik...solat pun berbaris...amalam mulia....pakatan...emmm ..pakat -pakat ramai ramai..mampus sorang -sorang...(err sekadar idea perkataan tidak ada kena mengena dengna yang hidup atau yang mati...peace no war!!!!)

Khamis, 7 Mei 2009

acccoooooo!!!!


terlalu sukar menyusun ayat sejak akhir-akhir ini...esok kesempatan untuk aku refresh otak dan idea....jumpa kawan lama dan mengharap ada ransangan baru untuk aku menulis lagi..bukan saja di blog tapi yang lebih penting menyiapkan tulisan-tulisan yang diharapkan dapat menyambung hayat buat beberapa bulan yang akan datang..Amin..ku Amin kan Lagi dan sekali lagi.....AMIN

Isnin, 4 Mei 2009

jem?? jam?? aku perlukan tempat itu


aku sepatutnya lebih tenang untuk menyelesaikan kerja-kerja menulis hari ni....semalam aku dah habiskan editing dan transfer...hari ni sepatutnya..sepatutnya seperti yang sepatutnya...tapi huruf-huruf seperti lupa akan susunan-susunan lazim yang membentuk ayat....arhhhhhh! ku jerit...ku cuba...arhhhhggg ku jerit lagi...aku memujuk para laskar huruf agar membentuk susunan ayat...arrgghhhhhh!!! buat kali kelimanya dan mata aku pedih, berair dan aku menguap....jem....tidur merupakan opsyen yang paling menarik....tapi tidur juga akan membuatkan lemak-lemak dibadanku menjerit di beri off day..arggg....system betul-betul tidak mahu berfungsi....kalau ku pajal.... boleh jem kali kedua....dan sekiranya jem berlaku lagi kali ketiga bermakna aku terpaksa overhaul.....arrrrhhhhhh!!!!! reset kataku.....reset......dan barisan ayat tanpa haluan diatas ini menggambarkan betapa jem nya aku sekarang.......

Selasa, 21 April 2009

Little Sakai in UK part 3

dari sehari ke sehari aku nak menghabiskan kisah betapa sakainya aku di UK tapi tak juga terdaya..hari ni aku dengan semangat Rabunisma  menyambung cerita di blog ku yang gersang ini cewaahhh!!!!..
Di 
Bristol aku tinggal bersama dengan
 kawan ku seorang pensyarah Unimas.. Abdul Riezal Dim dan isterinya Sophina yang sedang sarat mengandung....hospitaliti yang diberikan hanya allah subhanawataala saja yang dapat membalas..semuga di mudahkan rezeki dan diberkati  ku doakan Amin....so setel
ah
berbincang, dengan bantuan Rizal aku pun plan perjalanan penggambaran aku....pertama sekali kami ke BristolSuspension Bridge...antara yang tertua disini...cukup sesuai untuk bahan yang kucari...tq juga pada kenalan baru Adi yang terlebih dahulu mendokumentasikan dengan d60nya..( haha jadi jual bro heheh)....
Berikutnya aku ke salah satu daripada beberapa  wonders of the world hahah Stonehenge...berpandukan gprs  kami sampai setelah merentas lorong kecil ladang  mr smith (agaknya le..gprs kawan aku ni bawa kami ikut short cut....dan kami disambut sekumpulan babi yang begitu sihat di sebelah Stonehenge...memang aku terp
ukau melihat batu batu besar yang di susun sebegitu....   (sapalah agaknya rajin sangant mengangkat batu -batu ni)..menurut info disana...batu yang 
bersaiz dan berbentuk sebegitu 
memang tidak ada dikawasan terletaknya Stonehenge) memang tak de...tempat tu saujana mata memandang  kehijaun
an tanpa hutan...dan bukit yang berbatu..tapi tak seperti yang aku jangkakan..aku pikir besar gile tapi tak juga lah....tak sebesar yang ku sangkakan...kawasan tersebut di jaga dan diberikan sempadan supaya orang 
tidak masuk  atau mendekati kawas
an batu tersebut...bimb
ang kalau -kalau ada yang diam-dian mencoretkan "Zamarul love Baby" dibatu ter
sebut agaknya...( kat pagar masjid lagi ada ye 
dak)... 
Selain rizal dan isteri kami juga ditemani oleh Akob and family...Akob seorang pensyarah di Unimas juga merupakan seoarang artist seni tampak yang hebat...dah penat jalan-jalan sejuk pulak tu lapar lah pulak.... adalah satu gerai kecil
 menjual kopi dan sandwich di kaunter tiket.tapi Akob 

lebih bersedia dengan bekalan nasi goreng dan a
yam goreng..yeaaaa...kami
 parking kereta sebelah
 menyebelah dan makan (passing melalui tingkap kereta heheh)..beberapa orang putih yang lalu melihatkan kami...dalam hati kecil ku berkata  heran agaknya diaorang ni tengok orang asia bawa bekal makan dalam kereta ..pedulilah kau
...janji perut kami tak lapar hahaha......dah habis makan dengna kesejukan yang sebegitu aku pun tak dapat menahan nafsu minum kopi lalu berjalan ke gerai dekat kauter tiket..dalam perjalanan aku ketawa sendiri melihat beberapa mat saleh yang sedang makan pop mee  dalam kereta hahah sama je kita hahahahah.....
.
Balik ke Bristol kami tak lagi convoy...kami terliaht satu sign board menuju ke Old Sarum...aku bagi tahu riezal yang aku ada terbaca di internet mengenai tempat ni....Riezal dan isterinya yang sangat advanterous itu terus sahaja menuju ke sana...Old Sarum pun salah satu tempat lama (istana dan penenpatan yang diatas bukit dengan lembah buatan) yang menarik..sayangnya kami terlambat..4.30ptg   dah tutup..aku tawaf je ngan Rizal sambil ambil gambar...dan mereka-reka cerita sendiri mengenai Old Sarum tersebut...dan tak ketinggalan bererita mengenai Stonehenge yang kami  fiksyen kan adalah tempat landing UFO pada satu masa dahulu...untuk mencari kentang  yang digunakan sebagai bahan tenaga mereka.....hahahahaha....
bersambung

Khamis, 16 April 2009

dia tebang pokok itu kerana marah dan kini menangis melihat pokok yang telah tiada kerana lapar



Dah lama tak blogging haha malu sendiri awal-awal tu bukan main lagi..hahahha tapi sebetulnya aku sedang sibuk memikirkan cara untuk menambah simpanan yang akan di belanjakan untuk membeli karipap kegemaran ku bulan august dan seterusnya nanti.....oh yea aku juga sedang mengaran filem pendek ku yang terbaharu ..agak panjang tajuknya ....:berbunyi....

..Oh dah boleh minum coke ke?? senyap je..tunggu perang lain baru sambung..ooo ok...
Durasi filem ini tak sepanjang tajuk nya... scenenya hanya melihatkan Hamzah (watak utama) yang meludah dengan muka benci apabila ternampak logo Mc Donald's sambil jarinya mengepit rokok yang marak dari jenama kumpulan tembakau dari negara yang sama dengan MC D...
"Cinema is an improvement on life" kata Francois Truffaut

Jumaat, 3 April 2009

Little Sakai in UK part 2


...London ...aku hairan..bayangan ku mesti kota yang maju ini penuh dengan bangunan canggih canggih...tapi ternyata tidak..orang putih ni lebih suka mengekalkan bangunan lama....itu identiti mereka barangkali...semua bentuk rumah dan bangunan seperti cerita epik zaman dulu tapi... kemudahan pengangkutannya maju dan bersistematik..tapi pening gak...banyak sangat linenya baik bas baik LRT ( mereka panggil underground)...dari Victoria bus station berpandukan orang heret bag beroda... aku pun ikut macam penyiasat persendirian haha takut kalau orang tu ingat aku mengekori dia pula....sampai di satu kawasan aku nampak logo satu lagi Victoria Station...rupa tak nampak macam stesen keretapi pun..macam shopping kompleks je...aku redah je..masuk...oo rupanya memang betul stesyen kereta api.....ramainya orang sibuk kekanan ke kiri aku jadi pening..aku tengok kat singboard perjalanan... hampeh...lama aku ternganga berpusing -pusing cuba cari petanda...balik semula kat situ..masuk kali kelapan aku bergerak dalam lingkaran yang sama...aku perasan ada anggota polis yang dah mula jeling -jeling...hahah sebelum apa-apa aku terus je ke kauter tiket buat -buat pandai...aku minta tiket ke Bristol....yang jual tiket tu punya slang aduh mampus aku tak faham.... tapi ku angguk -anguk je...53pound pehhhhh....bayor je lah..orang belakang aku dah ramai menunggu.....
Train ke Bristol memakan masa selama 2jam 30 minit..banyak juga stesyen yang dia berhenti...bezanya dengan
KTM dah tentulah Train kat sini lebih bersih...UK ni tak nampak pun hutan...banyak kawasan lapang yang hijau..macam padang...berbukit sikit...kata kawan ku...oleh sebab UK tak de pekebun kecil..maka satu orang mengusahakan beratus ekar tanah..jauh sekali baru ada satu rumah..dah setiap tempat ada satu bandar dan penempatan.....
Sampai di Bristol ...aku pun keluar dari stesen dan disambut oleh dua ekor anjing hitam... mak bapak besornya dah nak separuh pinggang aku dah....pucat muka aku..tapi anjing kat sini semua freindlya hahah...dia lalu sebelah
aku selamba je sambil tengok muka aku yang seposen... dah tentu dalam hati anjing tu...."apasa lak mamat ni pucat je...aku sakat best ni hahahah."...hari tu agak sejuk gak kat luar so tak ramai orang kat stesen ni...aku ingatkan tempat ni memang tak ramai orang..tapi memang camtu ..orang putih ni suka duduk kat rumah je......tapi kalau ada matahari sikit ..ha baru diorang keluar ramai ramai...selang 10 minit kawan aku Rizal Dim sampai dengan bini dia nampak muka dia...segala cuak dan takut hilang begitu saja... ialah taid sorang ni dah ada geng ye dak...aku dibawa kerumah...aku memang tengah lapor pasal tak berani nak makan kononyalah first day hahah.......sampai kat rumah...dia dah ready nasi lemak..best giler si Rizal ngan bini dia memangle handal masak memasak ni...fuh....best giler
Kami sembang -sembang dan plan untuk shoting yang akan aku buat...dia tanya aku tak jet lagged ke?? aku confident je tak rasa apa pun...hehehe dia cakap oklah tu.."tapi ko tak leh tido sampai kul 10 malam karang...kalau tak lambat hilang jet lag"...aku cakap no hal...hahahah pukul 7 mlm aku dah jadi zombie..ku tahan juga....dia bawa aku pusing ASDA macam Giant lah...masa tu dia cakap apa pun aku tak tahu.. aku dengnar tapi macam asap hilang camtu je....aku dah jadi zombie.......lepas makan aku cuma bertahan samapi kul 9mlm.....aku tido gak dah tak tahan beb......pukul 3 pagi aku terbagun selimut panas ku dah terlerai patutlah sejuk gilo..aku cepat -cepat tarik selimut...tiba-tiba telefon aku berbunyi..nak angkt ke tak...mahal ni roaming..tapi teringat mungkin orang bank call pasal aku ada guna kad di airport Heatrow tadi aku jawap je lah..dan dari speaker telefon aku terdengar..." hello gas"...puk.......kata ku....
nanti aku sambung shoting dulu daaaa